Bajet 2009 : Bonus Untuk Kakitangan Awam…

Bismillahirrahmanirrahim…

SETELAH mengikuti pembentangan bajet 2009 yang disiarkan secara langsung melalui TV3 petang tadi, ana percaya lebih sejuta kakitangan awam di negara dapat menarik nafas lega kerana ada juga ole-ole daripada kerajaan pada tahun ini iaitu bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 serta pencen minimum RM720. Syukur alhamdulillah… Bonus akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara. Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

Selain itu, pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun juga akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009. Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat manfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan.

Dengan demikian, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung dengan pemberian bonus itu walaupun permohonan kesatuan untuk kenaikan imbuhan tetap perumahan kakitangan sokongan Gred I dan II daripada RM180 kepada RM230 tidak diumumkan hari ini.

Apa pula komen anda sebagai kakitangan awam berhubung dengan pemberian bonus ini ?

Kalam Abu Musaddad / 29 Ogos 2008
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

29 Responses to Bajet 2009 : Bonus Untuk Kakitangan Awam…

  1. aleeya berkata:

    kenapa tiada keistimewaan seperti yang diterima oleh guru untuk jururawat sedang kan kerja nya lebih berisiko dan lebih tekanan.

    Like

  2. Sekolah Atap berkata:

    Alhamdulillah di atas keperihatinan kerajaan. Kesilapan kerajaan semasa tahun 2007 adalah kerana tidak memberi bonus kepada kakitangan kerajaan, ianya merupakan salah satu (mungkin 20%) penyebab yang menyumbang kepada kemerosotan BN pada PRU 12. Terima kasih sekali lagi dan Alhamdulillah.

    Like

  3. nuriman berkata:

    tima kasih lah kerana bonos ni..blehlah buat persiapan raya dan anak sek..salam ramadhan al mubarak . Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yg telah lepas……..

    ****KAM : Syukur alhamdulillah…Em..Selamat Berpuasa buat semua…****

    Like

  4. bumilangit berkata:

    rakan2, jangan mudah kelabu mata kerana gaji sebulan. mereka dok siap jentolak nak sapu duit rakyat kat sabah dan serawak tu.

    ****KAM : He..He..Sekali sapu habut pun tak tinggal dah…he he he…****

    Like

  5. Al Jabar berkata:

    Harap2 pihak kerajaan akan menimbang semula permohonan (Cuepacs) untuk kenaikan elaun Gred I dan Gred II dari RM 180.00 kepada RM 320.00

    Ini kerana kos sara hidup yang tinggi agak membebankan golongan kakitangan sokongan yang mana kebanyakan emolumen adalah kurang daripada RM 1,500.00 sebulan.

    ****KAM : Emmm…Harap2 ada berita baik lagi selepas ini…he he he….****

    Like

  6. saiful berkata:

    Dah dapat bonus tu, buat keje elok-elok skit, jgn nak masam….je muka kat kaunter! (Ada segelintir, agak ramai gak).

    ****KAM : Ya..Betul tu ful, ana setuju pendapat you…Agar lebih mesra slps ini…he he he…****

    Like

  7. c i k h u h u berkata:

    Alhamdulillah,,
    Ada la duit raye utk budak2 nti..
    thn lepas dorang dpt ciput je, sian plak..

    ****KAM : Syukurla….Dpt juga bagi duit raya kat anak buah lebih sikt tahun ni…Mesti depo happy tuh…****

    Like

  8. setem26 berkata:

    Assalamualaikum…

    janganlah kita berTUHANkan duit…

    semoga Allah SWT melimpahkan rahmat keatas hambanya…

    ****KAM : Wslm…Yes…Betul tu…Jangan kita jadi hamba kepada duit, sekiranya kita salah guna ia boleh musnahkan hidup kita…Emmm ” SELAMAT BERPUASA…..Semoga kita sentiasa mendapat rahmat daripada-NYA….Ameen..****

    Like

  9. din kemaman 2008 berkata:

    tak paham minimun bonus, paling cikit rm 1000 atau paling banyak rm 1000 cuba jelaskan

    ****KAM : Em..minimun ialah paling sikit rm 1000. Contohnya gaji pokok you rm 900 sebulan, untuk bonus you tetap akan dapat rm 1000. Inilah yang saya faham..Kalau silap minta maaf ye..Tp klu ade sahabat2 lain boleh jelaskan lagi di sini..silakan…he he he…****

    Like

  10. aida berkata:

    Assalamualaikum Din Kemaman, betul ler macam Kalam tu cakap….. paling minimum ialah yang paling sikit akan dapat RM1000. Maksudnya jika gaji pokok u RM900 sebulan, u tetap dpt RM1000. Yang gaji pokok RM2000, dapatlah RM2000. Yang gaji pokok RM5000 dptlah RM5000.. jgn lupa bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali, September dan Dis. OK. Belanja biar berhemah ye Din..

    Kak Aida : Unit Kewangan & Akaun
    Jab. Pelajaran Melaka.

    Like

  11. nana berkata:

    nak tanye ni..yg dapat bonus ni smua kakitangan awam ataupun ada had minimum tahun berkhidmat?yg baru masuk kje camne, dpt x?mcm saya baru je 7 bulan.mcm xdpt je..

    Like

  12. aida berkata:

    Assalamualaikum…. untuk makluman semua kakitangan kerajaan. gaji dan bonus (1st) pada 23 Sept. (Selasa) OK

    Like

  13. aida berkata:

    hai nana, kalau u keje dengan kerajaan dan baru kerja 7 bulan jgn takut u pun dapat jugak. adalah perkiraannya… u nak kasi tahun gaji pokok u kat sini ke? cubalah tanya kerani gaji kat tempat u kerja. mereka dah buat perkiraan dah.. Selamat berpuasa!

    ****KAM : Terima kasih kak Aida kerana berkongsi info…Diharap kepada yang bertanya anda berpuas hati dengan penjelasan kak aida berkaitan dengan pembayaran bonus tahun ini…****

    Like

  14. nana berkata:

    thanks aida..tp kerani acc hq yg wat pengiraan, kerani sini x buat.u bleh kirakan ke..hehe.mane tau.gaji pokok saya RM 1476.26 .yg sen tu x pasti plak.agak2 smpai 500 x..budget raye x cukup la

    Like

  15. aida berkata:

    Boleh Nana… tapi bak kata Salleh Kamil dalam filem 3 Abdul…. ‘Tukang Penasihat…. 10 %….’ heeee..acah ajelah… Sebenarnya perkiraan kena ambil jugak tarikh u masuk kerje…Nana tunggu ajelah 23 hb Sept. ni. OK bye

    Like

  16. cik berkata:

    ni nak tanya orang pencen dapat bonus juga ke, bukan apa ayah saya dok tanya dia dapat ke tidak? saya pun tak pasti..kalau ayah saya tak dapat maka bonus saya kena la faraidkan untuk ayah saya sama…

    ****KAM : Terima kasih pada Cik kerana sudi mengunjungi Kalam Abu Musaddad, emmm…setahu saya tidak ada pengumuman lagi berkaitan pesara akan dapat bonus sepertimana kakitangan awam yang sedang berkhidmat sekarang. Dalam bajet 2009 baru-baru ini yang diumumkan ialah ” pesara kerajaan yang berkhidmat melebihi 25 tahun akan menerima pencen minimum RM 720 sebulan mulai 1 jan 2009. Memang baru2 ini cuepacs telah membuat rayuan kepada kerajaan agar dapat memberikan “bonus” atau “bantuan sara hidup” sebanyak RM750 kepada pesara kerajaan. Tetapi masih tidak ada jawapan gembira lagi kot…he he he…Emm oleh itu, faraid-faraidkanlah bonus cik tu ek…lagipun bonus tu anggaplah sebagai ole2 hari raya jer…anak buah dah ramai menunggu duit raya tu..he he he..Gurau jer cik…Selamat berpuasa & selamat hari raya Aidilfitri…****

    Like

  17. […] semasa. Kakitangan kerajaan pastinya gembira kerana  hari ini merupakan tarikh pembayaran bonus yang […]

    Like

  18. ma berkata:

    Elaun Penolong Pegawai Perubatan sepatutnya di wujudkan ini kerana kami bertugas 24jam merawat pesakit terutama di klinik kesihatan. Tiada bayaran elaun di terima sehingga kini. Bila dah suruh on call sepatutnya mesti ada bayaran ini tidak. Kami tepaksa terperuk di rumah menunggu kes. Kalau ada boleh claim kalau takde tak dapat apa-apa. Kerajaan sepatutnya mempertimbangkan perkara ini sejak dulu lagi. Elaun on call hanya di bayar kepada doktor sahaja sedangkan kerja on call kami yang lakukan. Pikirlah kerajaan…doktor duduk luar tapi dapat duit free tak payah kerja. Kami pulak kena dera…rawat pesakit sehari 60 ke 100 sehari. Doktor 20-30 sehari sahaja. So, anda pikir adakah adil bila berlaku perkara bergini.

    Like

  19. lan berkata:

    selamat berpuasa dan beribadat pada semua

    Like

  20. shah berkata:

    aslmkum kepada kakitangankerajaan yang sokong pembangkang jangan ambil bonos,,,kalau sokong pembangkang mintak dekat anuar ibrahim

    Like

  21. yen's berkata:

    ayyooo,shah…..nak mintak kat dia kena bg kuasa kat dia dulu,baru dia boleh kasi
    lgpun keje amanat negara bukan amanah parti,yg susahnya keje didalcakan dgn parti

    Like

  22. ghani berkata:

    lorrr…syah…kalau terima mesti sokong kerajaan ke…rasuah ke bonus?

    Like

  23. Anwar berkata:

    sya keliru sangat sebab sya jgak kakitangan awam tapi adakah sya mendapat jgak bonus tu sedangkan sya bekerja secara sambilan sahaja sya jgak rasa macam tidak adil kalau semua pekerja sambilan mahupun sementara di sektor awam sya jugak berharap yang bonus itu bagi semua dapat sekian assalammualaikom……..

    Like

  24. Anwar berkata:

    sya setuju komen ms ma tu sya pun terasa ketidak adil nya hanya doktor mendapat claim yang begitu lumayan sedangkan org bawahan yang bertungkus lumus sya bkn apa sya jga bekerja sambilan di klinik sbagai P.A tapi satu lg adakah pekerja sambilan mcm sya akan mendapat bonus ya telah di beritahu itu,

    Like

  25. Anwar berkata:

    saya rasa macam tidak adil sedangkan pekerja kontrak mahupun sambilan tidak mendapat
    bonus yang dikatakan itu hanya pekerja tetap sahaja yang mendapat meskipun saya bekerja dalam sektor awam secara kontrak mahupun sambilan saya rasa kerajaan patut berikan sama pada pekerja kontrak mahupun sambilan sekian pendapat saya,saya harap pihak tuan dapat pertimbangkan adil ke tidak adil tentang BONUS yang dimaksudkan itu
    ASSALAMMUALAIKOM………..??????

    Like

  26. eyna berkata:

    mmg patut kakitangan awam dapat bonus dlm bajet 2010…lebih2 lagi kementerian kesihatan…
    berdepan dengan penyakit..tambah pulak skrg ni H1N1..risiko tinggi…

    Like

  27. ROHA berkata:

    apa yang diberi terima ajelah….k….syukur kalau ada lagi bonus untuk tahun 2009….

    Like

  28. anwar berkata:

    adakah perkerja sambilan turut menerima bonus yang diberi kan itu
    sedang kan perkerja sambilan mahupun kontrak berkerja lebih dari perkerja tetap
    contohnya:

    .kalau ada kes2 yang melibatkan nyawa seseorang tentang kes yang ada sekarang seperti
    denggi,chikungnya dan malaria,perkerja sambilan yang lebih berkerja tekun petang mahupun
    malam adil ke sekiranya bonus yang dimaksudkan itu perkerja macam kami di dapat ????
    sekian dari saya ahmad,assalammualaikum…………………………

    Like

  29. eila berkata:

    saya ingin bertanya kenapa pekerja sambilan kerajaan tidak mendapat bonus untuk hari raya??
    kasihan pada yang berharap..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: