TAKBIR HARI RAYA

30 September 2008

Advertisements

Warnai Aidilfitri Dengan Rasa Syukur

29 September 2008

Bismillahirrahmaniahim…

Assalamualaikum wbt buat pembaca Kalam Abu Musaddad, hari ini umat Islam akan melihat anak bulan Syawal 1429 Hijrah (H). Jika melihatnya maka pada hari esok (selasa) umat Islam akan menyambut hari kemenangan melawan hawa nafsu mereka iaitu Aidilfitri.

Oleh itu, marilah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat sekali lagi menyambut Hari Raya di tahun ini dalam suasana aman sentosa, setelah sebulan lamanya melawan hawa nafsu yang meronta-ronta, menyempurnakan amal ibadah dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan serta keampunan Allah SWT semata-mata.

Baca baki entri ini »


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H

28 September 2008

Ucapan : Kalam Abu Musaddad mengucapkan “ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN “ khususnya buat ayahanda dan bonda sekeluarga, adinda Zakiah, saudara-mara, kawan-kawan serta sahabat yang mengenali diri ini, dan tidak lupa juga kepada seluruh warga pendidik SK Tanjung Manis serta pembaca setia Kalam Abu Musaddad. Sekiranya ada terkasar bahasa dan tersalah kata harap dimaafkan. Semoga kedatangan syawal kali ini dirai dengan penuh keinsafan. Berhati-hati ketika memandu apabila pulang ke kampung anda.

Buat ayahanda dan bonda sekeluarga dan adinda Zakiah, Salam sayang dan rindu SOKMO buat kalian semua, Ingat …Makan lemang dan rendang tu, jangan lupa abang kat sini yer….


Persiapan Raya – “Duit Raya, Kuih Raya dan Berzakat”

27 September 2008

Bismillahirrahmanirahim…

Assalamualaikum wbt…Salam rindu buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad, dua hari ana tidak mencoret apa-apa diblog ini, oleh itu, walaupun sibuk kalam ini cuba juga untuk berbicara buat pembaca sekalian.

Bagaimana dengan persiapan raya anda tahun ini ? Mesti abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekarang ini sibuk membuat persiapan untuk menyambut kehadiran syawal yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Tetapi yang pastinya kanak-kanaklah insan yang paling gembira apabila menjelang raya. Yelah..Mereka mendapat habuan duit raya. Sebenarnya istilah “duit raya” atau “ampau raya” dalam Islam tidak wujud, yang ada dalam Islam ialah hanya istilah “sedekah atau derma” sahaja. Mungkin masyarakat kita sudah terikut-ikut dengan amalan masyarakat cina, dan ianya sudah menjadi adab masyarakat kita. Menjelang saja Hari Raya, mesti kena sediakan duit raya. Begitu juga dengan kanak-kanak, tiba saja Hari Raya pasti duit raya menjadi fokus utama mereka. Namun amalan memberi duit raya ini tidak salah sekiranya dengan niat yang betul iaitu sebagai sedekah atau derma.

Berhubung dengan isu duit raya ini, ana petik satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin melalui laman web beliau www.zaharuddin.net untuk dikongsi bersama dilaman ini : Ini adalah pandangan beliau berkaitan isu duit raya.

Baca baki entri ini »


Lelaki Roket Cipta Sejarah

27 September 2008

DOVER – Seorang warga Switzerland, Yves Rossy mencipta sejarah apabila menyeberangi Selat Inggeris dengan terbang menggunakan sayap berenjin jet yang dipakai pada bahunya semalam.

Foto dipetik : Kosmo!

Rossy yang diberi jolokan ‘lelaki roket’ mendarat di sebuah padang dekat tebing curam di Dover, Britain selepas terbang secara solo selama 10 minit.

Dia terjun dari sebuah kapal terbang ringan pada ketinggian 2,500 meter dan menghidupkan sayap berenjin jet sekali gus terbang sejauh 35 kilometer dari Calais di Perancis ke Dover.

Baca baki entri ini »


Amalan Sunat Ketika Merayakan Hari Raya Aidilfitri

25 September 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam semua pembaca budiman Kalam Abu Musaddad, kini kita telah pun berada di penghujung ramadhan. Hanya beberapa hari lagi ramadhan akan melabuhkan tirai serta meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang beriman pasti akan bersedih, malah ada yang menangis kerana terpaksa berpisah dengan ramadhan.

Setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan, kini tiba masanya bagi seluruh umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri iaitu hari kebesaran atau hari kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa.

Hari Raya Aidilfitri ini hanya disambut setahun sekali dan sudah tentulah akan disambut dengan penuh meriah. Bagaimanapun, Islam melarang umatnya membazir dan berbelanja secara berlebih-lebihan ketika merayakannya.

Selain itu, umat Islam juga mestilah merayakan Hari Raya dengan penuh bermakna, dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan serta kemungkaran sewaktu merayakannya.

Baca baki entri ini »


Buat Laporan Jika Terima Hadiah Raya

24 September 2008

KUALA LUMPUR – Badan Pencegah Rasuah (BPR) menasihatkan pegawai kerajaan yang ditawarkan suapan atau hadiah berunsur rasuah khususnya di musim perayaan supaya membuat laporan kepada agensi itu.

BPR juga sentiasa membuat pemantauan terhadap ketua-ketua jabatan berkaitan dengan laporan mereka berhubung dengan penerimaan hadiah supaya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 akan sentiasa dipatuhi, kata BPR dalam satu kenyataan semalam.

Baca baki entri ini »