Lahirkan Lebih Ramai Ulama Berpendidikan Tinggi

Bismillahirrahmanirrahim….

Seramai 100 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dihantar mengikuti program perintis Pra Al-Azhar selama setahun di Universiti Al-Azhar, Mesir, mulai Oktober ini dalam usaha melahirkan lebih ramai ulama berpendidikan tinggi bertaraf antarabangsa.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Ab Kadir, berkata menerusi program itu pelajar akan mengikuti kursus pengukuhan bahasa Arab dan pengajian Islam bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran peringkat ijazah lebih mendalam.

Beliau menjelaskan, selepas menamatkan program persediaan itu, pelajar yang lulus penilaian akhir tahun akan diberi sijil pengiktirafan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah selama empat tahun di universiti itu sebelum melanjutkan pembelajaran hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) termasuk dalam bidang selain pengajian Islam.

Katanya, 20 pelajar tajaan Amanah Raya Berhad sudah dikenal pasti bagi tujuan itu, manakala 80 lagi sedang dipilih menerusi kerajaan negeri serta permohonan individu.

“Ulama di kebanyakan negara termasuk Arab Saudi ketika ini mempunyai kelulusan PhD bukan saja dalam pengajian Islam tetapi bidang lain seperti keusahawanan dan kewangan Islam.

“Kita berjaya melahirkan tokoh dalam pelbagai bidang termasuk sains angkasa lepas tetapi tidak harus ketinggalan dalam melahirkan ulama Ulul-Albab yang bukan saja boleh dijadikan pakar rujuk dalam bidang agama malah pengetahuan lain termasuk kewangan dan sains.

“Bagi merealisasikan hasrat ini, Kedutaan Besar Malaysia Ke Mesir sudah mendapat persetujuan Universiti Al-Azhar untuk melaksanakan program khas ini dengan syarat pelajar aliran agama berkelulusan SPM termasuk dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Kolej Islam yang benar-benar cemerlang dipilih mengikutinya.

“Apabila tamat, pelajar akan menyambung pengajian ijazah empat tahun merangkumi kursus singkat dan program tertentu termasuk Keusahawanan, Perbankan Islam, Bahasa Inggeris serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

“Pelajar terpilih juga perlu bersedia melanjutkan pengajian pasca siswazah hingga ke peringkat PhD termasuk di universiti negara lain selepas mendalami pengetahuan Islam di Al-Azhar merangkumi bidang seperti Kewangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Keusahawanan,” katanya.

Zainal Abidin berkata, biasiswa RM10,000 untuk pelajar mengikuti program itu juga perlu dilaksanakan secara sistematik seperti yang dilaksanakan Mara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Kerjasama kerajaan negeri bagi menawarkan biasiswa untuk program ini berjumlah RM1 juta keseluruhannya bagi 100 pelajar amat diperlukan dan sistem pemilihan yang teratur termasuk temu duga perlu dijalankan bagi memastikan calon yang benar-benar layak terpilih,” katanya.

Beliau berkata, pihak kedutaan juga sudah mendapat persetujuan Kerajaan Pusat bagi memperuntukkan sebahagian daripada dana tahunan RM10 juta dikhususkan bagi menaja pelajar melanjutkan pengajian pasca siswazah diberikan kepada mahasiswa Al-Azhar yang bakal dihasilkan menerusi program khas itu menjelang 2014.

Apa pandangan anda ?

Sumber Berita : Berita Harian / Oleh : Rosniza Mohd Taha

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 2 September 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: