Program Kutu Pintar Pekej 121, Adakah Benar @ Penipuan ?

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad, hari ini ana menerima sepucuk surat daripada hamba Allah yang tidak dikenali. Dari mana dia ambil alamat ana wallahu a’lam…

Antara isi kandungan surat itu adlah seperti berikut :

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada saudara/i sekalian,

Di sini kami ingin mengajak anda bersama-sama untuk menyertai PROGRAM KUTU PINTAR 121 yang mana sekiranya dilaksanakan dengan penuh yakin danikhlas, dapat membanrtu diri kita serta enalan/keluarga mengatasi kemelut kewangan yang sedang kita hadapi. Buangkanlah segala pemikiran negatif (perkataan ‘TIDAK’, ‘NANTI FIKIR DULU’, ‘TAK BERMINAT’, ‘BLEH PERCAYA KE NI ?‘ dsb). Ayuh, bangunlah, marilah kita sama-sama bekerja yang pastinya hasil usaha kita akan berbaloi…Mudah-mudahan.

POTENSI PENDAPATAN : Bayangkan penduduk Malaysia berjumlah 25 juta. Jika kita mensasarkan cuma 1 juta dan 0.1 % daripada 1 juta menyertai progra ini, kita akan mendapat RM 30 X 1000 = RM 30,000. Ini tidak mstahil jika berusaha dan mengikut langkah-langkah/panduan di sebelah hadapan plyer ini. Jangan bimbang tentang prospek anda kerana jika anda membuka phone book telipon bimbit anda, berapakah kenalan anda ? Anda sendiri tahu, bukan ?

LANGKAH-LANGKAH

1. Ikut langkah-langkah seperti  di dalam borang di sebelah plyer ini. Setelah anda mendapat borang tersebut, bermakna anda telah menjadi peserta program ini.

2. Buat salinan fotokopi, sebanyak mana yang anda mampu dan poskan borang ahli anda (bewarna kuning dari syarikat) bersama-sama plyer ini (atau yang berkaitan) ke alamat yang sudara perolehi  (daripada buku telipon, media cetak, internet dsb)atau ;

3. Fotokopi plyer dan masukkan ke kawasan perumahan di mana berpotensi mempunyai penghuni yang masih mencari alternatif kewangan.

TAHNIAH !!! Kerana anda berfikiran positif dan hasilnya pasti positif. Daftarlah dengan segera dengan borang yang disertakan. Ikhlas dari XXXXXXXXXXXXXXXXXX No pendaftaran lesen XXXXXXXXXXXXXX.

Dan ini pula adalah isi kandungan yang perlu di isi dalam borang tersebut :

1. Nama

2. Alamat

3. Jantina

4. No Kad Pengenalan

5. No Telipon

6. Nama Pengenal

7 No Kad Pengenalan Pengenal

Kemudian di dalam borangtersebut, ada dinyatakan juga cara penyertaannya, iaitu :

1. Beli wang pos bernilai RM 10 sebanyak 11 keping, satu sampul surat Pos Ekspress Kecil (220mm X 110mm) dan satu sampul surat Pos Ekspress sederhana (229mm X 162mm) di pejabat pos.

2. Pada ruang BAYAR KEPADA wang pos tuliskan nama PESERTA 1,2,3,4,5,6, 7,8 dan dua keping tuliskan nama pengenal sebagai sumbangan penajaan. Manakala yang terakhir sekali tuliskan atas nama XXXXXXXXXXXX sebagai kos pengurusan.

3. Pada sampul Pos Exspress yang kecil, tuliskan nama dan alamat ANDA sebagai penerima. KOSONGKAN nama dan alamat pengirim.

4. Pada sampul surat yang sederhana, tuliskan nama dan alamat syarikat XXXXXXXXXXXXXXXX sebagai penerima dan ANDA sebagai pengirim.

5. Lengkapkan maklumat ANDA dalam borang pendaftaran. Masukkan kesemua wang pos dan borang permohonan ke dalam sampul Pos Express yang kecil ( JANGAN TUTUP SAMPUL INI ).

6. Masukkan sampul POs Express kecil (berisi wang pos & borang ) ke dalam sampul Pos Exprss yang sederhana besar dan gamkan. Kemudian poskan ke dalam peti Pos Express (Warna Kuning).

Inilah antara cara-cara untuk menyertai program ini. Justeru itu, ana minta kepada rakan-rakan sahabat pengunjung Kalam Abu Musaddad yang mengetahui tentang program ini bolehlah berkongsi di sini. Ana sendiri belum pernah menerima surat seperti ini, jadi adakah program seperti ini adalah sesuatu yang benar atau sebaliknya.

Apa pandangan dan komen anda tentang program seperti ini ?

Kalam Abu MUsaddad / 26 Ogos 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 26 Ogos 2008, in Tentang Aku. Bookmark the permalink. 17 Komen.

  1. kutu pintar? nanti hamba buat research berapa yang dah dapat dan berapa yang rugi dari segi perbelanjaan dan kos selenggara segala urusan kutu pintar tersebut…

    itu dia kutu pintar alaf baru…

  2. Lebih baik depa buat lagu ni dari jadi peminjam yg duk makan riba. Dulu along ahcai kini along melayu pulok dah. Riba tu bang, baik lah perabis tak seberapa dari habis berjuta buat temberang tu.

  3. Assalamualaikum
    Ana dah dengar lama pasal Kutu pintar ni dan ana tau bagaimana ia dijalankan. Alhamdulilah kelmarin baru dapat join. Program ni adalah program iklas untuk menyumbang pada orang lain sebelum kita menerima sumbangan dari orang lain. Yang paling penting adalah keikhlasan kita. Wang pos tersebut tidak boleh di seleweng oleh syarikat pengendali kerana ia telah ditulis dengan nama dan k/p peserta . Tugas syarikat pengendali adalah mengasingkan dan menghantar kepada tuan punya Wang pos.
    Ana berterima kasih pada Exxxx Axxxxx Rxxxxxxx kerana program ini boleh membantu golongan yang dalam kesusahan dan yang amat memerlukan .

  4. Askum! Saya dah menyertai Kutu pintar kurang lebih 2 minggu, Alhamdulillah dah balik modal rm121 X 2 (suami/isteri).Pada mulanya saya kurang yakin terhadap program ini, tetapi akhirnya saya sendiri berkata mengapa saya tidak bertemu dengan program ini terlebih dahulu sebelum saya invest pada satu company MLM jual water filter lebih rm150K tapi akhirnya tidak dpt.balik modal.Saya seru kepada semua rakyat M’sia khasnya dan masyarakat dunia amnya,marilah kita bersama2 jayakan program KUTU PINTAR ini.Keterangan lanjut lawatlah laman web saya.TQVM!Salam.

  5. Askum! Saya dah menyertai Kutu pintar kurang lebih 2 minggu, Alhamdulillah dah balik modal rm121 X 2 (suami/isteri).Pada mulanya saya kurang yakin terhadap program ini, tetapi akhirnya saya sendiri berkata mengapa saya tidak bertemu dengan program ini terlebih dahulu sebelum saya invest pada satu company MLM jual water filter lebih rm150K tapi akhirnya tidak dpt.balik modal.Saya seru kepada semua rakyat M’sia khasnya dan masyarakat dunia amnya,marilah kita bersama2 jayakan program KUTU PINTAR ini.Keterangan lanjut lawatlah laman web saya.(http://mykutupintar.webs.com/index.htm)TQVM!Salam.

  6. salam,

    saya stuju dgn halimharon tu..
    kutupintar mmg masyukkk….

    tp ingat seblm masyukk tu kite kenela berusaha dulu…

  7. salam,

    saya stuju dgn halimharon tu..
    kutupintar mmg masyukkk….

    tp ingat seblm masyukk tu kite kenela berusaha dulu…

    http://www.mykutupintar4u.webs.com

  8. betul la kawan2 kutu pintar program yang telus dan mudah… email saya untuk keterangan lanjut… syazerien@gmail.com

  9. Just baru log kat sini. kebetulan ana tengah cari info kutu pintar. Memang tidak dinafikan ia “mungkin menguntungkan”, tetapi apakah hukum menyertai program ini? sebab program ini memlilih jalan selamat iaitu ” sumbangan mestilah ikhlas “. Di situ saya melihat seolah-olah ada yang tidak jelas.So ada sesiapa yang ada info? soalan telah ditanya kepada Ustaz Zaharuddin tetapi tiada jawapan khusus dari beliau.

  10. assalamualaikum….

    saya dan husband baru saja turut serta kutu pintar ni, masih dlm p’cubaan, susah juga nak yakinkan kwn2 yg lain supaya turut serta. tapi nak diikiutkan logiknya kita bukanlah melaburkan duit kita untuk pelaburan yang kita x tau dtg punca daripada mana.. harap2 kutu pintar ni dpt sedikit sbyk mmbntu sesama insan. Wassalam.

  11. Program Kutu Wang Pos Adalah Haram
    Disertakan oleh Majlis Perundingan & Penyelidikan Hukum
    Monday, 21 July 2008
    Terakhir dikemaskini Monday, 21 July 2008
    PROGRAM KUTU WANG POS: PANDANGAN DARI SUDUT FIQH ISLAMProgram kutu secara wang pos sudah agak
    menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat
    membantu mereka menyelesaikan kemelut kewangan mereka. Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk
    membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai
    penerima wang pos berkenaan. Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram
    sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini
    mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian sepastinya akan menemui peserta-pesertanya atau
    sebahagian daripada peserta-pesertanya.
    UNSUR-UNSUR HARAM YANG DAPAT DIKESANSetelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos,
    didapati ianya mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya: 1. Unsur Gharar
    Jika dikaji berkenaan program ini
    didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah ‘auto placement’ yang menjadikan orang bawah atau peserta
    baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program ‘auto placement’ ini berhenti berpusing.Oleh itu,
    setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan
    wang apabila program ini terhenti.Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada
    waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh
    orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu
    dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).
    2. Riba
    Program ini sebenarnya bersifat ‘money game’ yang
    mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat
    mendapatkan pulangan.Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan
    lebih. Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan
    atau khidmat di dalam program ini.
    3. Judi
    Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang
    mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian. Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini
    berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang
    berada di line bawah mendapat kerugian.

    BEBERAPA JAWAPAN KEPADA KEKELIRUAN
    Mereka yang menyertai
    program ini melihat ianya adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

    1.Sumbangan atas alasan
    hibahAntara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.
    Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan
    tidak mensyaratkan pulangan.Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan
    ‘auto placement’.Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana
    sabda Nabi S.A.W. : CD B16 ,1I FA9′ AGH 1(‘Maksudnya: “setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat adalah riba”.
    Dalam masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan
    sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah
    tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya. Kaedah fiqh menyebut:’D9(1) AJ ‘D9BH/ DDEB’5/ H’DE9’FJ D’
    DD#DA’8 H’DE(‘FJMaksudnya: “Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan
    susunan kalimat”.
    2. Sumbangan mestilah ikhlas membantu.
    Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu
    ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram,
    maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang
    mempertaruhkan wang RM 10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram
    kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.Ikhlas atau lebih tepat tidak
    dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman allah swt : %D’ #F *CHF *,’1) 9F *1’6
    EFCEMaksudnya: “melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu”. Ayat ini
    menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.
    3. Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.
    Kias adalah adalah kias yang salah kerana ia mempunyai
    perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam
    program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap
    pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.
    PENUTUP DAN KESIMPULAN
    Sememangnya setiap transaksi hukum
    asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram. Setelah diteliti program wang pos ini, didapati
    program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas. Justeru itu, umat islam digesa supaya
    tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan. Majlis
    Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH)

  12. pada Hisham Ali..
    ko hanya tahu nak komen aje…nak g tau halal haram dari artikal tu pun ko cuma kutip kat foum mana2.aku pun tak tahu.aku keja kilang gaji kecik ngan ot pun tak ada dengan gawat2 ni aku cuba masuk program bodoh ni alhamdulilah dapat la juga sedikit nak buat belanja anak2 ke sekolah lepas duit dapur.aku tak harap kaya sangat takut nanti lupa diri..cukup aku lepas bayar hutang dapur udah lah dari pada pergi meminjam kat kekawan.pada pegi pinjam kat bank yg belum tentu dapat mcm gaji aku yang rendah ni..aku bukan apa..kalo ko nak kutuk pun dalam forum ape pun kutuk la… tak kisah…ni ko kutu program orang ko promot plak biz ko bagus ke tu…walaupun ko cakap ape pun program tu tak bagus.biar lah dlm ati ko…ko rasa program @biz ko tu bagus sangat…ape perasaan ko org kata begitu plak kat biz ko…
    lu pikir la sendiri

  13. mmmm janji nak jumper syed tapi tak lepas2…aku demam teruk….
    insyaallah…hari nie nak kol dier jumpe kat tempat kerja…
    takut lambat nanti rugi…
    syed,bukan tak mahu masuk….demam teruklah syed…1 family jangkit…

  14. syukur kerana sesetangah program byk juga membantu melepaskan orang kita dari kesusahan. Ana pernah terlibat dan ianya lebih baik dari meminjam dengan kadar bunga dan ntah apae2. Selagi ianya tidak berasaskan pelaburan. Ana rasa apa pun program di luar sana yang telus dan jelas biarlah berasaskan logik. jgn jdikan ianya sebagai alat utk kepentingan individu. Postal2u(www.postal2u.com) satu lagi program bukan shj kepada individu malah kepada yg memerlukan. Terpulang pada semua menilai. Tiada paksaan sekadar berkongsi.
    Apapun yg kita buat, biarlah jgn ada rasa dengki dan irihati. dan sentiasa tolong menolong. Itu yg penting

  15. Bagi saya Kutu Pintar hanya sesuai dipanggil KUTU BODOH… yang pintar hanya orang yang mengenalkan program ini sehingga kaya raya dan semua pengikut-pengikutnya adalah orang-orang yang malas bekerja. Bayangkan kalau semua penduduk Malaysia ikut program bodoh ni…. siapa yang nak kerjakan tanah-tanah ladang, kebun dan sebagainya untuk hasilkan makanan??? Kalau dah takda makanan… makan kutu la korang untuk terus hidup… Semua ni skim cepat kaya dan skim piramid cuma caranya saja yang diubah. Insan Membantu Insan hanyalah alasan sahaja yang diguna oleh pembuat program macam ni supaya dirinya terus kaya.. Walau apa pun rujuklah kepada orang-orang yang pakar dalam kewangan atau telefon Bank Negara… Harap-harap yang membaca komen ni tidak terjebak dalam KUTU BODOH

  16. Woi Abdul,jge sket dowh bhse kasar ko tu. kutu ni ikt pndpt msing2 la..spe yg xfhm AGAMA ,mudah la trsesat. stended aa mnusia ada bwt silap,xkn lhir2 je trs jdik genius.. n diorg yang da buat silap ni, hope so dpt bljar dr ksilapan yg lalu.. tkziah buat sume pserta kutu pintar.. bos korang da kne tangkap.. syarikat da kne sita.. sp xpuas ati leh buat mogok kt ladang2 Abdul,g bakar ke tbang pkok kayu ke..hehehehee…

  17. Zaaba Ismail

    Saya memang teliti dan berminat join benda2 networking ni tp kna kita pstikan ianya halal & sah disisi perundangan terlebih dahulu. Saya meneliti bahawa program derma wang pos ni memang umpama “pengemis” yang bergerak secar pro jugak la hingga sanggup jual guna nama agama Islam yang mulia. Tapi ada juga yang boleh diguna pakai apabila sistem ni kita upgrade kan ubahsuai supaya menjadi benar2 halal seperti yang http://www.speedincome.webs.com lakukan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: