Warnai Aidilfitri Dengan Rasa Syukur

Bismillahirrahmaniahim…

Assalamualaikum wbt buat pembaca Kalam Abu Musaddad, hari ini umat Islam akan melihat anak bulan Syawal 1429 Hijrah (H). Jika melihatnya maka pada hari esok (selasa) umat Islam akan menyambut hari kemenangan melawan hawa nafsu mereka iaitu Aidilfitri.

Oleh itu, marilah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat sekali lagi menyambut Hari Raya di tahun ini dalam suasana aman sentosa, setelah sebulan lamanya melawan hawa nafsu yang meronta-ronta, menyempurnakan amal ibadah dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan serta keampunan Allah SWT semata-mata.

Disamping kita bersyukur dan bergembira, janganlah kita lupa bahawa disaat kaum muslimin muslimah bersukaria, ada di antara saudara-saudara kita yang berduka nestapa, kerana kehidupan mereka yang kurang sempurna, kerana kemalangan dan sakit datang menimpa, kerana berjauhan dengan ibu bapa dan sanak saudara, dengan isteri dan suami serta anak-anak kerana memikul tugas negara, atau boleh jadi mereka menghadapi krisis kewangan. Mereka ini menyambut takbir Hari Raya yang bergema dengan titisan air mata, oleh itu marilah kita hulurkan bantuan dan sedekah kepada mereka jika terdaya, atau mendoakan moga-moga penderitaan mereka akan dapat diatasi dengan segera.

Sinar syawal kini telah menjelma, menamatkan kelaparan dan kehausan disiang hari telah pun tiba. Menyinarkan wajah muslimin muslimah riang dan gembira, selama sebulan ramadhan menghidupkan malamnya dengan berterawih, berwitir, bertadarrus al-Quran, bertasbih, bertahmid, berzikir dimasjid-masjid atau surau dan rumah-rumah telah pun kita amalkan bersama.

Kini bulan ramadhan sudah pun berakhir dan mengucapkan selamat tinggal buat sementara, semoga puasa, sembahyang, zakat fitrah dan segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, diampuni segala kesalahan dan dosa sama ada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.

Hari ini merupakan hari kemenangan kepada kaum muslimin dan muslimah dalam berbagai pertarungan, berjaya meninggalkan segala kehendak dan keinginan, makan minum dan segala kelazatan kerana tunduk dan patuh menyempurnakan perintah TUHAN menyempurnakan puasa sebulan ramadhan.

Sementara itu, hari ini negara kita dan juga diseluruh dunia semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran, riang dan gembira, mengziarahi dan mengunjungi kedua ibu bapa, sanak saudara, sahabat, kawan dan teman serta halal menghalal, bermaaf-maafan dengan menjamu selera sambil bersalaman mengucapkan Selamat Hari Raya.

Justeru itu, Aidilfitri hendaklah disambut dan dihayati dengan takbir, selawat, tahmid, dan sembahyang sunat Hari Raya dengan penuh bererti dan syukur kepada Allah SWT. Manakala sambil ziarah mengziarahi jika ada ketegangan dan persengketaan dengan rasa rendah dihati hapuskanlah segera, jangan ditangguh-tangguhkan lagi. Marilah bersama-sama membina hidup baru dan bersatu hati serta tanamkan perasaan muhabbah dan persaudaraan Islam sejati supaya dijauhi oleh Allah SWT bala bencana yang tidak diingini, hidup dengan kasih sayang dan penuh harmoni, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman di dalam hati. Firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat : 48 yang bermaksud :

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantah kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati) sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”

Kesimpulannya puasa ramadhan al-Mubarak telah disempurnakan, setelah syawal menjelang pula puasa enam yang disunatkan, kerana Rasulullah SAW, para sahabat semua mengamalkannya. Oleh itu, jangan lupa marilah kita sama-sama menunaikannya. Kalau tidak boleh berturut-turut, selang seli juga boleh dikerjakan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Barangsiapa yang berpuasa ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dibulan syawal maka pahalanya adalah seperti ia berpuasa setahun.”

Wallahu A’lam…

Kalam Abu Musaddad / 29 September 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 29 September 2008, in Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Assalamualaikum… saya juga minta maaf apabila dalam blog saya terdapat kata2 yang kurang berkenan bagi anda… atau koment yang juga kurang berkenan… Minal Aidzin Wal Faizin…

    Saya punya hadih buat Pak Abu.. bisa dilihat di… http://bagdemagus.wordpress.com/2008/09/29/312312/ terima kasih…

  2. Aduh… maaf pak linknya salah… http://bagdemagus.wordpress.com/2008/09/29/thr-nyasar-yang-aneh/ maaf

    ****KAM : Wslm Fi’…Em ana pun mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin sekiranya ada terlanjur kata dan gurauan selama kita bersahabat di dunia maya ini…Moga-moga segala usaha kita diberkati Allah SWT…****

  3. pic yang dpn tu. pic pe? kenapa ada yang beralas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: