Monthly Archives: Oktober 2008

Kementerian perlu kaji keberkesanan subjek Sejarah di sekolah rendah

Sumber Foto: Buku Teks Malaysia Dalam Sejarah 3, M. Thambirajah, Federal Publications, 1979

DUA kesatuan guru mahu Kementerian Pelajaran melakukan kajian menyeluruh dan terperinci sebelum memperkenalkan subjek Sejarah di peringkat sekolah rendah.

Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Jemale Paiman, berkata kesatuan tidak menghalang subjek berkenaan diajar tetapi memerlukan penelitian menyeluruh sebelum dilaksanakan.

“Bagus untuk meningkatkan jati diri murid kerana topik berkaitan sejarah pernah diajar di peringkat rendah sebelum Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1983.

Read the rest of this entry

Sangat Busy…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt buat semua pengunjung setia Kalam Abu Musaddad, semoga anda semua sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Hampir seminggu ana tidak menjenggut blog ini kerana sangat busy dengan tugas sehingga tidak ada ruang untuk mencoretkan sepatah dua bicara buat anda di luar sana.

Apa pun ana mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan dan komentar-komentar yang diberikan demi kebaikan bersama.

Kepada pelajar-pelajar yang telah mengunjungi laman ini, ustaz ucapkan terima kasih dan teruskan dengan kunjungan anda. Bagi yang akan mengambil peperiksaan SPM tidak lama lagi, ustaz doakan semoga anda semua diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus mengulangkaji pelajaran tanpa rasa jemu dan putus asa, mudah-mudahan kejayaan menjadi milik anda. InsyaAllah…

Manakala pada hari khamis hingga sabtu ini, ana dikehendaki menghadiri kursus pemantapan j-QAF dan taklimat bagi sukatan pelajaran bahasa arab yang akan diadakan di Mukah. Kepada rakan-rakan yang ikut serta dalam kursus tersebut, insyaAllah kita akan jumpa di sana nanti.

Sekian terima kasih.

Kalam Abu Musaddad

https://ibnismail.wordpress.com

Sifat Anak Durhaka

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.

Tetapi ada juga anak-anak yang lupa daratan, mereka ini adalah tergolong dari anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.

Anak-anak yang engkar terhadap ibu bapanya adalah anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah ingat bahawa kalau tidak kerana ibu bapa mereka, mereka tidak akan lahir di dunia ini.

Oleh itu anda harus ingat kalau tidak kerana ibu bapa anda tidak akan mengecapi hidup yang senang lenang, seperti yang anda hadapi sekarang ini. Kalau tidak kerana penat jerihnya anda tidak akan menjadi manusia yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi.

Tidak guna anda berilmu setinggi langit, jika anda tidak dapat membahagiakan ibu bapa anda sebagaimana dia membahagiakan anda semasa anda memerlukan perlindungan darinya.

Read the rest of this entry

Peranan Anda Membentuk Generasi Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Salam buat semua pembaca Kalam Abu Musaddad, hari ini masalah keruntuhan moral dan akhlak serta disiplin dikalangan pelajar amat membimbangkan semua pihak. Beberapa hari yang lalu, kita telah mengikuti berita di mana pelajar tendang guru. Kemudian hari ini, akhbar kosmo! pula telah mendedahkan kegiatan pelajar melakukan perbuatan terkutuk di dalam kelas dan merakamnya dengan telefon bimbit. Kegiatan ini mula menjadi trend sejak kebelakangan ini. Klik di sini untuk baca.

Sekiranya kegiatan keruntuhan moral dan disiplin ini tidak dikawal, bagaimana kita hendak membentuk generasi cemerlang ?. Bagi mencapai hasrat negara untuk melahirkan generasi cemerlang, maka anda mesti melaksanakan beberapa plan tindakan.

Read the rest of this entry

Jangan Jadi Hamba Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Salam ukhwah buat semua pengunjung laman Kalam Abu Musaddad, setiap manusia mesti akan marah bila mereka dikatakan punca dosa. Seseorang itu berdosa kerana mereka tidak tahu menjaga maruah, maruahlah yang boleh membezakan seseorang itu dalam keadaan baik dan diredhai Allah SWT atau dalam keadaan buruk yang dimurkai oleh Allah SWT.

Oleh itu setiap wanita muslim harus tahu meletakkan dirinya ditempat yang sewajarnya sebagaimana wanita harus dihormati oleh kaum lelaki. Tetapi dalam banyak masalah wanitalah yang dikatakan punca dosa. Rasulullah SAW pernah bersabda :

Read the rest of this entry

Jangan Pandang Remeh Ketulan Pada Payu Dara

RAMAI wanita Malaysia khususnya orang Melayu memandang ringan terhadap tahap kesihatan mereka. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kebanyakan mereka tidak menjadikan pemeriksaan kesihatan sebagai rutin hidup. Alasan yang diberikan, mereka sihat dan masih boleh melakukan kegiatan harian seperti biasa, kalau ada pun sakit sedikit masih boleh digagahi tanpa perlu merujuk kepada doktor.

Justeru, untuk meluangkan masa menjalani ujian saringan kesihatan khas untuk wanita seperti ujian mamogram dan pap smear tidak terlintas di fikiran, sedangkan penyakit menyerang tidak kenal sesiapa, status, usia atau apa sahaja.

Sememangnya ajal dan maut di tangan Tuhan, namun sebagai manusia, kita masih boleh berikhtiar dan mengelakkannya jika kita berusaha seadanya.

Walaupun beribu-ribu kempen kesedaran tentang barah payu dara telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta, minda golongan Hawa di Malaysia masih belum terdidik untuk menjadikan pemeriksaan payu dara sebagai rutin kesihatan mereka.

Wanita muda khasnya yang berusia lingkungan umur 18 hingga 35 tahun pastinya beranggapan bahawa mereka bukanlah golongan berisiko untuk menghidap penyakit barah payu dara.

Read the rest of this entry

Mata Pelajaran Sejarah Wajib di Sekolah Rendah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyarankan agar mata pelajaran sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara.

Abdullah berkata sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa dan justeru itu, adalah penting bagi generasi muda untuk mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara.

“Ini mesti… jangan nanti anak-anak tiada peluang (untuk mengetahui dan mendalami sejarah),” katanya ketika berucap merasmikan Wisma Sejarah iaitu bangunan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Jalan Tun Razak di sini.

Read the rest of this entry

Apabila Remaja Ketandusan Adab Sopan dan Nilai-Nilai Murni

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Adab sopan ialah tingkah laku serta tutur kata yang halus. Setiap muslim hendaklah menjaga adab sopan yang telah ditetapkan supaya kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat dapat dijaminkan.

Adab sopan dapat membezakan di antara manusia dengan haiwan. Penyair arab ada berkata : “Ketinggian umat bergantung kepada ketinggian akhlak dan adab sopannya. Sebaliknya jika akhlak umat itu runtuh maka runtuhlah umat tersebut.”

Dalam kehidupan seorang muslim, ia perlu memelihara adab sopan, akhlak dan nilai-nilai murni, sama ada ketika berada di rumah, di sekolah, atau di mana-mana sahaja.

Read the rest of this entry

Milikilah Kekuatan Ilmu dan Minda

Bismillahirrahmanirrahim…

Setiap umat Islam wajib menuntut ilmu. Ilmu tersebut termasuklah ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Rasulullah SAW telah bersabda :

” Menuntut ilmu itu diwajibkan ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan.”

Maju atau mundur sebuah masyarakat atau umat, bergantung kepada keupayaan mereka menguasai ilmu pengetahuan. Umat yang berilmu adalah umat yang berwawasan, memiliki kekuatan, mempunyai matlamat hidup, sentiasa dihormati dan dicontohi. Firman Allah SWT di dalam surah al-Mujadalah ayat : 11 yang bermaksud :

” ….Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat……”

Dalam kehidupan individu, ilmu fardu ain dapat membantu seseorang memantapkan iman, melaksanakan amal ibadah dengan betul, dapat menilai dan membezakan di antara perkara benar dengan yang salah, mendidik seorang insan bertanggungjawab serta beretika.

Read the rest of this entry

Milikilah Sikap Positif

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, kita mesti rajin berusaha. Kita mesti berfikiran terbuka, berkeyakinan pada diri, berkebolehan untuk mengatasi segala liku masalah.

Kita juga mesti sedar bahawa kita dijadikan Oleh Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian. Kalau kita tidak mengambil kesempatan memiliki sikap-sikap yang membawa kita ke arah kecemerlangan, maka alangkah rendahnya martabat kita. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Tin ayat 4-5 yang bermaksud :

Read the rest of this entry

Sikap Negatif Penghalang Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Salam ukhwah buat semua pengunjung laman Kalam Abu Musaddad, ketahuilah terdapat beberapa sikap negatif yang masih wujud dalam diri seseorang individu, seperti malas berusaha, mudah putus asa, mudah menyerah dan memadai dengan pencapaian yang ada.

Sikap-sikap negatif tersebut boleh menghalang kejayaan kita, terutamanya jika kita seorang pelajar. Kalau sikap tersebut berterusan, kita akan menjadi orang yang ketinggalan dalam segenap bidang kehidupan.

Read the rest of this entry

“Buang yang keruh,ambil yang jernih”

Bismillahirrahmanirrahim…

Foto dipetik : Kosmo!

Sudah menjadi resam manusia makhluk Allah, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tutur kata dan perbuatan di dalam pergaulan memang ada yang terguris dan tersinggung.

Oleh itu, sempena kehadiran syawal kali ini, marilah kita sama-sama merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan serta melupakan segala permusuhan, persengketaan lama dan membina perhubungan yang harmoni dan kasih sayang. Bak kata pepatah melayu, “buang yang keruh dan ambil yang jernih”.

Read the rest of this entry

39,695 guru mohon ikuti Program PGSR

SEJUMLAH 36,695 permohonan diterima daripada guru sekolah rendah bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) yang julung kali dilaksanakan Kementerian Pelajaran menerusi Institut Pendidikan Guru (IPG), bermula November ini.

Bilangan itu bagi memenuhi unjuran 3,000 yang ditetapkan kementerian berkenaan setiap tahun bagi membolehkan guru sekolah rendah memperoleh ijazah perguruan dikendalikan 27 IPG seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran, Datin Asariah Meor Shaharuddin, berkata penawaran program itu membabitkan tempoh pengajian selama empat tahun dengan pengambilan pertama tahun ini akan memulakan pengajian pada 17 November ini.

Read the rest of this entry

Kalam Di Pagi Syawal

Dengan Kalimah Bismillahirrahmanrrahim…Kalam ini berbicara dipagi idul fitri yang mulia, namun hatiku tak boleh rahsiakan kesedihan hati kerana menyambut syawal pada tahun ini tanpa insan-insan yang disayangi dan dirindui..

Walaupun begitu diriku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menunaikan solat sunat idul fitri pada tahun ini bersama teman-teman yang lain di sini. Hatiku tetap tabah…

Hanya doaku kirimkan buat ayahanda dan bonda dan juga insan tersayang nun jauh di sana….

Read the rest of this entry