Buat Laporan Jika Terima Hadiah Raya

KUALA LUMPUR – Badan Pencegah Rasuah (BPR) menasihatkan pegawai kerajaan yang ditawarkan suapan atau hadiah berunsur rasuah khususnya di musim perayaan supaya membuat laporan kepada agensi itu.

BPR juga sentiasa membuat pemantauan terhadap ketua-ketua jabatan berkaitan dengan laporan mereka berhubung dengan penerimaan hadiah supaya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 akan sentiasa dipatuhi, kata BPR dalam satu kenyataan semalam.

Peraturan tersebut menjelaskan, dalam keadaan yang menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai di mana penerimanya tertakluk kepada larangan peraturan itu, maka hadiah itu boleh diterima secara rasmi dengan syarat pegawai itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik mengemukakan satu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan untuk mendapat kelulusan sama ada boleh atau tidak menerimanya.

Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 menyatakan apabila seseorang penjawat awam ditawarkan dengan apa-apa suapan termasuk hadiah secara rasuah, maka pegawai itu dikehendaki seberapa segera melaporkan hadiah tersebut kepada BPR.

Penjawat awam yang ingin mendapatkan nasihat atau pandangan mengenai penerimaan hadiah, boleh menghubungi BPR di 019-6000103 dan 019-6000104 serta mereka juga boleh melayari laman web BPR di www.bpr.gov.my. – Bernama

Apa pandangan pembaca ?

Sumber berita : Kosmo! Online

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: