Pelatih Jururawat Ada ‘sugar daddy’

KUALA LUMPUR – Bagi segelintir pelajar institusi pengajian tinggi, antara cara paling mudah untuk mendapatkan wang tambahan dan bergaya mewah di kalangan rakan-rakan ialah dengan mempunyai ‘sugar daddy’.

Ia bukan perkara luar biasa pada masa ini malah ‘wabak’ tersebut semakin merebak dan menjadi jalan pintas segelintir pelajar IPT ini untuk bermegah-megah dan bersuka ria.

Hal tersebut didedahkan seorang sumber di mana ‘wabak’ ini telah merebak sejak setahun lalu di sebuah kolej jururawat di Lembah Klang

“Pelatih jururawat tersebut memang sudah lama buat kerja itu. Mereka ini bergerak secara senyap-senyap untuk mengaburi mata orang lain terutamanya rakan sekampus.

“Dia orang ini cantik-cantik belaka sebab itu boleh ada sugar daddy. Agaknya mereka berlatih nak beri khidmat terbaik untuk pesakit kelak.” katanya sinis.

Jelas sumber yang ingin dikenali sebagai Zaza itu, kebanyakan pelajar-pelajar yang menjalankan kegiatan ini berasal dari utara tanah air dan Sabah, Sarawak.

Bercerita lanjut, Zaza mendakwa, kegiatan pelatih ini boleh dilihat apabila hampir setiap malam mereka diambil dan dihantar oleh kereta-kereta mewah dengan berpakaian cantik.

Lebih mengejutkan, seorang pelajar bukan hanya ada seorang sugar daddy tetapi sekurang-kurangnya dua hingga tiga orang.

“Dalam sebulan mereka ini dapat sebanyak RM300 hingga RM400 seorang, kalau sudah tiga orang, tentu dapat RM1,000 lebih dalam tangan.

“Wang itu sudah cukup untuk menampung pelajar-pelajar ini dan dapat bertukar-tukar pakaian baru sentiasa,” ujarnya.

Ditanya mengapa pelajar-pelajar ini cenderung untuk mencari sugar daddy, beliau memberitahu:

“Semuanya sebab bosan dan ingin rakan yang boleh bawa mereka bersuka ria selain boleh mendapatkan wang tambahan untuk kegunaan pembelajaran dan harian.

Apa pandangan / komen pembaca ?

Sumber Berita : Kosmo! Online

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 21 September 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. salam ziarah..blog yg berthaqafah…

    ishh..ishh apa nak jadi budak2 zaman skrg ni..Allah Bagi kecantikan bukan suruh utk gadaikan..seharusnya bersyukur..ini menambah dosa yg ada..tu belum cek kat U-U tmptan lgi..entah mcmmana gamaknya..

    ada masa jmput ke blog ana ye..

    ****KAM : Wslm…Emm insyaAllah nanti ana melawat blog anta k…****

  2. nauzubillahhiminzalikh..
    semoga saya dan rakan-rakan dijauhkan dari kemungkaran ini.
    bila matlamat asal sudah tersasar, itulah jadinya.. apatah lagi bila dapat hidup selesa. maka hati dan fikiran pun jadi gelap diselimuti selimut kemewahan.

    p/s:terima kasih Abu Musaddad ats komen kamu di blog saya.=)

    ****KAM : Mudah-mudahan Allah SWT melindungi kita semua dari segala perbuatan keji dan kemaksiatan…****

  3. ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

    KINI TELAH DIBUKA..
    PUSAT DOWNLOAD MELAYU

    MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
    ►Audio Muzik
    ►Ceramah & Motivasi
    ——Audio
    ——Video
    ►Ebook
    ——Majalah
    ————————Majalah PC ada,
    ————————Majalah PC Xtra ada,
    ————————Mangga ada,
    ————————Ujang ada,
    ————————Mastika ada,
    ————————Gila-Gila ada,
    ————————Majalah Apo? ada,
    ————————Majalah Gempak ada,
    ————————Majalah Utopia ada,
    ————————Majalah Mingguan Wanita ada,
    ————————Majalah Mastika ada,
    ————————Majalah Wisel ada,
    ————————Majalah Arena Bolasepak ada,
    ————————Majalah Hai ada,
    ————————Majalah Maskulin ada,
    ————————Majalah G3 ada,
    ————————Majalah Max It ada,
    ————————Majalah Star Soccer ada,
    ————————Majalah Klik ada,
    ————————Majalah Remaja ada,
    ————————Majalah CHIP ada,
    ————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
    ————————Majalah Rasa ada,
    ►Filem
    ——Versi DVD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ——Versi VCD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ►Rancangan Televisyen
    ——8TV
    ——Astro Ceria
    ——Astro Prima
    ——Astro RIA
    ——AXN
    ——NTV7
    ——RTM
    ——TV3
    ——TV9
    ►Video Muzik
    ——Muzik Indonesia

    dan banyak lagi..!!!

    Masuk sini= http://media-mlayu.notlong.com

    TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

  4. Salam dan salam sejahtera.
    Sebelum mengukir bicara ingin saya perkatakan maksiat terjadi di mana-mana.
    Namun begitu saya kurang bersetuju untuk menyatakan pelatih jururawat mempunyai sugar dady.
    Saya juga berpengalaman menjadi jururawat pelatih dan sekarang telah 18 tahun berkecimpung di dalam bidang kejururawatan dan telah pun menjadi ketua dan jururawat siswazah yang diperkenalkan baru-baru ini.
    Dulu, saya juga berperasangka begitu, namun setelah melihat tingkahlaku senior saya rasa ada juga baiknya.
    Memang jururawat nampak sosial dan seolah olah mempunyai sugar dady namun tanpa ramai yang mengetahui jururawat adalah di antara yang bernasib baik kerana berpeluang mengenali hati budi bakal suami semasa sedang menjadi pelatih.
    Ini adalah kerana selain dari sempat berkawan dan mengenali hati budi masing masing hampir 3 tahun, jururawat juga tahu akan bahayanya menjadi mangsa kepada sugar daddy atau dengan kata lain prostitute.
    Kami mempelajari anatomi dan asal usul kejadian manusia, jadi setiap apa yang berlaku di antara lelaki dan perempuan kami tidak mudah menggelabah dan sudah tentu tidak akan melakukan sesuatu yang menjadi larangan.
    Ramai di antara senior dan rakan rakan saya yang berkahwin dengan kenalan yang dikenali hampir 3 tahun semasa menjadi pelatih dan ini membuktikan mereka berkawan untuk berkahwin dan bukannya berkawan untuk nafsu serakah. Hanya pada malam hari sahaja kami dapat mengenali pasangan sebelum berkahwin itupun perlu balik ke asrama sebelum 10.00 malam. Hidup kami di asrama penuh dengan disiplin.
    Begitu juga dengan kehidupan jururawat, rata-rata nampak mewah dan ramai pula yang berkahwin dengan orang berada, ini bukanlah kerana jururawat memilih orang berharta untuk dijadikan pasangan namun berkahwin dengan jururawat sama seperti anda berkahwin dengan life. Jururawat dapat menjaga keluarga bahagia kerana mempunyai ilmu dan memahami konsep dan biologi manusia. Jururawat juga merupakan rakan yang sporting dan trust terhadap pasangannya. Begitu juga dengan pasangan mereka, saling percaya mempercayai. Kalau tidak masakan boleh melepaskan isteri bekerja semalaman dan berkali kali dalam tempoh sebulan. Ini lah yang dikatakan trust dan jururawat adalah orang yang boleh dipercayai.
    Kami juga boleh menjana pendapatan denga melakukan kerja part time dengan hospital swasta yang mana bayaran yang diberikan mencecah rm150.00 sehari. Sekurang kurangnya setiap jururawat dapat memperolehi pendapatan melebehi 1 K sebulan dengan melakukan ker kerja locum. Kami menyimpan pelbagai rahsia kehidupan manusia yang sukar di fahami oleh orang biasa.

    jadi, buanglah andaian silap anda tentang tingkah laku jururawat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: