Lailatul Qadar dan Masa Ketibaannya

Bismillahirrahmanirrahim…

Buat pembaca Kalam Abu Musaddad yang budiman, di dalam bulan ramadhan ini ada satu malam yang sangat mulia di sisi Allah SWT iaitu malam lailatul qadar.

Malam yang mempunyai kemuliaan dan kebesaran, yang mana kita kaum muslimin dan muslimah diperintahkan supaya bersungguh-sungguh mencarinya kerana pahala beribadah padanya berlipat kali ganda.

Malam tersebut hanya datang sekali sahaja dalam setahun. Kedatangannya membawa tuah yang sangat besar kepada mereka yang mahukan kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dan ianya dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW sahaja.

Lailatul qadar adalah satu malam yang teristimewa di mana barangsiapa beribadah pada malam itu, maka dikurniakan pahalanya lebih daripada beribadah selama 1000 bulan atau 83 tahun yang tidak ada lailatul qadar padanya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Qadar ayat : 1-5 yang bermaksud :

” Sesungguhnya kami (Allah) telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam lailatul qadar dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatul qadar itu, malam lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan, pada malam itu turunnya malaikat dan jibril dengan izin tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) sejahteralah malam yang barakah itu hingga terbit fajar.”

Kemudian sabda Rasulullah SAW :

” Barangsiapa yang menghayati malam lailatul qadar dengan amal ibadah dalam keadaan penuh kepercayaan dan mengharapkan keredhaan Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.”

Sebenarnya malam lailatul qadar itu tidak diberitahu secara jelas pada malam ke berapa ianya berlaku, ia merupakan suatu undian, siapa saja di antara kita yang beruntung dan tepat beribadah pada malam yang tidak ditentukan itu, maka dialah yang mendapat keuntungan.

Dengan demikian, untuk memudahkan kita, Rasulullah SAW ada memberi panduan. Mudah-mudahan tercapai cita-cita dan hasrat kita sekalian untuk mendapatkan keistimewaan malam lailatul qadar.

Di mana Rasulullah SAW telah bersabda :

” Carilah oleh kamu lailatul qadar pada malam ganjil daripada sepuluh yang terakhir daripada bulan ramadhan. (21 ramadhan, 23 ramadhan, 25 ramadhan, 27 dan 29 ramadhan).

Oleh itu, kalam ini mengajak pembaca sekalian, marilah kita menghidupkan malam lailatul qadar itu dengan berusaha menghidupkan keseluruhan malam-malam bulan ramadhan itu terutama pada malam-malam yang ganjil daripada 10 yang akhir bulan ramadhan dengan mengerjakan berbagai-bagai amal ibadah seperti i’tiqaf di masjid, membaca al-Quran, istiqfar, dan sekurang-kurangnya sembahyang fardu insyak secara berjamaah serta berazam untuk menunaikan fardu subuh berjamaah juga.

Dengan cara sedemikian, mudah-mudahan kita dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam golongan orang-orang yang menyambut tetamu agung lailatul qadar itu dengan baik dan turut mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Ameen….

Adakah pembaca sekalian sudah bersedia untuk menyambut ketibaan tetamu agung lailatul qadar itu ? Ayuh..Marilah sama-sama kita berusaha agar pada tahun ini kita tergolong dikalangan hamba-hamba Allah yang mendapat keuntungan malam lailatul qadar…

Kalam Abu Musaddad / 08 September 2008
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 8 September 2008, in ARTIKEL, Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. terima kasih sharing info/ilmunya…
    saya membuat tulisan tentang “Benarkah Kita Hamba Allah?”
    silakan berkunjung ke:

    http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
    (link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

    Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

    semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…

    salam,
    achmad faisol
    http://achmadfaisol.blogspot.com/

  2. Assalamualaikum, cikgu, Kak Aida copy paste info ni dlm blog Kak Aida ye. bagus lah

    ****KAM : Wslm….Emmm boleh jer…sebagai perkongsian ilmu…he he he…****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: