Monthly Archives: November 2008

Aku Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Hai pengunjung Kalam Abu Musaddad semua..Apa khabar, ana harap semuanya sihat sejahtera…Emmm sekolah sudah mula bercuti, bagaimana dengan perancangan anda di musim cuti ini…Ana harap buatlah perancangan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda.

Alhamdulillah hari ini ana akan mula bertolak dari Tanjung Manis ini jam 01.30 nanti naik express untuk ke kuching. Tak sabar rasanya untuk balik kampung ni..he he he…Sampai kuching bermalam dulu di sana kemudian besok ana akan terbang ke KL lebih kurang pukul 02.00 petang…heee..seronoknya…

Di sini juga ana ingin maklumkan bahawa mungkin ana di kampung nanti kalam ini berhenti berbicara buat seketika waktu kerana almaklumlah dikampung tu takde kemudahan wareless untuk berinternet..he he he..Jadi ana harap para pelawat memahami dan sabar menunggu kalam ini berbicara yang ke seterusnya…Rasa rindu jugak bila tak menulis dilaman ini…Tapi takpe ianya bukan selamanya, hanya seketika sahaja…Ana harap pengunjung bersabar…

Akhir kalam ana doakan anda semua sucses di musim cuti sekolah ini..Bagi kawan-kawan yang akan mendirikan masjid tu kalam ini mengucapkan selamat pengantin baru kerana ana percaya ramai yang akan melangsungkan hajat masing-masing kerana inilah masa yang sesuai untuk berkumpul semua ahli keluarga..Kalau ada masa silalah ke kampung ana yer….

Sekian terima kasih…

Kalam Abu Musaddad

https://ibnismail.wordpress.com / 15 November 2008

Tips Memanfaatkan Musim Cuti Sekolah Anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim…

dsc04601

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung laman Kalam Abu Musaddad, sudah beberapa hari ana tidak mencoretkan sesuatu dilaman ini kerana akhir-akhir ini ana sangat busy sekali.

Tetapi hari ini alhamdulillah masih diberi sedikit masa oleh Allah SWT untuk kalam ini berbicara. Pertama-tama sekali ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua pelajar yang berjaya dengan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang diumumkan kemalrin (khamis 13 November 2008) khususnya kepada semua pelajar SK Tanjung Manis.

Read the rest of this entry

3 Pengebom Bali Bukan Mati Syahid

FILES-INDONESIA-ATTACKS-COURT

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan pengebom Bali yang menjalani hukuman ditembak mati kelmarin, tidak boleh dikategorikan sebagai ‘mati syahid’ kerana mereka tidak berjuang mempertahankan agama.

“Sesiapa pun yang membunuh orang lain tidak mati syahid, kecuali berjuang dalam peperangan atas nama agama. Mereka bukannya berjuang untuk agama,” kata Ketua MUI, Umar Shihab.

Read the rest of this entry

Obama Presiden AS Pertama Berkulit Hitam

obama-11WASHINGTON – Senator Barack Hussein Obama semalam dipilih oleh pengundi untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44 dan menjadi penduduk kulit hitam pertama menduduki jawatan berkenaan.

Obama yang berumur 47 tahun daripada Parti Demokrat menang besar dan turut memperoleh 349 undi untuk badan perwakilan pemilih berbanding pesaingnya Senator John McCain mewakili Parti Demokrat memperoleh hanya 157 undi.

Beliau turut mencipta sejarah sebagai calon Parti Demokrat pertama dalam beberapa dekad berjaya mendapat undi popular 52 peratus berbanding McCain yang mendapat 47 peratus.

Setakat berita ini ditulis, Obama yang berumur 47 tahun mendapat sebanyak 57,3888,144 undi popular manakala McCain hanya memperoleh 52,013,745 undi.

Obama menang di negeri California, Colorado, Connecticut, Delaware, District of Columbia, Florida, Hawaii, Illinois, Iowa, Indiana, Maine, Maryland, Massachusetts, Michigan, Minnesota, Nevada, New Mexico, New Hampshire, New Jersey dan New York.

Read the rest of this entry

Azab Bagi Mereka Yang Meringan-ringankan Solat

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…Salam buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad :

Solat merupakan salah satu rukun Islam yang lima yang wajib dilaksanakan bagi setiap orang mukmin. Bagi mereka yang sering sibuk dengan tugas-tugas harian janganlah hendaknya mengabaikan solat, apatah lagi meninggalkannya. Kerana solat itu adalah tiang agama. Jika runtuh solat, maka runtuhlah agama. Luangkanlah masa untuk bersolat dan mengingati Allah SWT kerana Allah akan memberi rahmat yang bukan sedikit untuk mereka yang patuh mengerjakan solat.

Seperti Ubadah bin Samit R.A meriwayatkan : Sahabatku yang dikasihi, Rasulullah SAW ketika memerintahkan aku membuat tujuh amalan yang baik telah bersabda :

“Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, walaupun anda akan dibunuh dan dibakar hidup-hidup atau disalib, jangan tinggalkan solat dengan sengaja sampai anda dimurkai-NYA, jangan minum arak kerana itulah ibu segala maksiat.”

Read the rest of this entry

Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam Program j-QAF

Bismillahirrahmanirahim…

Assalamualaikum wbt…Salam ukhwah buat semua pengunjung dan pembaca Kalam Abu Musaddad, alhamdulillah bertemu kembali setelah beberapa hari kalam ini tidak berbicara. Sebenarnya ana baru sahaja balik daripada berkursus pemantapan guru pendidikan Islam bagi program j-QAF yang diadakan di hotel Kingwood, Mukah Sarawak. Kursus ini bermula pada 30/10/2008 (khamis) hingga 01/11/2008 (sabtu) iaitu selama 3 hari 2 malam.

Read the rest of this entry