Tema dan Logo Sambutan Kemerdekaan Ke- 51 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam kemerdekaan buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad, pertama sekali marilah sama-sama kita mengucap syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk kita terus menikmati kehidupan di bumi Malaysia yang aman damai dan bertuah ini.

Sepertimana kita semua ketahui bulan ogos adalah bulan bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia di mana pada 31 Ogos setiap tahun kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Sedar tak sedar sudah 51 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Alhamdulillah…

Sehubungan dengan itu, tema sambutan ulangtahun kemerdekaan ke- 51 pada tahun ini ialah ” PERPADUAN TERAS KEJAYAAN ” dan di bawah ini dipaparkan juga logo sambutan ulangtahun kemerdekaan ke- 51:

Rasional Logo :

  • Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’.
  • 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara.
  • 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
  • Warna merah simbol keberanian rakyat.
  • Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.
  • Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.
  • Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Selain itu, sekiranya anda ingin mengetahui tema-tema ulangtahun kemerdekaan sebelumnya, sila klik di sini.

Semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada semua. Sebagai rakyat Malaysia marilah sama-sama kita tanamkan semangat ” Cintakan Negara “ dan sematkan di dalam hati anda ” I LOVE Malaysia “….MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

Apa komen anda ?

Kalam Abu Musaddad / 19 Ogos 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 19 Ogos 2008, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. merdeka!!!
    met ulang tahun buat tetangga ku Malaysia
    mas, apa sih artinya “perpaduan teras kejayaan”?

    ****KAM : Ya..Merdeka!!! Terima kasih…Emm seperti kita maklumi, negara malaysia mempunyai berbagai bangsa, kaum, kebudayaan dan agama (negara majmuk).

    Perpaduan itu maksudnya bersatu padu, bekerjasama, tolong menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan semua itu adalah asas kepada kejayaan sesebuah negara….Ma kasih sekali lagi untuk tria kerana mampir laman ini…he he..lain kali mampir lagi ya…****

  2. tahun ni perarakan merdeka buat kat mana?

    ****KAM : Emm…Dataran Merdeka..****

  3. ok.. Thanks..

  4. dulu dulu punya tiada ke ?

  5. BETUL ITU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: