BONGKAR!!! – Mudahnya beli arak…

Seorang pelanggang berpakaian seragam sekolah dengan mudah membeli setin arak disebuah kedai serbaneka 24 jam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini sudah banyak kali dakwaan membuktikan betapa mudahnya membeli arak di kedai serbaneka 24 jam namun langkah penguatkuasaannya sehingga kini ternyata masih ‘hangat-hangat tahi ayam’.Malah amaran yang ditampal seolah-olah sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Sebagai bukti, beberapa wartawan Kosmo! baru-baru ini menyamar sebagai pelajar sekolah dan singgah membeli arak di kebanyakan kedai serbaneka di seluruh negara tanpa sebarang halangan.

Malah tidak ada sesiapa pun menegur mereka dan ini bermakna pelajar sekolah pun tidak dihalang berbuat demikian.

Lebih menyedihkan, tindakan kakitangan kedai tersebut yang membisu turut membantu ‘melahirkan’ lebih ramai lagi kaki botol khususnya melibatkan remaja berumur belasan tahun.

Ironinya, untuk menangani masalah penjualan arak seolah-olah tiada pendekatan baru yang dapat diambil oleh pihak berkuasa sejak dahulu lagi.

Sementara itu, beberapa pekerja kedai tersebut ketika ditanya kenapa begitu mudah membenarkan mereka (remaja) membeli minuman berkata, mereka tidak berani menegur.

“Bukan apa, sekiranya kami tak bagi, mereka mengugut macam-macam.

“Untuk itu, kami membiarkan sahaja kerana tidak mahu perkara buruk menimpa kami lebih-lebih lagi kami terpaksa bertugas mengikut syif,” katanya.

Tinjauan Kosmo! juga mendapati kebanyakan remaja membeli minuman keras di kedai terbabit sekitar pukul 1 hingga 3 pagi kerana mereka mungkin khuatir aktiviti mereka ‘dihidu’ oleh pihak berkuasa.

Walaupun harga satu tin adalah RM7 hingga RM9 namun ia tetap menjadi ‘minuman’ pilihan utama.

Apa pandangan anda tentang laporan berita di atas ?

Sumber Berita : KOSMO!

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 9 Ogos 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Yap, harus lebih bergiat kamopanye anti arak, pemerintah membuta undang-undang pelarangan arak. Kalu mau leboh mendasar, tutup pabrik arak.

  2. salam kenal dari indonesia !!

  3. kita tak patut membiarkan pelajar membeli arak,kerana hukumnya haram bagi orang islam…bagi pelajar yang beli arak harus dikenakan tindakan,contoh tangkap dan taklimat motivasi dan berikan didikan agama kepada mereka yang terlibat….

    KAM : Emm…Saya setuju pendapat saudara danieal, undang-undang perlu diperketatkan dan pihak berwajib harus memantau selalu agar tidak ada lagi pelajar yang berani membeli minuman keras…Terima kasih di atas komentarnya…he he he..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: