“Buang yang keruh,ambil yang jernih”

Bismillahirrahmanirrahim…

Foto dipetik : Kosmo!

Sudah menjadi resam manusia makhluk Allah, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tutur kata dan perbuatan di dalam pergaulan memang ada yang terguris dan tersinggung.

Oleh itu, sempena kehadiran syawal kali ini, marilah kita sama-sama merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan serta melupakan segala permusuhan, persengketaan lama dan membina perhubungan yang harmoni dan kasih sayang. Bak kata pepatah melayu, “buang yang keruh dan ambil yang jernih”.

Tidak dinafikan di dalam kehidupan bermasyarakat, sebagai manusia sudah tentu mempunyai berbagai karenah dan sikap yang berbeza-beza yang kadang-kadang sikap dan tingkah laku itu boleh menyebabkan orang lain terguris hati tanpa disedari.

Selain itu, perbezaan pandangan, pendapat, parti politik, hasad dengki dan sebagainya boleh menyebabkan berlakunya kerentakan hubungan persaudaraan, persahabatan dan hidup berjiran. Malah lebih parah lagi apabila sampai tidak bertegur sapa. Hal ini sangat dilarang oleh Islam, kerana orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat : Ayat 10, yang maksudnya :

” Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu ….”

Ayat di atas mengambarkan kepada kita bahawa umat Islam mendapat pengiktirafan dari Allah SWT sebagai saudara seagama, yang banyak hak yang perlu dipelihara bersama-sama.

Dalam Al-Quran banyak ayat yang menggalakkan kita sebagai seorang Muslim untuk menghormati saudara sesama Islam, bukan sekadar memelihara dari segi pergaulan dan tutur bicara, malah dalam segala aspek ekonomi dan keseimbangan kehidupan sosial juga, meletakkan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Manakala Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah (SWT) bersaudara.”

Hadis di atas Rasullah SAW ada menerangkan perkara yang mengenai hubungan di antara orang Islam. Untuk memelihara hubungan ini ditegaskan beberapa perintah yang merupakan larangan yang wajib dipatuhi iaitu janganlah kamu berdengki-dengkian di antara sama sendiri. Kerana dengan dengki atau hasad menyebabkan terputusnya hubungan.

Dengki-dengkian ini banyak berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini, ekoran daripada sifat buruk ini menyebabkan berlakunya persengketaan di antara umat Islam itu sendiri. Di mana sifat dengki atau hasad itu ialah satu perasaan jiwa yang timbulnya perasaan itu pada seseorang oleh kegelisahannya memandang kelebihan yang ada pada orang lain atau oleh kebenciannya melihat ada orang yang melebihinya dalam sesuatu perkara atau keadaan.

Justeru itu, sempena syawal kali ini marilah sama-sama kita bermaaf-maafan, berkunjung-kunjungan, membina persaudaraan yang erat, merapatkan lagi hubungan silatulrahim dan lupakan permusuhan, persengketaan dan juga demdam kasumat selama ini. Buang jauh-jauh, yang jauh kita rapat-rapatkan, dan yang dekat kita erat-eratkan. Manakala “buang yang keruh dan ambil yang jernih”…Agar hubungan persaudaraan dan persahabatan sesama kita kembali bertaut dengan penuh kasih sayang..Wallahu A’lam…

Apa pandangan pembaca ?

____________________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM (2008 – 2010) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.


Abu Musaddad / 03 Oktober 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 3 Oktober 2008, in Bicara Agama and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Assalamualaikum…
    oleh karena itu saya mau mempererat tali persaudaraan lewat blog ini…
    saya tunggu kunjungannya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: