Jangan Jadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup…

Bismillahirrahmanirrahim…

Sesungguhnya Allah mengalakkan insan di dunia ini mencari rezeki untuk mengelakkan diri dari kemiskinan dan kemelaratan. Begitu juga dengan Rasulullah SAW tidak membenarkan sama sekali menjadikan dunia ini sebagai matlamat hidup.

Tanpa kewangan yang kukuh menjadikan keimanan kita goncang, menyesali Tuhan, menyalahkan keturunan, mengeluh dan berputus asa. Keyakinan terhadap agama juga akan berkurangan disebabkan setiap hari kta menghadapi kesulitan. Ini di antara kesan-kesan buruk yang boleh menimpa dan mempengaruhi jiwa yang kurang tabah alam menghadapi dugaan Tuhan.

Walaupun demikian pentingnya peranan keduniaan dalam kehidupan manusia, namun untuk menjalin kehidupan yang lebih bererti, untuk menjadikan dunia ini sebagai matlamat hidup adalah amat membahayakan.

Manusia akan menjadi tamak dan mementingkan diri sendiri, tidak akan lagi mempunyai perasaan belas kesihan antara dengan yang lain, kegilaan untuk mendapatkan kekayaan dengan mudah menutup pintu hati, bahkan tidak teragak-agak untuk meragut nyawa orang yang cuba menghalang kemahuannya. Tekadnya untuk mendapatkan apa yang dihajati dengan apa cara sekalipun.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Barang siapa yang menjadikan dunia ini sebagai matlamat dan cita-cita hidupnya, nescaya Allah mencerai beraikan urusannya dan menjadikan kepapaan menghantui dirinya, sertatidak akan datang keduniaan kepadanya melainkan sekadar yang ditetapkan, dan barang siapa menjadikan akhirat sebagai niatnya, nescaya Allah menghimpunkan segala urusannya, serta mendatangkan kepuasan dalam hatinya, sementara dunia tunduk kepadanya.”

Dari hadis tersebut jelas dinyatakan bahawa jika seseorang itu menjadikan dunia ini sebagai matlamat hidup, beliau tidak akan menghasilkan kebahagiaan dan ketenteraman jiwa, sentiasa diburu oleh kegelisahan dan rasa tidak puas hati, sebaliknya jika seseorang itu menggunakan dunianya untuk akhirat dan tidak memperhambakan dirinya kepada harta, akan mendapat jaminan dari Allah untuk mendapat rezeki yang tidak diduga serta memberi kepuasan di dalam hatinya asalkan mahu berusaha.

Dengan demikian, sedikit rezeki yang halal lebih baik daripada harta yang banyak yang diperolehi dengan cara yang haram. Oleh itu bersyukurlah dengan rezeki yang sedikit tetapi halal adalah lebih baik daripada mencari harta yang bertimbun-timbun tetapi tidak diredhai Allah SWT.

Apa komentar pembaca ?

Kalam Abu Musaddad / 01 Ogos 2008

Advertisements

One Response to Jangan Jadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup…

  1. Dunia ini sekadar pinjaman untuk berteduh dalam jangka waktu yang singkat. Perjalanan sebenar mesti dilalui setelah bekalan untuk itu diangkut bebannya dalam teduhan waktu yang sekadar dua jari itu.

    Tamadun Barat telah banyak merosakkan kehidupan dunia Islam melalui ledakan informasi yang begitu hebat dan sebagai satu alternatif untuk menyebarkan dakyah mereka di dalam sanubari umat Islam. Malah kini kita melihat betapa iman manusia sudah seperti nyalaan api yang hampir padam kerana sakit oleh penyakit lalai dan nafsu yang membuak.

    Tamadun Islam perlu bangkit semula sabagai satu alternatif menggerakkan keperibadian hakiki agar kelanjutan onar tercemar itu boleh membangkitkan kekuatan dan pengaruh peribadi Islam yang dulunya amat digeruni.

    KAM : Komentar yang bernas…Syukran Jazilan…Ila liqa’…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: