Kalam Perantau- “Rindu Akok Kelate”

Bismillahirahmanirrahim…

Salam buat semua pembaca Kalam Abu Musaddad, bagaimana dengan ibadah puasa hari ini, di harap semuanya berjalan lancar dan ianya lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini insyaAllah…

Rindu kuih akok kelate…Itulah tajuk entri ana kali ini..he he he…Yelah dok kat sarawak ni susah nak jumpa makcik-makcik yang jual kuih akok tu…Kalau nak tahu kuih tu adalah kuih kegemaran ana sejak kecil lagi. Kalau puasa kat kampung, mak selalu beli kuih tu untuk berbuka. Tetapi kat sarawak ni sejak mula puasa hingga kini belum dapat lagi merasa keenakan kuih kegemaran tu..

Dekat Tanjung Manis ini tidak banyak sangat orang menjual kuih-muih atau lauk-pauk untuk santapan berbuka puasa, bukan macam kat semenanjung, kalau pergi ke bazar ramadhan tu, macam-macam kuih-muih kita boleh pilih terutamanya dekat negeri kelahiran ana (kelantan), macam-macam kuih kita boleh pilih, tetapi kat sini hanya beberapa jenis kuih-muih sahaja dijual.

Tamat sahaja waktu persekolahan, petang kemarin ana keluar ke Sarikei. Buat pengetahuan pembaca, untuk pergi ke Sarikei dari Tanjung Manis akan mengambil masa lebih kurang 1 jam iaitu dengan menaiki bot express. Di sini masih menggunakan pengangkutan air untuk ke bandar kerana masih tidak ada jalan darat. Mungkin pada tahun 2010 nanti jalan raya dari Tanjung Manis ke Bandar Sibu akan siap. So bolehah menggunakan jalan darat untuk ke bandar.

Sampai saja dibandar Sarikei, ana terus pergi ke bazar ramadhan kerana masa itu jam sudah pukul 3.00 petang. Bazar ramadhan di sini tidakla besar sangat, jika dibandingkan dengan disemenanjung. Pusing-pusing dengan niat dihati nak cari kuih akok, manala tahu kot-kot ada orang semenanjung jual di sini sebab kat sini ramai juga orang semenanjung. Tetapi malangnya nasib kurang baik niat itu tidak kesampaian jua..he he he…Habis tempat ana pusing, tak jumpa juga..Alamatnya kempunan lagila kali ini..he he..

Oleh kerana tidak ada kuih akok, beli jelah kuih lain untuk berbuka. Terpikir ana sejenak, rupa-rupanya susah jugak untuk mencari kuih tradisional kelantan itu diluar negeri kelantan, terpaksalah bersabar menahan keinginan untuk merasa kuih akok itu..Mungkin balik kampung nanti barulah dapat merasa.

Kalau tak silap ana, minggu lepas TV3 menerusi rancangan Majalah 3 telah membuat laporan khas mengenai kuih akok. Bila tengok rancangan itu..bertambah melelehlah air liur…he he…Betapa rindunya kat akok kelate tu..he he he…

Emmm..Sekiranya pembaca ingin berkongsi sesuatu, silakan beri komentar atau pandangan anda di bawah ini…he he he…

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 23 September 2008, in Tentang Aku. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. Assalamualakum cikgu, sian dengar anak perantau yang rindukan kueh akok… tak pe nanti raya balik kmpung, makan puas2 ye.
    Kak Aida suka jgk makan kueh akok, sebab masa bujang dok KL dok serumah dgan bebudak kelate. Bedal semua apa yang dia orang buat. Nasi kerabu, laksam, nasi dagang, budu issss. sodap tuuu…. kak aida bawak balik cencalok dari melaka dia org bedal, dia org bawak balik budu akak bedal. tapi puasa ini, kat bazar ramadhan di pekan duyung ada juga semua tu. kueh akok aje x nampak, kalau rajin cari mungkin ada. hari ni puasa dah nak masok 23 hari, dah lebih 10 kali makan nasi kerabu, nasi dagang sekali, laksam 2 kali. lagi apa ekkkk. citer bab makan time lunch ni, perut mcm kene kerok pulak…..heeee bye

    ****KAM : Wslm kak..He he he..Aduhhh akak citer semua tu bertambah tak sabar ana nak balik kampung ni nak bedal sume tu..he he he…terutama budu tu..he he he…Sumenya sodap tu kak…he he..****

  2. meme sayapun suka akok..nak buat tak reti…cikgu orang kelate ke?

    ****KAM : Ana raso sume oghe suko akok, he he he…Em oghe klate he he..****

  3. Assalamualaikumm…

    Selamat menjalani abadah POSO…
    kesian kawe dengar cerita demo.. kawe loni dok tengoh buat akok nih… sero nak makae…..hee…

    sarawak ni tok jumpo la demo nak makae akok kalu g cari kedai gak.. kalu nak makae tlajok gak demo keno buat sndiri…

    kawe bui resepi… pah demo buat lahhh… tapi kena ada oven…. x payoh nak bakar sabut nyo….

    Bahan-bahan ( 36 biji )

    * 5 biji telur
    * 200 ml pati santan
    * 100 ml air
    * 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
    * 30 gram tepung gandum
    * 3 helai daun pandan- disiat-siat
    * 2 cubit garam halus

    Cara-cara

    1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
    2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
    3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
    4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

    Hok ni jah kawe bulih bui ko demo… nak bui akok kae… takut basi… hee

    SELAMAT MENCOBA

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Selamat berposa jugak tuk demo sekeluargo… Kawe gak brehi benarla akok gok. Molek jugak demo buie resipi nih, buleh kawe try buat.kot2 nak jadi…he he he…Timo kasih bnyokla kongsi resipi ni….Ado maso jengok2la blog kawe nih…he he he….****

  4. NIK ATIFAH BT RASDI

    kawe pon nk make akok jgk..
    tamboh2 akok klate..
    sabar lah.,,
    kawe pom supo demo jgk..
    ank perantau

  5. kawe pon nk make akok jgk..
    tamboh2 akok klate..
    sabar lah.,,
    kawe pom supo demo jgk..
    ank perantau lah katokan
    x lamo lg sek2 kto blk rayo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: