Sambutlah Kemerdekaan & Ramadhan Dengan Rasa Syukur Serta Insaf

Bismillahirrahmanirrahim….

Sebelum kalam ini bicara sesuatu buat semua, terlebih dahulu ana ingin mengucapkan “SALAM KEMERDEKAAN KE – 51 DAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGA RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM KHUSUSNYA PENGUNJUNG KALAM ABU MUSADDAD YANG DIHORMATI” tidak kira di mana anda berada dan siapa anda. Sesiapa saja yang berkunjung ke laman Kalam Abu Musaddad ini, anda adalah sahabat ana.

Pernah kalam ini bicara dahulu, walaupun kita tidak pernah bersua dan bertemu, tetapi melalui kalam / tulisan-tulisan diblog ini seolah-olah ana sedang berkomunikasi dengan anda semua.

Esok tanggal 31 Ogos semua rakyat Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke – 51, kalam ini ingin mengingatkan kepada semua teman-teman dan rakan-rakan yang lain khususnya kepada belia remaja yang menjadi tonggak dan harapan negara supaya janganlah melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT seperti minum minuman keras, melakukan seks bebas, merempit dan sebagainya.

Merdeka di sini bukan bererti kita bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Sebaliknya dengan kemerdekaan negara ini daripada cengkaman penjajah dahulu, kita hendaklah melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT seperti melakukan solat hajat dan solat syukur, bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Allah SWT.

Bukannya menyambut kemerdekaan ini dengan percikan warna-warni bunga api, lelaki perempuan bebas bergaul sehingga terjerumusnya kelembah pengzinaan, menganjurkan konsert-konsert yang melalaikan dan sebagainya.

Kebetulan pada tahun ini, pada tanggal 31Ogos ini adalah tarikh melihat anak bulan bagi menetapkan tarikh mula berpuasa. Jadi dengan kedatangan Ramadhan seiring dengan sambutan kemerdekaan, diharap kita menghormatilah kedatangan bulan yang penuh barakah ini dengan penuh rasa syukur dan insaf. Kerana pada tahun ini sekali lagi Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan. Tidak semua manusia diberi peluang ini oleh Allah SWT kerana pada bila-bila masa sahaja Allah boleh menjemput kita bertemu dengannya (mati).

Oleh itu, sebagai hamba Allah SWT yang beriman dan bertaqwa, marilah kita menyambut kedatangan Ramadhan kali ini dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melakukan sebanyak mungkin amal soleh sebagai bekalan untuk bertemu Allah di akhirat nanti.

Selain itu juga, dengan kedatangan Ramadhan kali ini agar ianya menghadirkan rasa keinsafan dalam diri sebagai hamba Allah yang kerdil. Ya..Kita hamba yang banyk melakukan dosa dan maksiat terhadap Allah. Maka pada bulan yang barakah ini, sama-sama kita memperbanyakkan memohon keampunan daripada Allah supaya dosa-dosa yang lalu diampuni oleh-NYA.

Justeru itu, kalam ini sekali lagi mengingatkan diri sendiri dan juga semua umat Islam agar jangan cemari kedatangan Ramadhan yang seiring dengan sambutan kemerdekaan pada tahun ini dengan perbuatan-perbuatan yang boleh menjauhkan diri kita daripada Sang Pencipta (Allah SWT). Malah kita hendaklah menyambutnya dengan rasa syukur serta penuh keinsafan agar kita semua mendapat rahmat serta petunjuk daripada-NYA… ” SELAMAT BERPUASA & BERTARAWIH “…

Apa pula komen / pandangan sahabat-sahabat sekalian ?

Kalam Abu Musaddad / 30 Ogos 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 30 Ogos 2008, in ARTIKEL, Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. ikut mengucapkan selamat berpuasa dan bertarawih….. mudah2an kita mendapat hadiahNya di akhir perjalanan dengan Taqwa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: