39,695 guru mohon ikuti Program PGSR

SEJUMLAH 36,695 permohonan diterima daripada guru sekolah rendah bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) yang julung kali dilaksanakan Kementerian Pelajaran menerusi Institut Pendidikan Guru (IPG), bermula November ini.

Bilangan itu bagi memenuhi unjuran 3,000 yang ditetapkan kementerian berkenaan setiap tahun bagi membolehkan guru sekolah rendah memperoleh ijazah perguruan dikendalikan 27 IPG seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran, Datin Asariah Meor Shaharuddin, berkata penawaran program itu membabitkan tempoh pengajian selama empat tahun dengan pengambilan pertama tahun ini akan memulakan pengajian pada 17 November ini.

Katanya, program itu adalah kesinambungan daripada program pensiswazahan guru sedia ada yang sudah dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah pada 2010.

“Ini adalah langkah proaktif kementerian menambah bilangan guru siswazah dengan pembiayaan pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan dilaksanakan dalam cuti persekolahan bagi mengelakkan gangguan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sepanjang tempoh pengajian.

“Modul pembelajaran program dibangunkan IPG mengikut 17 bidang pengajian yang ditawarkan merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Reka Bentuk dan Teknologi.

“Seterusnya, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Pemulihan, Pendidikan Prasekolah, Pengajian Sosial dan Pendidikan Seni Visual,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Asariah berkata, unjuran pengambilan 3,000 guru ditetapkan pada setiap tahun dengan sasaran 15,000 sepanjang lima pengambilan bermula pada 2008 hingga pengambilan kelima pada 2012.

Katanya, program itu dikhususkan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan bukan siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pelajaran dan berumur tidak melebihi 45 tahun pada 15 November 2008.

“Syarat lain termasuk calon mestilah sudah disahkan jawatan, tidak berdaftar sebagai pelajar sepenuh masa di mana-mana institusi pengajian tinggi, mempunyai sijil atau diploma perguruan selain bebas daripada tindakan tatatertib.

“Calon yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) sebelum ditempatkan di sekolah rendah ditetapkan di seluruh negara,” katanya.

Sumber Berita : Berita Harian : Oleh : Khairina Yasin

111 Responses to 39,695 guru mohon ikuti Program PGSR

  1. k.ita berkata:

    Alhamdullillah ,saya antara salah seorang yang terpilih.IPG Sultan Mizan. science course.
    Besut here we come!!!

    ****KAM : Yeke…Alhamdulillah…Emm TAHNIAH tuk cikgu…****

    Like

  2. CIKGU KU berkata:

    SAYA PON DPT PENG SOSIAL.
    \\

    Like

  3. CIKGU KU berkata:

    ADA TAK KAWAN-KAWAN YANG DAPAT MACAM SAYA PENGAJIAN SOSIAL DI INSTITUT PERGURUAN TEKNIK?

    Like

  4. RAVI berkata:

    Saya juga dapat Tamil

    Like

  5. Tahia berkata:

    Tu kira patut la Ravi dapat pengajian tamil. tapi saya juga dapat tamil

    ****KAM : TAHNIAH…Untuk cikgu2 semua…Mesti happyla tu…TQ jgk kerana sudi layari laman ini…Terima kasih daun keladi, lain kali kunjung lagi k…he he he…****

    Like

  6. sarifah binti saini berkata:

    alhamdullilah!saya pun dapat p.jasmani di ipik,cheras

    Like

  7. cikgu ku berkata:

    cikgu sarifah. dapat asrama tak ?

    Like

  8. sarifah binti saini berkata:

    cikgu ku,akak berulang dari telok panglima garang

    Like

  9. norhafizah berkata:

    saya dapat juga pgsr. tapi panggilan kedua. belajar cuma 6 hari je tau untuk semester 1 ni. Punyalah hebat. tup-tup bulan 3 ni dah nak exam. saya dapat kursus pend. khas. ada sape2 lagi yang sama kursus? marilah kita berbincang sama2.

    Like

  10. cikgu_nana83 berkata:

    Assalamualaikum..Alhamdulillah..saya juga terpilih walau saya baru 4 tahun ngajar..saya rasa..mungkin saya guru termuda dalam program ni..saya dapat kat IP Islam Selangor..preschool Education..

    Like

  11. Cikgu Husna berkata:

    Saya dari Batang Kali Selangor dapat PGSR Prasekolah di IPSAH Sungai Petani. Jauh, tapi seronok di sana.

    Like

  12. Hjh.Stone berkata:

    Assalamualikum..
    Alhamdulillah saya dapat PGSR.Saya mungkin warga tua yang dapat belajar PGSR di IPTB Bukit Mertajam…Yang peningnya…study tak masuk..agaknya CPU saya perlu upgrade kot…risau jugak..ade ke senasib dgn saya??Suami selalu pesan..belajar tu belajar jugak jangan sampai meroyan sudah…

    Like

  13. FATIMAH berkata:

    TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA.BOLEH BELAJO LAGI KE DAH TUA-TUA NI.KEJA KURSUS EDU 3103 DAH SIAP KE…BERDEBAR-DEBAR AND RUNSING NAK HADAPI EXAM MAC NI.OK GOOD LUCK FOR YOU ALL.

    Like

  14. Mirza berkata:

    assalamualaikum…pembuka bicara…saya juga antara intan terpilih PGSR Pendidikan Muzik….dah bertahun tak study…minggu depan nak periksa…Allah yang tahu…walaupun dalam cuti sibuknya mengalahkan sepenuh masa.Hari pertama lapor diri,on the way balik ke rumah daftar pula kelas piano..nak buat cam ne jari dah keras…

    Like

  15. ZT berkata:

    X pe Kak Stone..yang penting kite dh terpilih…intan-intan terpilih katakan..yg pasti kite X mgkin gagal dan X bleh berenti…teruskn perjuangan generasi pertama PGSR..takbir!!

    Like

  16. ebeetlaas berkata:

    hai..tahniah untuk semua. I pun dapat masuk PGSR Prasekolah kat IPG KK.sapa2 yang same course, kongsi2 lah maklumat ye? hari ni dah merdeka lepas exxam. hopefully lulus dan masuk semter 2.

    Like

  17. zaza berkata:

    salam,
    ada tak kwn2 yang TESL tp amik course lain utk PGSR? sbb sememangnya xde course utk B.inggeris dlm PGSR?

    Like

  18. Norazlan Ahmad berkata:

    Alahai saya pun dapat gak PGSR. kursus Pendidikan Seni Visul di IPG kampus cawangan Tun Hussein Onn Batu Pahat. Mungkin kita boleh berkongsi idea. kalau senang singgahlah ke pgsrpsv.webs.com. web kelas kami

    Like

  19. linda berkata:

    at first sy pun regret gak dapt tau utk opsyen tesl xde pengj inggeris..well im doing sosial studies…ramai gak opsyen tesl dalm kelas sy ini….only 4 of us not tesl opsyen….well bersma kita menuju puncak kejayaan….insyaallh

    Like

  20. azmi berkata:

    aku pong dah nak berhenti…. tak lulus beb.

    Like

  21. Mirza berkata:

    Alhamdulillah…..syukur dipanjatkan doa ke hadrat Allah Taala….keputusan peperiksaan PGSR telah pun diketahui….LULUS perkataan keramat yang ditunggu2 ..bertemu semula untuk semester kedua pada bulan Jun nanti…Tahniah juga pada rakan2 lain khususnya PGSR MUZIK IPIK dengan soalan cepumas “dah terror ke main kibod”?…..

    Like

  22. idha berkata:

    salam..
    kami katIPG Sultan Mizan sdg berdebar tggu result ni..nape korang cepat je dapt result?saya dh x sabar nak start kuliah ni..rindu ngn kwn2 unit Sains tu..harap kita semua dpt jmpa lg

    Like

  23. BIB berkata:

    Assalamualaikum,
    Saya pelajar PGSR IPSAH Prasekolah.Bersyukur kerana terpilih menjadi
    student walaupun telah meningkat usia.Dah masuk alam belajar ini bermakna kita kena banyak bersabar kerana macam2 kita kena tempuhi selama 3 tahun ini.Keluargalah yang banyak berkorban terutamanya suami yang terpaksa menjaga anak2 bila kita pegi belajar. Begitu juga dengan anak2 yang terpaksa ditinggalkan demi mengejar segulung ijazah.Disini saya berdoa kepada semua pelajar PGSR supaya dapat mengharungi semua rintangan dan menghabiskan pengajian kita dengan segulung ijazah,Insyaallah.

    Like

  24. jamilah bt idris berkata:

    salam, syukur dah lulus .Dah tua pun kira ok je.Kawan-kawan teruskan perjuangan walaupun kita terpaksa menghadapi situasi yg penuh cabaran.

    Like

  25. mohd nadzri berkata:

    Alhamdulillah…..dapat masuk program pgsr di Bukit Mertajam.Jadilah mahasitua.Seronok gak.Kena asah balik minda.Terima kasih semua pensyarah ngam dengan kami.Exam dah ok.Tapi keputusan rasmi tak dapat lagi.Bila agaknya nak dapat.

    Like

  26. Majiddah berkata:

    Salam. Saya pelajar PGSR-Pendidikan Seni Visual di IPGM Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat.Kpd kawan2 dr IPGM lain blh tak nak kongsi idea buat assignment. Saya kena kaji ttg pelukis Jepun Kobayashi Kokei.Susah nak dapat bahan. Camne ni…tlg bantu.Tq.

    Like

  27. Ayus berkata:

    Salam.. Sy jgk 2nd intake PGSR – pendidikan khas mslh pmbljrn. Kini Alhmdulillah, ada dlm sem 2. Byk btul cabaran utk sampai ke sini. Apabila sudah berada di sini tdk kurang hebatnya cabaran yg harus ditempuhi. Kepada kwn2 PGSR yg lain, selamat menempuhi cabaran.

    Like

  28. jamie berkata:

    Salam kepada semua teman pgsr…. amacam dah masuk sem 2 ni.Dah berforum ke?
    asingment mmg banyak, kerja sekolah pun banyak, apa nak buat dah nasib badan.
    Walau apa pun bersyukurlah kerana dpt mengikuti program pgsr ni….

    Like

  29. KALAM BIN SALAN berkata:

    Saya antara yang terpilih mengikuti program prsr sesi 2008-2012.Kursus PSV menjadi pilihan saya di IPBA. Di IPBA ada juga kursus Kajian Sosial, BM dan Mathematics. Kepada warga pendidik yang berminat mendalami ilmu berkaitan pendidikan jangan lupa memohon program PGSR ini.Semoga berjaya

    Like

  30. KALAM BIN SALAN berkata:

    Oppp lupa nak bagi tau korang. Akulah Tok Penghulu PGSR di IPBA KL. Nak tukar 2 pandangan hubungilah aku 0163471953. Kita cerita pasal PGSR ajelah ye . IPBA ni sebenarnya Maktab aku belajar dulu. Dulu namanye MPLP KL. Pandai tukar2 nama pulak ye

    Like

  31. suria binti mohamad berkata:

    Dah tak lama lagi kita semua akan exam untuk sem.2. Macam mana, sudah buat persediaan atau masih lagi membuat assigm. Harap semuanya berjaya kerana kita semuanya cikgu….

    Like

  32. wong joo woo berkata:

    Selamat Hariraya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua rakan2 PGSR seluruh negara. Semoga lebih berjaya di samester2 yang akan datang. Kepada rakan2 yang gagal dalam beberapa subjek, harap tabah teruskan usaha lebih kuat lagi. Orang yang berjaya percaya kegagalan itu adalah lebih baik daripada tak cuba langsung. Anda mesti tahu sendiri di mana silapnya.Malah pengasas Restoran Makanan Segera KFC ( Kolonel Sanders) amat yang berjaya hingga rangkaian restorannya tersebar di seluruh duniapun pernah gagal sebenarnya. Dia gagal bukan sekali dua tapi 5555 kali. Jadi kalau baru sekali gagal dalam peperiksaan dah nak undur rasanya tak tepatlah pilihan itu. Ingat sekali kita undur kita akan terus undur dalam banyak percubaan yang lain. Kita akan menjadi pandai dalam mencipta alasan. Bak kata org buat kerja biarlah sampai tamat.Terimakasih kepada Cikgu Wan dari Kota Samarahan kerana sms kat saya dan berminat untuk mengikuti program PGSR.Semoga anda berjaya. Kitapun tak tahu apa kreteria yang dimahukan oleh BPG. Tapi kita harap BPG ambil guru yang betul2 berminat dan yang ada kesanggupan untuk berkorban masa cuti dengan menghadiri pengajian
    ini.Supaya tidak timbul masaalah menarik diri. Jika ini berlaku bermakna cikgu telah menyekat peluang orang lain yang lebih berminat.Sebenarnya PGSR ini sangat selesa berbanding program PJJ dan pengsiswazahan yang lain. Belanja rendah dan suasana p&p pada kadar yang termampu oleh kita yang dah tua2 dan banyak tanggungan ini.Selamat berjaya dan maaf zahir batin

    Like

  33. shazman(Blue) berkata:

    idak ke kome rase nyese masuk pgsr. org bcuti awak attend clas.

    Like

  34. shazman(Blue) berkata:

    linda tu mpspian ke

    Like

  35. hasni binti saman berkata:

    saya baru nak mohon pgsr. nak tanyalah pengalaman belajar dalam program ni. tension tak. ramai orang dok cerita mcm-mcm ada yang nak berhenti . susah sangat ke. orang kata sukatannya susah . betul ke

    Like

  36. ROHA berkata:

    Harap BPG betul-betul tulus dalam pemilihan PGSR INI.Ikutilah syarat-syarat yang telah tertulis.contohnya jika pengalaman mengajar wajib 5 tahun, kenapa ada guru termuda boleh terpilih dalam kursus ini.Lagi satu ada guru yang tidak hantar borang permohonan pun boleh masuk PGSR.Sangat-sangat hairan…di harap dikaji statistik guru-guru yang keluar kursus PGSR TAHUN 2008.Mereka adalah guru yang betul-betul menutup peluang orang lain untuk meneruskan minat dalam pembelajaran.

    Like

  37. ROHA berkata:

    STATISTIK guru yang keluar dari pgsr 2008 amat mengecewakan. di mana kesilapan harap pihak BPG MEMBUKA MINDA kenapa ini berlaku.

    Like

  38. leen berkata:

    Saya baru mohon pgsr thn ni.Berminat sangat sebab dalam cuti.Tapi masalahnya saya ni English option tapi mohon pengajian sosial.Minta minta dapatlah.Betulke ramai yang keluar. macam tu rugilah .

    Like

  39. ROHA berkata:

    Ya…keluar bukan pasal gagal exam atau tak buat kerja kursus…masalah disiplin…tak hadir kuliah….sampai dikeluarkan dengan cara terhormat…..mudah-mudahanlah saya juga terpilih dalam kursus pgsr tahun ini…..

    Like

  40. ROHA berkata:

    …berdebar rasanya tunggu keputusan pgsr 2009 ni…kalau berjaya kubersyukur…kalau tak…tak cuba lagi kot tahun depan…

    Like

  41. leen berkata:

    Kalau keluar sebab masalah disiplin tu x leh la nak tolong. ingatkan course nye susah atau x lulus exam…betultu….berdebar nak tunggu keputusan….

    Like

  42. Cikgu Ruslee berkata:

    Masuk PGSR ni, kalau nak tahu memang tention dan meletihkan. Kami suami isteri masuk program ni ambilan Nov 2008. Kuliah dari jam 8.00 pagi dan tamat jam 6.00 petang. Tengah hari tak sempat nak mandi sebab rehat cuma setengah jam. Hari cuti penggal tak boleh bercuti sehinggalah ke tahun 2012. Kerja kursus memang banyak. Sesiapa yang tak reti komputer tu janganlah masuk sebab akan jadi lebih tension lagi. Ada juga rakan saya yang berhenti. ada yang kena darah tinggi, rendah, lemah jantung dan tak boleh tidur malam sebab banyak assigment. Sesiapa yang nak masuk tu fikirlah 1000 kali sebab kalau nak berhenti setelah tandatangan agreement kena bayar RM50,000. Saya pun nak berhenti tetapi dah tak boleh. Terpaksa la teruskan. Nasib baik saya mahir ICT dan komputer. Tapi kalau sesiapa yang minat nak cari susah tu silakan masuk untuk dapatkan ijazah. Kalau nak kongsi bincang belajar denmgan saya, ni email saya : asfanis4212@yahoo.com.

    Like

  43. ROHA berkata:

    Kenapa semakan keputusan PGSR lambat sangat ni…dalam jadual kan 13 novenber dipapar di laman web…

    Like

  44. dolly berkata:

    kenapa keputusan kemasukan pgsr lambat ni….

    Like

  45. wong joo woo berkata:

    Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Tahniah pada cikgu roha yang bersemangat tinggi. Apapun tanggapan cikgu pd BPG tak benar. Semua bergantung pada rezeki. Kalau gagal pun sebenarnya masih ada peluang. Buat rayuan. Datang ke BPG d Putra Jaya, ambik cuti uruskan rayuan cikgu. InsyaAllah kalau ada yang menolak maka peluang cikgu akan dipertimbangkan.Kami yg dah bergelar pelajar PGSR ni mendoakan cikgu dan yg lain tu berjaya kali ini.

    Nak kata berat pun tak berat mana pun sebenarnya. Kalau kuliah padat buka kita sorang yang kulih. Org lain pun padat juga. Berat apa kuliah, cuma dengar pensyarah bercakap je. Motong sawit lagi berat..Ade asigment individu ada yg kumpulan jadi kenalah rajin bertanya kekawan dan dapat keja jangan tangguh2. Kalau tak pandai komputer masani lah nak belajar…..bukan terus tak pohon pgsr. Apalah yang nak ditakutkan dgn komputer. Kita guna komputer bukan komputer guna kita. Tau tak berapa ramai Guru Besar dan GPK yg buta komputer. Ni lah masalahnya… tak mau belajar.

    Anggaplah PGSR ni sebagai aktiviti cuti. Lagipun kalau tak ambik PGSR bukan kita mampu pun nak melancung sana sini. Kita bukan org bergaji besar.Jadi guna duit tu untuk yg berfaedah antaranya masuk PGSR ni lah.

    Percayalah 4 tahun tu bukan lama. Nenek akupun dulu anak dara tapi sekarang dah jadi nenek 45 org cucunya.Kalau aku tanya dia kata rasanya baru 2 bulan lepas nenek kawin dgn atuk engkau. Tu maknanya masa terlalu pantas berlalu……..Jadi gunakanlah sebaik baiknya. Hanya yg cekal sahaja yg berjaya.Yg pandai buat alasan tak pegi kemana.Ingat menuntut ilmu itu dari buaian hingga sampai keliang laha.

    PGSR ini hanya secebis ilmu sahaja. Sedangkan ilmu Allah tak terkira jumlahnya. Mohon padaNya jika ada masalah. InsyaAllah kita sama2 akan berjaya

    Like

    • dinora berkata:

      alhamdulillah…aku pun ditawarkan pgsr ni..dapat bm lagi. pilihan pertama pj, tapi dpt bm…kira ok la. jadi sapa2 yg dh masuk dalam tu ( pgsr ) bantu2 la kami yang baru nak kenal kursus ni. Almaklum orang2 lama masuk maktab (Ipg) lagi.. kepada wong jo woo, aku setuju sangat. PGSR ni hanya secebis ilmu, sedangkan ilmu Allah…subahanallah..Insyaallah kalau belajar niat murni, kite semua akan berjaya

      Like

  46. wong joo woo berkata:

    Lagi pun pihak BPG hanya dibekalkan dokumen yang dihantar oleh calun termasuk Cikgu roha.Kalau Cikgu lah yg bekerja di BPG macam mana cikgu nak pilih calun yg betul2 minat supaya statistik berubah kepada tidak mengecewakan. Semua calun tak tarik diri. Nak buka minda macam mana lagi…….Bagi saya kalau belum masuk dah pandai sangat tuduh BPG yg bukan2. Saya pasti bila dah belajar nanti keja asyik komplen pengurusan IPGM dan kekawan pulak…

    Kenapa mudah sangat buat tuduhan. Kalau BPG lemah Cikgu roha boleh ambik PJJ di UPM, UKM, UTM, dan lain-lain.

    Apapun semoga Cikgu Roha berjaya kali ini. Aminnnnn

    Like

  47. arman berkata:

    Salam.

    Berdebar juga nak tunggu result smada dapat atau x PGSR Nov 2009 ni..

    Mengapa lambat sangat keputusan tu dikeluarkan..?

    Laa ni pun x kluar lagi..hmm..

    Berharap sangat dapat..

    Oh ye, sye mohon Pengajian Sains di IPG Temenggung Ibrahim, JB.

    Like

  48. ROHA berkata:

    Terima kasih cikgu Woong….ada benarnya kata cikgu…rezeki kita kan..kalau dapat alhamdulillah…ada peluang gunakanlah dengan baik dan berusaha bersungguh-sungguh.Bukan kita seorang aje yang ikut pgsr..kalau seorang memang kita rasa tension..kita ada kawan dan boleh buat kerja sama-sama..tetapi kenapa keputusan pgsr lambat sangat tahun ni…kata 13 november…betulkan cikgu Dolly..

    Like

  49. ROHA berkata:

    cikgu woong bukan maksud saya nak buruk-burukan BPG..Maksud saya kenapa ada kawan saya memohon pgsr online tanpa hantar borang dapat masuk sedangkan syarat utama wajib hantar borang setelah buat permohonan secara online.Jangan-jangan cikgu pun macam kawan saya tu online saja tapi tak hantar borang terus dapat..memangpun tak puas hati ….kalau macam tu tak payahlah kita susah-susah nak hantar 2 borang…kita online saja…dapat tak dapat kira puas hatilah….

    Like

  50. anisrahmani berkata:

    salam.. bler bleh wat semakan pengambilan pgsr ambilan nov 2009 nie? sepatutnya diumumkan sblm cuti sekolah.. supaya xbertindan dengan jadual lain.. klu de rezeki dpt smbung blajar alhamdulillah..

    Like

  51. ROHA berkata:

    ya bila lagi nak semak keputusan ni….23 november ke….masa semak dan masa mendaftar ke….baru guru-guru sibuk macam di bursa saham…atau tak jadi kursus pgsr pasal ramai yang layak….ha..ha..jangan marah ya kawan-kawan..gurau…

    Like

  52. wong joo woo berkata:

    Saya masuk secara online dan hantar borang kejabatan. Kenyataan cikgu roha ” jgn 2 saya masuk hanya cara online ” tu agak berbau fitnah.Saya pelajar pgsr ambilan pertama dan tahu sangat macamana kekawan yg lain memohon. Semua cara sama. Yg ambilian ke dua usaha mereka lebih. Buat rayuan pergi Putra Jaya, baru mereka yakin kita betul2 berminat.

    Saya pun tak tahu sapa bagi Cikgu tarikh keputusan kemasukan pelajar pgsr tu. Kami pun dulu minggu akhir persekolahan tahun 2008 baru dpt tahu.Bab ni kena sabar. Kalau nipun tak sabar dah belajar nanti tentu banyak masalah. Kerana kita ni dah tua2 kena belajar macam2 dlm pgsr.

    Kalau ada rezeki tak kemana. Pendek kata belajar pgsr ni kena banyak pikir. Fikir yg positif. Cikgu Roha dan rakan2 lain elok buat persiapan rapi nak belajar ni. Manalah tahu dapat kali ini, jadi taklah kelam kabut nak urus keluarga dll. Kalau tak dapat jgn lupa pegi Putra Jaya merayu, nangis2 sampai dapat….. Tapi bila dah dpt jgn pulak nagis keja banyak pulak.

    Mereka yg tarik diri sebenarnya ada masalah berat. Saya bersyukur setakat ni takde masalah yg tak selesai berkaitan pgsr. Saya berani tulis ni sebab saya penghulu pgsr di IPGM tempat kami belajar. Banyak maklumat saya tahu berbanding pelajar lain. Dan ramai juga pelajar yg ubah fikiran tak jadi tarik diri setelah kami barisan kepimpinan dan EXCO bantu dan nasihati mereka. Kita same je Cikgu….Tapi usaha kena lebih la……

    Apapun tahniahlah dalam pada ade pelajar pgsr yg tarik diri masih ade yang berminat tinggi macan cikgu roha….. syabasssss

    Kami senin depan dah mula kuliah ni. pastu periksa sem 2. Saya doakan cikgu dapat belajar pgsr. Dan Cikgu doakanlah kami semua lulus periksa ok….

    Like

  53. Norlizah bt Mohamad Yunos berkata:

    Laa!!! Belum kuar lagi keputusan kemasukan PGSR Ambilan 2009. Den ingat den yang tak pandai cari tapak. Lega rasenye … Dari 13hb den cube cari dan buat semakan tapi tak jumpe gak tapaknye.

    Like

  54. sani.aljufri berkata:

    Assalamualaikum,

    PGSR ambilan 2009 akan keluar keputusannya pada hari khamis atau jumaat ini. sila baca berita disini. http://bilikdarjah.com/index.php?option=com_kunena&Itemid=79&func=view&catid=48&id=112#112

    Like

  55. mimie berkata:

    assalamualaikum…saya nak tanya kat IPG mana ada course Bahasa Melayu?

    Like

  56. mimie berkata:

    lagi satu,jadual kuliah,bermula dari awal cuti hingga ke hujung cuti ke? atau ada rest beberapa hari…….

    Like

  57. adi berkata:

    assalammualaikum…

    Saya pun tengah tunggu dpt tak pgsr ni.. tak sabar nak dpt keputusan PGSR. harap2 dpt la…saya hari2 duk semak keputusan PGSR sejak 13 Nov…kalau da rezeki adalah PGSR untuk Ku..

    Like

  58. arman berkata:

    Nampaknya lewat seminggu la kalau kluar esok atau Jumaat.

    Tadi sempat bertanya dengan pegawai di PPD (kebetulan berurusan dengan pegawai yang menguruskan bahagian permohonan PGSR ini). Menurut beliau, pengambilan cuma 300 (tiga ratus) orang sahaja. Saya pun bertanya semula “bukan 3000 ke..?”.. alahai…mudah2an nama sangkut dalam senarai yang diterima..aamiiiinn…

    Sabar menanti hari esok..

    Like

  59. afrida berkata:

    bila nak tau keputusan pgsr ni? ambilan november 2009?

    Like

  60. cikgu agnes berkata:

    sabar ye cikgu2….saya pun sama ni tgh menunggu keputusan pgsr ni…harap2 saya pun dapat jugak lah….biar pun ada yang kata masuk pgsr ni susah…tapi saya tetap nak masuk juga…kerana saya percaya pada perpatah ini “bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah”….jadi kita mesti terus bersemangat untuk mengejar kejayaan itu…

    Like

  61. ummi ieta berkata:

    salam. tengah tunggu keputusan psgr 2009 gak. minta course sains kat IP Gaya KK. Berdebar dan terpaksa ubah rancangan tuk balik kampung. tiket tak ambil lagi coz nak tunggu keputusan keluar dulu. Apa-apa pun doakan saya nyer.

    Like

  62. ROHA berkata:

    Hello…cikgu woong…penghulu ke siapa ke itu tak penting…buat apa juga saya fitnah memfitnah perkara tu memang berlaku…k lah malas saya bahas lagi…buat apa nangis jauh sekali mau merayu buang masa saya saja …banyak lagi kursus lain bukan pgsr aje …memang layak jadi penghulu…semoga berjaya le cikgu….

    Cikgu Sani betulkah maklumat tu…?biar betul..

    Cikgu Arman hari ni pun tiada semakan keputusan pgsr tu…3000 seluruh Malaysia..harap-haraplah nama yang memohon tu ada semua…syukur…

    Like

  63. Nusairi Kamis berkata:

    Kata hari jumaat keputusan pgsr keluar tapi kenapa sampai sekarang belum keluar? Tak sabar nak tahu keputusan……

    Like

  64. Nusairi Kamis berkata:

    BIla lagi agaknya keputusan pgsr ni nak keluar….tunggu punya tunggu sampai sekarang belum ada jawapannya. Kenapa pula perlu dikurangkan pengambilannya sebaliknya tambah lagi pengambilannya kerana ramai yang berminat..

    Like

  65. Sani berkata:

    Assalamualaikum.

    Pihak bilikdarjah.com telah dimaklumkan bahawa semakan secara atas talian mengenai pengambilan PGSR ditunda ke tarikh yang lain. Tarikh lapor diri di IPG juga di tunda ke tarikh yang lain.

    Untuk maklumat lanjut; sila lihat berita dari bilikdarjah.com http://bilikdarjah.com/index.php?option=com_kunena&Itemid=79&func=view&catid=48&id=112#118

    Like

  66. anne berkata:

    napa tk boleh semak lagi ni pgsr,, dah tk sabar ni..

    Like

  67. siti berkata:

    Alhamdulillah…..saya dapat ditawarkan masuk pgsr ambilan november 2009 subjek bm di IP Rajang. Tak sia-sia saya tak lena tidur malam……dalam beribu-ribu saya antara intan yang terpilih…..

    Like

  68. sarifah bt saini berkata:

    salam
    semakan keputusan pgsr november 2009 telah boleh dilayari.kawan saya dapat di ipg bahasa antarabangsa.lapur diri apda 23 nov 2009

    Like

  69. Mirza berkata:

    Salam…
    kepada guru2 yg di luar sana yg masih menunggu keputusan pgsr ambilan 2009…..bersabar byk2.dan bersedia lah fizikal dan mental setelah anda berjaya .
    Anda akan dibebani dengan keje sekolah,disamping asignment yg menimbun…
    Kepada yg mengambil Pengajian muzik kalau jari dh keras nak main kibod,mulalah berlatih.Ingat semula lah not2 muzik kalau dh berkarat…maklumlah yg memohon muzik pgsr ni tiada dibuat temuduga oleh pihak BPG .cuma berdasarkan kriteria semasa permohonan online.Elok dibuat penambahbaikkan agar pengambilan course yg melibatkan amali seperti muzik atau PJ cthnya adakan tapisan agar guru2 yg terpilih insyaallah berkualiti .maklumlah yg memohon semua dh masuk senja….klau nk kongsi maklumat tentang pgsr muzik…..emel zairulmirza@yahoo.com.my.

    Like

  70. pening2 berkata:

    dah byk kali mintak. x dpt2. kdp oum 5 kali. pgsr 2 x rayuan tiap-tiap kali. bpg mmg tak da ati perut. pilih bulu. org kat jABATAN NGAN SEDARA-SEDARA DEME JE YANG DPT. KALU ADA GENG KAT JABATAN LG SENANG DPT. KALU SEDARA DA KAT BPG LG HEBAT.

    Like

  71. guru x dpt pgsr berkata:

    bleh tlg bgtau cara buat rayuan dan ayat-ayat penting yg boleh digunakan utk merayu.

    Like

  72. weljain berkata:

    saya sudah bertugas selama 6 tahun di pedalaman sabah dan mengajar subjek muzik. saya sudah 2 tahun berturut-turut mengisi pgsr ni namun dukacita. Baru2 ni ada memohon pgsr dalam subjek muzik tapi tetap sama dukacita. kecewa memanglah kecewa.

    Jadi buat masa sekarang ni saya kira nak buat rayuan tetapi tak tau nak buat camana. Ada tak kawan2 yang boleh tolong.

    Tq

    Like

  73. anis berkata:

    Kalau 300 (tiga ratus) orang aje nampaknya peluang nak dpt tipislah… maklumlah ramai senior2 yang mungkin memohon pgsr ni dah 20th pengalaman mengajar. Saya dah semak, tapi permohonan tidak berjaya. Boleh ke kalau kita buat rayuan ? macam mana ye…

    Like

  74. Mirza berkata:

    Tujuan buat temuduga supaya pengambilan guru yang terpilih adalah memenuhi kriteria yg dikehendaki oleh BPG.Bukan apa,adalah sesuatu yang ajaib jika guru yang bukan OPSYEN terpilih untuk mengikuti course muzik sedangkan realitinya tak mengenal pun walau satu not……nak tarik diri tak boleh tukar course,nak berhenti kena bayar beribu….diteruskan juga memakan diri sendiri.almaklumlah guru yang opsyen pon terkebil-kebil….yerlah dh pengalaman bertahun mengajar…skill pon dah out…..fikir-fikirkanlah.

    Like

  75. leen berkata:

    Alhamdulillah….saya terpilih mengikuti PGSR bagi ambilan November 2009 di Temenggung Ibrahim dalam kursus rekabentuk dan teknologi. Berdebar rasanya nak pergi daftar isnin ni. Bila baca komen rakan-rakan ada yang pro dan contra.Apa apapun terpulang pada diri individu. Nak dapat segulung ijazah bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan banyak pengorbanan. Harapan saya agar rakan-rakan mendoakan agar saya terus mengikuti program ini hingga ke akhirnya. Ada x sesiapa yg dapat course reka bentuk dan teknologi??? Boleh kita berbincang nanti.

    Like

  76. irman berkata:

    apasal lah korang layan si Rohah tu…. buek ngabihan boreh yo… aku rasa kalau si Rohah tu masuk OUM ke, PGSR ke, KDP 14M ke habih semua pensyarah disalahkannyo… dio sorang yo boto.

    Like

  77. irman berkata:

    Alhamdulillah… den dah dapek omak oii…

    http://apps.emoe.gov.my/kdp/pgsrtwr/

    Like

  78. kak lah berkata:

    kak pening ni.. msa mta dulu cma ikut kwn2 sbb tercabar..yg mta 8 org yg dpat kak sorang.camna…esk dah lapor diri.x smpt nk siapkn diri.. ank2 blik cuti mannya x ada rumah..nk g ke x ?

    Like

  79. anjang berkata:

    bila baca komen2 diatas bersemangat nak sambung belajar …tapi bnyk masalahnya..komitmen kluarga n masa yg tpaksa dikorbankan..hanya yg bersemangat tinggi yg berjaya mengatasi cabaran..

    Like

  80. lann berkata:

    daripada korang dok apply pgsr x dpt@ baik ambil inisiatif sendiri mcm aku wat loan ptptn smbg study kat ukm lagi klasssss…..dah nak habis dah tggal lg 3 sem….d[t segulung ijazah berkualiti drp ukm universty ke 2 terbaik di m’sia.

    Like

  81. lann berkata:

    kepada member2 yg x dpt pgsr diharap bersabar……cari jln lain utk smbg blajar…..wat sendiri contohnya ukm,upm,usm,oum secara pjj…..cuti sekolah x ganggu……cuti semester mcm student full time…lg best……pensyarah semuanya professor…….kalau kat ipgm paling tinggi master…..phd 2,3 kerat je….sori

    Like

  82. juanda berkata:

    Kepada yang dapat tu… bersyukurlah banyak-banyak ke hadrat Illahi..
    Untuk pengetahuan anda semua, berdasarkan maklumat dari IPG (saya tidak mengesahkannya dgn BPG) untuk kemasukan 2009 ini, cuma 600 orang sahaja yang berjaya berbanding lebih 39,000 orang guru yang memohon…. Hampir 38,000 guru yang lain gagal termasuklah insan tersayang saya…

    Maka dari itu, bersyukur dan terus bersyukur…. kalau ada di kalangan anda yang memasang niat untuk berhenti, anda sememangnya patut dibuang kerja kerana telah mematikan peluang dan semangat 38,000 guru yang lain (kecuali kes-kes spt sakit jiwa/gila atau sakit kronik)

    Saya mengikuti program KPM OUM sekarang… sapa cakap senang… kami bukan dapat tajaan tetapi pinjaman dan mesti dibayar balik setalah tamat belajar.. kalau nasib baik result bagus, bolehlah bayar 25% sahaja (Katanya..) Seksa dan derita (bagi saya yang bekerja time ofis) sukar digambarkan… kerja menimbun-nimbun.. kena keluar memanjang (mesyuarat,taklimat,kursus).. urusan keluarga lagi dan dalam masa kena buat assignment dan belajar… hingga ada kala rasa nak tangguh pengajian….. tapi mengenangkan, saya belajar ni saya MEMOHON bukannya DIPAKSA …. SEDAR-SEDARLAH DIRI… SO, TERUSKAN JELAH.. KALAU KITA SUSAH..ORANG LAIN PUN SAMA..

    Like

  83. nurul asyiqin berkata:

    assalamualaikum…..
    Alhamdullillah kpd sesiapa yang dapat mngikuti prgram PGSR…tapi kpd yang gagal macam saya..nampaknya kena cuba lagi…
    Memang bergantung pd rezeki masing2..utk makluman..saya sangat berminat utk menyambung pelajaran..tapi semua permohonan yang saya buat( bermula tahun 2007 hingga sekarang) semuanya gagal..agak terkilan juga…ingin juga tahu agaknya syarat agar permohonan saya diterima…..

    Like

  84. Felix berkata:

    Ada elaun tambahan ke PGSR ni…? hehehhe

    Like

  85. wong joo woo berkata:

    komen saya untuk cikgu roha supaya perbaiki diri dulu. Gaya tulisannya yg suka serkap jarang memang patut kalau dia tak diterima menyertai PGSR. Kami pejajar PGSR sentiasa bekerjasama bukan jenis suka menyalahkan orang macam cikgu roha.Banyak kerja berpasukan yang perlu diselesaikan disini. Kalau sikap macam dia ni lebih menambah masalah drpd menyelesaikan kerja. Terlalu pandai. Ingat rezeki tu Allah yang tentukan. Kalau gagal PGSR program lain kan ade. cubalah mudah-mudahan berjaya

    Like

  86. nora berkata:

    Assalamualaikum,
    saya adalah seorg drp calon pgsr Nov2009.Alhamdulillah saya t’pilih setelah memohon utk kali ke 2.Sememangnya perlu byk pengorbanan a/bila nak belajar sewaktu umur yg sudah veteran ini.Mana nak fikirkan keluarga & tugasan sebgi guru a/bila p’sekolahan b’mula..tapi itu semua tak m’jadi halangan sekiranya ada semangat & kecekalan utk tambahkan ilmu..Saya b’semangat utk belajar setelah anak2 me’besar & sokongan drp suami..kpd semua ahli pgsr09 teruskan semangat.jumpa Mac nanti..Insyallah…

    Like

  87. ummieta berkata:

    Alhamdulillah usaha saya untuk mengikut PGSR berjaya. Saya dapat sains di IP Tawau. Ada sesiapa di sini yang dapat sains boleh kita bertukar-tukar maklumat dan bahan. Opsyen lain pun kalu sudi boleh kita share ilmu. Tak rugikan kalau kita ramai kawan. Saya suka masuk laman ini especially kalau rasa semangat dah mula nak kurang. Terima kasih semua atas komen dan semangat yang diberikan.

    Like

  88. Hajijah berkata:

    Memang beruntung dpt program ni. Semakin meningkat semester semakin pecah kepala.

    Like

  89. ewan gelanggi berkata:

    Apa yang penting setiap apa yang dapat ,kita perlu bersyukur.. Alhamdulillah.. kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan ucaplah Thanks For Allah.

    Like

  90. anakmelayu berkata:

    Alhamdulillah…saya adalah insan terpilih mengikuti PGSR Sains Rendah NOV 2009 lepas…memang ade terdengar cerita dari kawan-kawan cuma seramai 600 orang aje dipilih untuk tahun 2009 disebabkan oleh kekangan kewangan negara kita…tahun ni pun mungkin akan diambil pun tidak ramai…apa pun program lain masih ada…cubalah mohon…dan apa yang saya dengar keutamaan adalah guru yang telah menamatkan kursus 14 minggu atau KSPK..
    Saya sebenarnya guru opsyen Bahasa Inggeris dan telah mengambil kursus KSPK TESL di Maktab Perguruan Ipoh dulu dan mendapat kepujian….saya rasa ini mungkin sebab saya diterima masuk ke PGSR Sains…tapi sejak disekolah saya cenderung dalam mata pelajaran Sains…saya cubalah memohon untuk mengajar subjek Sains disekolah..dan memang menyeronokkan…oh ya…bulan Jun 2010 ni kami akan mula belajar matapelajaran major kami iaitu Sains…saya juga ade mendengar guru-guru yang berhenti..saya tidak salahkan mereka…kerja kursus dan tugasan memang banyak…kalau hati jantung tidak tahan menerima tekanan mesti boleh ‘GOL!’ terus…tapi yang best pensyarah kami faham sebab kami golongan senior…oh..lagi satu…kursus kami takde praktikum dan GERKO…best kan???heheh

    Like

  91. Poi Lan berkata:

    Saya berasa syukur kerana dpt mengikuti program ni ,sudah puas memohon u rupa-rupanya tuhan sudah tentukan waktu dan dengan siapa kita belajar bersama, setelah mengikuti program baru tahu bukan semudah yang disangka hendak menjadi guru pend. khas yang cemerlang !

    Like

  92. Setiap kali ada permohonan PGSR,saya tidak pernah ketinggalan memohon tetapi malangnya tak dapat. Apakah syarat utama dan kelayakan mengikuti PGSR ni,Saya dah bertugas hampir 12 tahun,tetapi yang menghairankan ada guru yang baru lima tahun berkhidmat dapat pula,talian apa dia guna… ada orang dalam ke,susahlah arena pendidikan kalau semua guna orang dalam,yang betul2 berminat tak ada peluang.

    Like

  93. noor berkata:

    salam satu malaysia..
    saya adalah pelajar pgsr pend prasekolah. jika sesiapa yang ingin dikongsi dan berkongsi ilmu saya mengalu-alukan dan beharap. kini kami dalam sem 3 nak masuk sem ke 4.boleh tau tak ipgm mana yang ada kursus prasekolah seperti saya. tuk makluman saya di ipgm KSAH

    Like

  94. noor berkata:

    ebeetlaas, puas mencari kenalan sama course. baru jumpa. boleh saya tau awak dimaana dan berapa umurnya. sayani boleh dikatakan mahasistua yang baru nak ambil ijazah. apapun syukur alhamdulillah kerana menjadi intan terpilih memasuki program ini. bila baca komen kebanyakannya mengeluh kenapalah mereka semua tidak terpilih. ini membakar semangat saya untuk terus berusaha walaupun penuh dengan suka duka cabaran dan dugaan. Dah tengokke jadual interaksi jun. Untuk saya ianya sangatla padat.malampun ada. apa boleh buat

    Like

  95. anor berkata:

    Hai kawan-kawan pejam celik kita dah masuk sem 4 sekarang ni… Belajar kat IPTHO opsyen PA seronok rasanya. pensyarah pun bagus-bagus. keja kursus beres.. Kat kelas tak la tension sangat sbb kawan-kawan happy go lucky…

    Like

  96. Azmari berkata:

    Harap2 thn 2010 ni dapatlah peluang masuk pgsr. tak kisah dapat kat mana pun..

    Like

  97. normilah binti nasar berkata:

    salam…..
    sya nak taw bha masi adakah pengambilan pgsr?
    sapa2 yang taw tlg gtaw sya k……

    Like

  98. Saya dah byk kali mohon untuk further study.. tak kira oum ke , pgsr ke.. kdp setahun ke.. tapi masih tak dapat .. mungkin masih belum rezeki lagi.. tapi semangat nak belajar masih kuat.. Kalau tak dapat jgk pgsr kali ketiga ni.. saya pasrah.. Mesti ada hikmah yang hanya Dia yang esa saja yang tahu…

    Like

  99. rosliza berkata:

    salam..saya ialah org yg sentiasa bernasib malang..tiap2 tahun isi borang untuk smbung belajar, tp tk dpt2..kriteria apa lg yg dprlukan…mungkin blum rezeki..insyaallah tahun ni mohon lg..

    Like

  100. yen berkata:

    i pun gagal 2 kali dalam pengambilan …kecewalah… pemohonan pgsr thn ni tak keluar ke?

    Like

  101. nuri berkata:

    Permohonan PGSR utk thn ni, dah keluar ke? Atau saya dah terlepas pandang?

    Like

  102. siti nursuriana berkata:

    saya masih punya semangat utk bljr namun peluang 2 ja krg..baru2 nie lht iklan ambilan Pgsr 2011 memohon tapi x lyk kerana melebihi had umur 45 thn 1mac 2011..sya pula uda 46 ,kecewa jga bila x dpt memohon..kami nie tada peluang ker macam org lain..knapa mesti ada had umur? apa ada peluang lain ker??? kawan2 yang tau tlg maklumkan yg di bwh anjuran KPM

    Like

  103. mohd supardi berkata:

    salam… saya 2 x mintak pgsr tak dapat…. syukur cubaan ke-3 dapat ambilan mac 2011… ada tak kawan2 yg ambil k.hidup di oum terutama cawangan k.l.

    Like

  104. dinora berkata:

    salam…supardi, thniah cubaan ke 3 dpt pgsr..saya dpt bm d ipgbp 11 jun ni. selmt bljo!!

    Like

    • fauziah daud berkata:

      salam semua…saya dah belajar pgsr ambilan 2008 dlm course Pendidikan islam.minggu nih exam sem 5…huh, tup-tup dah sem 5…mcm tk caya ler…tinggal 3 sem lgi…yahooo…disember 2012 tamat..insayallah..moga selamat dpt ijazah..

      Like

Tinggalkan komen