Kementerian perlu kaji keberkesanan subjek Sejarah di sekolah rendah

Sumber Foto: Buku Teks Malaysia Dalam Sejarah 3, M. Thambirajah, Federal Publications, 1979

DUA kesatuan guru mahu Kementerian Pelajaran melakukan kajian menyeluruh dan terperinci sebelum memperkenalkan subjek Sejarah di peringkat sekolah rendah.

Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Jemale Paiman, berkata kesatuan tidak menghalang subjek berkenaan diajar tetapi memerlukan penelitian menyeluruh sebelum dilaksanakan.

“Bagus untuk meningkatkan jati diri murid kerana topik berkaitan sejarah pernah diajar di peringkat rendah sebelum Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1983.

“Topik berkaitan sejarah, geografi dan sains diletakkan di dalam komponen mata pelajaran Alam dan Manusia sebelum dimansuhkan,” katanya diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan subjek berkenaan diwajibkan di sekolah rendah bermula tahun 3, baru-baru ini.

Jemale berkata, jangan terburu-buru memperkenalkan subjek baru kerana penjadualan di peringkat sekolah rendah perlu dikaji bagi memasukkan mata pelajaran berkenaan.

“Jangan membebankan murid kerana dibimbangi memberi kesan psikologi, sekali gus mengganggu proses pembelajaran mereka.

“Saya bimbang apa yang dihasratkan akhirnya membawa kesan buruk kerana ketika ini sudah ada sebelas mata pelajaran termasuk empat daripadanya dinilai menerusi Ujian Penilaian Sekolah Rendah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat, Sabri Arsad, berkata Kementerian harus membincang isu berkenaan di meja perundingan sebelum melaksanakannya.

“Pertubuhan bukan kerajaan, persatuan sejarah, kesatuan guru, majlis guru besar serta pengetua, malah Persatuan Ibu Bapa dan Guru patut dibabitkan sama dalam perbincangan.

“Kita tidak mahu pengenalan subjek berkenaan membebankan ibu bapa, guru dan masyarakat kerana pelaksanaan tanpa kajian terperinci bakal mengundang masalah,” katanya.

Sabri berkata, program berunsur patriotik wajar diselitkan dalam semua kegiatan pembelajaran bagi meningkatkan tahap patriotisme dan sayang akan negara di kalangan pelajar.

Sumber Berita : Berita Harian Oleh : Amir Hamzah Nordin

Apa pandangan / pendapat pembaca ?

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 28 Oktober 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. hallo salam kenal !!!
    mampir ke blog ku ya!!!!!

    ****KAM : Salam kenal jugak…Emm TQ kerana mampir laman ini..InsyaAllah…****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: