Elak Pembaziran Menjelang Raya

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam semua pembaca budiman Kalam Abu Musaddad, semoga anda semua sihat walafiat disamping menjalani ibadah puasa.

Apabila menjelangnya aidilfitri, semua orang sibuk membuat persiapan terutamanya kaum ibu untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

‘Raya tahun ni, aku pun nak tukar langsir dan sofa baru, macam jiran sebelah. Kalau dia boleh beli, kenapa aku tidak? Alah… duit tak cukup boleh hutang, lepas raya aku bayar ansur-ansur.’

Inilah antara situasi yang berlaku setiap kali menjelang musim perayaan. Walaupun terpaksa mengikat perut untuk mengumpul wang atau berhutang, ia bukan masalah. Asalkan dapat memenuhi nafsu Raya yang inginkan segalanya serba baru.

Lebih menyedihkan, ada yang sanggup menukar langsir atau sofa baru, meskipun masih elok digunakan. Alasannya hanya kerana orang lain menukar set perabot baru.

Tidak semestinya menyambut aidilfitri semuanya kena baru. Jangan ikut nafsu dan orang lain, tengok orang lain tukar perabot baru, kita pun nak tukar perabot juga. Kalau yang lama masih boleh pakai, kenapa harus kita tukar yang baru ? Bukankah itu satu pembaziran. Inilah fenomena yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini. Malah ada yang sanggup berhutang demi memenuhi keinginan dan kehendak.

Foto dipetik : Kosmo!

Ya…Apabila tengok iklan sama ada kat TV, media cetak dan sebagainya semuanya ada discount sempena musim perayaan. Barang ni murah, barang tu murah…Malah ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan ” ambil dulu, bayar kemudian”. Iklan-iklan seperti inilah boleh melonjak lagi nafsu kita untuk memiliki sesuatu barang walaupun diluar kemampuan. Oleh kerana terpedaya dengan iklan-iklan sedemikian, tanpa kita sedari, kita telah terperangkap dengan hutang.

Oleh itu, kita hendaklah merancang dan berbincang dahulu sebelum berbelanja. Tengok kemampuan kewangan kita. Jangan mudah terpedaya dengan orang lain dan iklan-iklan seperti disebut di atas agar kita tidak terjerumus dengan bebanan hutang yang banyak.

Sebaiknya kita hendaklah senaraikan dahulu perkara-perkara yang ingin dibeli mengikut keperluan. Sekiranya barang itu masih boleh digunakan maka tidak perlu kita menukarnya dengan yang lain. Elakkan daripada pembaziran.

Islam mengalakkan kita supaya bersederhana dalam semua perkara dan melarang berlebih-lebihan kerana ia adalah satu pembaziran. Dan Islam juga tidak mengalakkan umatnya berhutang kerana ia boleh membawa kepada kepapaan.

Justeru itu, kalam ini menyarankan agar belanjalah secara berhemah. Bukan tidak boleh kita berbelanja, tetapi berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan. Elakkan pembaziran dan berhutang. Oleh itu, rancanglah bajet raya secara bijaksana agar kita tergolong di dalam orang-orang yang bersederhana, bukannya tergolong di dalam golongan orang-orang yang berlebih-lebihan.

Apa pandangan pembaca ?

Kalam Abu Musaddad / 15 September 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 15 September 2008, in Isu Semasa, Keluarga dan Masyarakat. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. W’salam. cikgu! Kak Aida belum beli apa2 lagi. Nak tunggu duit bonus. Beli baju dah siap lagi senang. Kueh rayapun belum nampak lagi. Langsir, sarung kusyen semua pakai yg 3 tahun lepas punya. Sbenarnya Kak Aida mmg malas pasang langsir. Kalau gantung raya tahun lepas, smpai raya ni baru ganti. Tp raya kita mmg nampak ketara org kita berbelanja. Tukar sofa, tukar langsir, baju jgn ceritalah. Ada jugak beli barang kemas. Dulu masa kerja kat sekolah, pernah ibubapa datang jumpa GPK HEM nak minta kebenaran keluarkan wang biasiswa anak. Berapa sen sgtlah duit anak dia dalam tu. Itulah yang paling sedih dpt kita lihat. Kdg2 marah pulak bila kita tak bagi. Bawa anak ke bank satu hal, dah ganggu P&P anak dia. Tak dpt nak bayangkan perasaan anak tu bila punya ibubapa macam ni. Macamana anak2 nak berjaya ! Kesian budak2 tu…

  2. Nafi' Abdul Hakim

    Assalamualaikum…
    Halo Pak Abu…
    saya sangat setuju dengan pendapat bapak…. toh dengan berhemat dan sesuai dengan keperluan, tanpa berlebihan dalam berbelanja, kita bisa menyisihkan uang kita untuk bersedekah atau beramal yang dipikir pikir lebih baik….
    Yang terpenting kan persiapan kita yakni lahir dan batin dalam rangka menyambut hari raya Idhul Fitri… bukannya pakaian atau yang lain….
    Wassalam…
    Nafi’ Abdul Hakim, Surabaya, Indonesia…
    http://BAGDEMAGUS.WORDPRESS.COM

  3. Assalamualaikum cikgu, selamat berpuasa. Iyelah, masyarakat kita paling bermewah-mewah berbelanja bila menjelang hari raya. Tengok saja kat tempat membelah belah. Kedai perabot, eletrik, butik dan kedai emas. Baju jgn citer lah, hebat! . Langsir yang ada diganti baru. yang lama terperap dalam almari. almari penuh beli almari baru. lama2 rumah pun sesak. lepas tu kata kerja banyak. serupa macam lagu katak oh katak. dulu masa kerja kat sekolah pernah parent dtg kat pejabat nak jumpa GPK HEM pasal nak keluarkan duit biasiswa anaknya. Pandai pulak mengajar anak suruh cakap dengan kita nak beli peralatan sekolah. Bukan kita tak tahu. Kalau kita tak bagi marah pulak. Bawa anak keluar pergi bank satu hal, ganggu P&P. Mcm mana anak2 nak belajar, kalau mcm tu perangai ibubapa nya. Duit biasiswa tu kita bagi buat perbelanjaan persekolahan anak , tpi disalah gunakan. berapa sen sangatlah duit anak dalam buku tu. Kesian budak2… bilalah org kita nak berubah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: