Kemeriahan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam Ramadhan kepada semua pembaca Kalam Abu Musaddad, ana harap semuanya sihat walafiat di samping menjalani ibadat puasa yang difardukan bagi setiap orang mukmin.

Ramadhan kini kembali, setelah setahun kita menunggu kedatangannya. Di mana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan di dalamnya. Pada bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”

Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang ini untuk meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang bertaqwa.

Foto dipetik : Berita Harian

Setelah dua hari kita menjalani ibadat puasa, kemeriahannya sudah dapat dirasakan di mana Rumah-rumah Allah (masjid atau surau) seluruh dunia dipenuhi dengan hamba-hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa untuk mencari keredhaan Allah serta ingin mendekatkan diri kepada Yang Berkuasa.

Dibulan Ramadhan kita dianjurkan menunaikan solat terawih secara berjemaah. Setelah selesai solat insyak secara berjemaah, diteruskan pula dengan solat terawih. Ada masjid atau surau melakukan solat terawih lapan rakaat dan ada juga yang melakukan 20 rakaat. Ini bergantung kepada imam masjid atau surau tersebut. Lapan atau dua puluh itu tidak menjadi masalah, asalkan kita lakukan. Yang menjadi masalah ialah tidak buat langsung..Alangkah ruginya orang-orang ini kerana peluang yang di berikan oleh Allah SWT tidak digunakan sebaik mungkin.

Foto dipetik : Berita Harian

Jika diperhatikan pada bulan-bulan lain, Rumah-rumah Allah (masjid atau surau) kebanyakkannya tidak sehebat dibulan ramadhan. Sepi dan sunyi kerana tidak ramai yang datang untuk solat berjamaah, paling ramai berjamaah adalah pada hari jumaat sahaja. Tetapi dengan kedatangan Ramadhan setiap tahun, kita boleh lihat kemeriahan Rumah Allah dipenuhi para jamaah dari semua peringkat umur, anak-anak kecil, remaja, dewasa dan golongan tua semuanya hadir untuk sama-sama mengimarahkan rumah Allah. Alhamdulillah…

Kalau pada bulan-bulan biasa, hanya golongan tua sahaja yang kelihatan, itu pun boleh dibilang dengan jari satu persatu. Sedangkan solat secara berjemaah amat digalakkan oleh Islam walaupun bukan dibulan Ramadhan. Oleh itu, marilah kita kekalkan suasana kemeriahan berjamaah ini pada bulan-bulan lain juga.

Selain solat terawih, kemeriahan bulan Ramadhan dapat dirasakan dengan bertadarrus al-Quran. Kita digalakan memperbanyakkan membaca al-Quran dibulan ini kerana dibulan Ramadhan turunnya al-Quran. Oleh itu, walaupun sibuk macammana sekali pun, bacalah al-Quran walaupun satu ayat. Itu sudah memadai daripada kita tidak membaca langsung, tetapi sebaiknya kita berusahalah untuk mengkhatamkan al-Quran walaupun satu kali sepanjang Ramadhan ini.

Di samping itu, amalan sedekah juga menjadi penyeri dibulan Ramadhan ini. Kita digalakan untuk bersedekah lebih-lebih lagi dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Mudah-mudahan segala amalan yang kita lakukan dibulan yang barakah ini dapat mendekatkan lai diri kita kepada Allah SWT.

Justeru itu, marilah sama-sama kita meriahkan lagi ramadhan kali ini dengan melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah SWT agar kita semua tergolong di dalam golongan hamba-NYA yang bertaqwa.

Apa pandangan anda ?

Kalam Abu Musaddad / 03 September 2008
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: