Muslim Xinjiang dihalang Solat Terawih

Bismillahirrahmanirrahim…

Beijing : Masyarakat Muslim China di Xinjiang, dilaporkan dilarang mengerjakan solat Tarawih oleh pihak berkuasa tempatan atas alasan mengelak berlaku sebarang kejadian ganas.

Perkhidmatan berita Islamonline memetik laporan agensi berita Agence France-Presse (AFP) menyatakan, bukan itu saja, malah penduduk lelakinya juga dilarang menyimpan janggut, manakala wanitanya tidak boleh menutup aurat dengan mengenakan tudung mahu pun purdah.

“Kami ingin mengingatkan umat Islam supaya tidak menganjurkan sebarang acara solat berjemaah atau cuba mengadakan sebarang majlis yang mengumpulkan orang ramai bagi mengelak tercetusnya sebarang kejadian yang boleh mengancam keharmonian masyarakat,” kata notis pada laman web majlis tempatan Xinhe.

Arahan itu dikeluarkan pihak berkuasa tempatan minggu ini bagi memastikan penduduk Muslim minoriti Uighur mengadakan sebarang acara keagamaan bersempena Ramadan yang bermula minggu ini.

“Sesiapa saja, baik pegawai kerajaan, anggota Parti Komunis, guru dan pelajar juga dilarang terbabit dalam sebarang acara sempena Ramadan. Mereka yang ditangkap kerana berpuasa, akan dihukum,” kata satu lagi notis pada laman web majlis daerah Zhaosu, di Xinjiang. – Agensi

Apa pandangan anda ?

Sumber Berita : Berita Harian

Advertisements

2 Responses to Muslim Xinjiang dihalang Solat Terawih

  1. ariefdj™ berkata:

    Di-klarifikasi dulu informasinya, pak. Jika benar, yang harus dilakukan apakah : “Prepare for war ? ..” ..

    Like

  2. sensitr09 berkata:

    kita perlu buktikan bahawa agama kita Islam adalah agama yang sentiasa menegahkan keganasan….

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: