Dari Jauhku Kirimkan Doa Buatmu

Bismillahirrahmanirrahim….

Dengan ingatan tulus ikhlas kalam ini mula berbicara buat keluarga, ayah bonda, adik-adik dan adinda tersayang semoga kalian semua sentiasa berada dibawah payungan rahmat Allah SWT selalu hendaknya..

Dengan bisikan rindu, kalam ini mengukir kata :

Buat Ma, Abah, Mak Su dan Ayah…

Terlebih dahulu kalam ini memohon keampunan kerana pada ramadhan kali ini sekali lagi kita tidak dapat bersama untuk sama-sama meraikan kedatangan ramadhan, tetapi doa anakanda bersama rindu ini sentiasa mengiringi setiap dengut jantung dan langkah ayah dan bonda dikampung sana.

Anakandamu di sini sentiasa merindui kasihsayangmu setelah sekian lama kita berpisah. Kadang-kadang sebak mendatang dihati kecil ini kerana merinduimu dikampung sana. Apabila rindu itu datang, hanya doa yang dapat anakanda kirimkan agar ayah dan bonda sentiasa sihat walafiat selalu.

Anakanda di bumi sarawak ini tidak pernah sedikit pun lupa kampung halaman kita, tapi apakah daya…Demi tugas dan tanggunjawab , terpaksalah kita berjauhan buat seketika. Perpisahan ini bukan buat selama-lamanya, suatu masa yang ditentukan oleh Allah SWT nanti, pasti anakanda muncul dipintu rumah kita jua. He..he..he..

Buat pengetahuan ayah dan bonda juga, mungkin syawal nanti anakanda tidak dapat pulang kerana anakanda cuti hanya 1 minggu jer. Rasa tak berbaloi balik kampung dengan cuti yang pendek itu, apa pun cuti sekolah panjang nanti pasti anakanda akan pulang. Anakanda harap ayah dan bonda sentiasa merestui setiap keputusan dan langkah perjalanan anakanda di sini.

Buat adik-adikku…

Dengan bisikan rindu ini, Abang Long Mohon jutaan kemaafan kerana mungkin hari raya nanti abang long tak balik kampung. Tapi jangan risau duit raya sudah pasti abang long kirim nanti..he he he…Emmm senyumla tu…

Apa yang abang long harapkan, adik belajarlah rajin-rajin, jangan malas-malas, terutamanya adik Nor pada tahun ini akan menghadapi exam PMR. So jangan banyak buang masa tak tantu hala, hanya sebulan lebih lagi nak exam tu…Ambillah kesempatan dibulan barakah ini untuk berdoa dan terus berdoa kepada Allah SWT agar kejayaan milik adik Nor. Jangan lupa solat hajat banyak-banyak..Manakala adik-adik yang lain tu jaga ayah dan mak elok-elok, puasa jangan ponteng tau…he he he…

Buat adindaku Zakiah…

Abang di sini sentiasa merindui kemesraanmu, senyum tawa dan rajukmu sentiasa bermain dimata abang…Sudah lama kita berpisah…Makin lama kita berpisah, makin dalam rinduku padamu…Apabila rindu hanya doa ku panjatkan terhadap Ilahi agar dirimu di sana sentiasa ceria bersama teman-teman seperjuanganmu.

Kemanjaanmu membuatkan diriku sentiasa sayang dan rindu…Tak sabar rasanya hati ini untuk bersua, tetapi apakah daya kita, semua ini adalah perancangan Ilahi…Kita terpaksa akur dengan ketentuan ini. Kerana kita masing-masing ada tugas dan tanggungjawab serta amanah yang wajib kita lakukan. Abang di sini sebagai pendidik hendaklah memikul tanggungjawab dengan hati yang rela dan ikhlas demi melihat anak bangsa kita menjadi manusia sebenar manusia dalam erti kata lain menjadi manusia yang berguna dan mempunyai masa depan serta matlamat yang jelas dalam hidup mereka.

Percayalah!! Hari bahagia buat kita pasti akan tiba, cuma kesabaran dan ketabahan menguji diri kita sebagai hamba Allah yang lemah dan kerdil ini. Hanya kepada Allah ku bermohon agar ikatan yang terbina tetap kukuh dan utuh demi mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Tunggu kepulangan abang nanti ya..he he he…Sayang selalu….

Kalam Abu Musaddad / 09 September 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 9 September 2008, in Tentang Aku. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Assalamualaikum, semoga cikgu sihat disamping ibadah puasa. hidup merantau memang begitu, bersabarlah… Kak Aida nak jadi org pertama ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri buat cikgu dan semua warga pendidik SK Tg. Manis. Semoga kalian semua dilindungi Allah swt disamping menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. AMIN

    Drpd: Kak Aidah, Jab. Pelajaran Melaka.

    ****KAM : Wslm…Alhamdulillah sihat…Terima kasih di atas ucapan tersebut…Yes..Mmg kaklah orang yang pertama membuat ucpan ini…he he he…Ana juga doakan semoga kak sekeluarga sihat walafiat di samping menjalankan ibadah puasa….Ameen…****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: