Kemaskini : Rebat Tunai Secara Online Boleh Dibuat Sekarang…

Kemaskini : 01 Ogos 2008 (Jumaat) / 11.20am

Pada Jun lepas, kerajaan telah mengumumkan akan memperkenalkan pembayaran rebat tunai secara online kepada pemilik kenderaan bagi mengurangkan beban orang ramai berikutan kenaikan harga bahan api itu.

Kini rebat tunai bagi subsidi petrol yang diagihkan melalui Pos Malaysia Berhad (PMB) boleh dibuat melalui online (dalam talian). Klik di sini untuk membuat tuntutan.

Melalui kaedah ini, pemilik kenderaan mempunyai pilihan untuk menerima tuntutan dalam bentuk kiriman tunai atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Bagi pilihan kiriman wang, ia mengambil masa tujuh hari bekerja mulai daripada tarikh tuntutan itu dibuat bagi Pos Malaysia membuat penghantaran kepada alamat surat menyurat pemilik kenderaan.

Manakala bagi mereka yang memilih rebat itu dimasukkan terus ke dalam akaun masing-masing, mereka akan menerima wang itu dalam tempoh tiga hari daripada tarikh tuntutan itu.

Bagi pemilik kenderaan yang berkuasa 2,000 cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda yang berkuasa 2,500 cc ke bawah akan diberi rebat RM625 setahun namun, bagi pemilik motosikal berkuasa 250 cc ke bawah pula rebatnya RM150 setahun.

Pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan rebat itu sehingga 31 Mac tahun depan (2009).

Apa pandangan anda terhadap perkhidmatan ini ?

Info : Kosmo!

Kalam Abu Musaddad / 01 Ogos 2008

—————————————-

Artikel Lepas…

Assalamualaikum

Satu lagi perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Pos Malaysia Berhad iaitu kaedah pembayaran tuntutan rebat tunai kenderaan secara dalam talian (online).

Kepada sesiapa yang belum lagi membuat tuntutan, bolehlah membuat tuntutan secara online dalam masa dua bulan lagi. Perkhidmatan ini disediakan adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai apabila membuat tuntutan.

Dalam laporan akhbar KOSMO! Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia, Mearia Hamzah berkata, melalui kaedah pembayaran secara online itu, ia akan dapat mengurangkan kesesakan di pejabat-pejabat pos seperti yang berlaku ketika ini.

Selain itu, ia juga sebagai langkah untuk menawarkan saluran yang fleksibel dalam pembayaran rebat tunai.

Tambahnya lagi, kini pihaknya sedang memperkemaskan sistem yang bakal diperkenalkan itu dengan beberapa pihak seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Klik di sini untuk baca.

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 1 Ogos 2008, in Isu Semasa, Perkhidmatan. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: