Jadual Periksa SPM dilewat Setengah Jam

JOHOR BAHRU – Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan al-Quran dan As Sunnah yang dijadual pada 18 November ini, akan dilewatkan setengah jam daripada jadual asal.

Pengarah Peperiksaan Kementerian Pelajaran Dr. Salbiah Ismail berkata berikutan pindaan itu, jadual untuk tiga subjek terbabit berubah dari dari pukul 2 petang ke pukul 2.30 petang.

“Kami memang ada menerima rungutan meminta peperiksaan Pendidikan Moral dipinda ke 19 November untuk dijalankan bersama Pendidikan Islam kerana jadual peperiksaan pada 18 November amat padat.

“Tetapi kementerian tidak boleh mengubah hari untuk kertas itu kerana setelah daftar peperiksaan disemak, ada sebilangan calon mengambil kedua-dua subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Jadi, bagaimana calon hendak menduduki peperiksaan dua mata pelajaran itu serentak,” katanya di sini semalam.

Salbiah berkata demikian sebagai mengulas rungutan ibu bapa dan pelajar dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam, yang menggesa Kementerian Pelajaran meminda jadual peperiksaan Pendidikan Moral ke tarikh 19 November. – Bernama

Sumber Berita : Kosmo! Online

Advertisements

One Response to Jadual Periksa SPM dilewat Setengah Jam

  1. Yap, yang penting makna dan intinya, soal jadul bisa diatur. Salam.

    ****KAM : Wslm pak…Ya saya setuju dengan pendapat bapak…****

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: