Warga Asing Jadi Boss, Kita Jadi Kuli

Foto dipetik : Kosmo! – SEORANG warga asing yang menjadi juruwang di sebuah stesen minyak
di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – “Saya ketua sini. Sekarang tidak ada jawatan kosong di kaunter tapi jika mau jadi pencuci tandas, boleh isi borang ini.”

Itu jawapan seorang warga Bangladesh yang bertugas di sebuah stesen minyak di sini ketika wartawan Kosmo! Ahad menyamar mencari kerja sebagai juruwang.

Warga Bangladesh yang memakai tanda nama Nadeem itu rupa-rupanya ketua kepada semua pekerja di stesen minyak tersebut dan dia diamanahkan memilih pekerja baru termasuk rakyat tempatan jika ada kekosongan.

Ia diakui seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai Fahmed yang bekerja setempat dengan Nadeem dan memberitahu, dia bersama empat rakan senegaranya serta dua rakyat tempatan bekerja di situ.

“Nadeem bos kami dan dia jaga dan menetapkan tugasan kami kerana dia sudah kerja lama dan menjadi orang kepercayaan bos besar,” kata Fahmed.

Ketika ditanya berapakah gaji yang diperoleh, katanya gaji pokok yang diterima cuma RM500 tetapi dicampur dengan kerja lebih masa, pendapatannya mencecah RM1,100 sebulan.

“Mula-mula kami jadi tukang cuci atau buat kerja-kerja berat tetapi selepas lama kerja, kami naik pangkat,” katanya.

Senario itu bukan sahaja membuktikan dakwaan ramai tetapi dalam masa yang sama menyebabkan wartawan Kosmo! Ahad sebagai warga tempatan terasa hina seolah-olah ‘merempat’ di negara sendiri.

Apa lagi dalam suasana rakyat Malaysia masih menyambut ulang tahun Kemerdekaan kali ke-51 tetapi itulah hakikat yang dapat dilihat dalam sektor pekerjaan di negara ini sejak kebelakangan ini.

Ternyata pekerja asing bukan sahaja berkhidmat sebagai kakitangan pembantu dalam banyak sektor malah kini mereka diiktiraf dan diberi kepercayaan menjadi pekerja barisan hadapan di sesebuah syarikat.

Sementara itu, tinjauan ke sebuah lagi stesen minyak, senario lain pula berlaku apabila semua pekerja bawahan adalah anak tempatan sedangkan tugasan juruwang diserahkan kepada tiga orang warga Bangladesh.

Ketiga-tiga pekerja warga asing ini bekerja mengikut giliran dan tidak ada kelibat anak tempatan dapat dilihat di kaunter juruwang.

Ketika wartawan Kosmo! Ahad menyamar sekali lagi memohon pekerjaan sebagai juruwang, seorang daripada mereka lantas menjawab tiada kekosongan.

Seorang pengunjung stesen minyak yang ditemui, Azman Idris, 34, meletakkan kedudukan warga asing kini jauh lebih baik dari anak tempatan.

“Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana yang menggaji dan memberi kepercayaan kepada mereka ialah pemilik stesen yang merupakan warga tempatan,” jelasnya.

Seorang kakitangan kerajaan yang mahu dikenali sebagai Rashid menegaskan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

“Memang sekarang kita boleh lihat di mana-mana stesen minyak akan ada warga asing yang jadi juruwang dan orang kita jadi tukang pam minyak atau pencuci.

“Ada yang berlagak seolah-olah mereka lebih hebat daripada kita kerana jawatan yang diberi sehingga kita tak boleh bersuara,” katanya.

Rashid bagaimanapun menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha stesen minyak yang mengutamakan warga asing.

Apa pendapat / pandangan anda tentang isu ini ?

Sumber Berita : Kosmo! Online : Oleh : SUHANA YUSOP

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 7 September 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. bapa sy ada petrol kiosk. mmg kami bg bangla jaga. jauh lebih baik dari org tempatan. ciri2 bangla:

    jujur, rajin, sedia berkhidmat, x suka ponteng, pandai( ada degree) tp humble, gaji dia mmg rendah tp tiap tahun kami bg bonus 6 bulan gaji.

    ciri2 pekerja tempatan: berlawanan dgn semua diatas.
    so x payah la nak komen mcm2. bukak petrol kiosk sendiri dulu.. pastu kita tgk awk nak amik bangla ker tempatan?? peace..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: