Sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan yang Ke – 51

31 Ogos 2008

Bismillahirrahmanirrahim….

Buat pengunjung Kalam Abu Musaddad, di sini terdapat beberapa foto pilihan sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke – 51 yang ana ambil daripada beberapa akhbar tempatan sebagai koleksi di laman ini.

Persembahan bunga api menjadi kemuncak sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka yang menerangi ruang udara ibu kota. – foto BERNAMA

Orang ramai menunjukkan poster “Merdeka” ketika hadir pada sambutan Ambang Merdeka di Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini, malam tadi. -foto BERNAMA

MERIAH… Sambutan Hari Kemerdekaan yang Ke-51 di Dataran Merdeka bermula dengan perarakan masuk Jalur Gemilang di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah, hari ini. – Foto Bernama

Jalur Gemilang tempurung terbesar: Pandangan dari atas Jalur Gemilang dibuat daripada 47,432 tempurung bagi menghasilkan binaan bendera kebangsaan berukuran 15 meter lebar dan 30 meter oleh mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berjaya mengatasi rekod lama dalam Malaysia Book of Records. – Foto Berita Harian.

Advertisements

Sambutlah Kemerdekaan & Ramadhan Dengan Rasa Syukur Serta Insaf

30 Ogos 2008

Bismillahirrahmanirrahim….

Sebelum kalam ini bicara sesuatu buat semua, terlebih dahulu ana ingin mengucapkan “SALAM KEMERDEKAAN KE – 51 DAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGA RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM KHUSUSNYA PENGUNJUNG KALAM ABU MUSADDAD YANG DIHORMATI” tidak kira di mana anda berada dan siapa anda. Sesiapa saja yang berkunjung ke laman Kalam Abu Musaddad ini, anda adalah sahabat ana.

Pernah kalam ini bicara dahulu, walaupun kita tidak pernah bersua dan bertemu, tetapi melalui kalam / tulisan-tulisan diblog ini seolah-olah ana sedang berkomunikasi dengan anda semua.

Esok tanggal 31 Ogos semua rakyat Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke – 51, kalam ini ingin mengingatkan kepada semua teman-teman dan rakan-rakan yang lain khususnya kepada belia remaja yang menjadi tonggak dan harapan negara supaya janganlah melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT seperti minum minuman keras, melakukan seks bebas, merempit dan sebagainya.

Baca baki entri ini »


Bajet 2009 : Bonus Untuk Kakitangan Awam…

29 Ogos 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

SETELAH mengikuti pembentangan bajet 2009 yang disiarkan secara langsung melalui TV3 petang tadi, ana percaya lebih sejuta kakitangan awam di negara dapat menarik nafas lega kerana ada juga ole-ole daripada kerajaan pada tahun ini iaitu bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 serta pencen minimum RM720. Syukur alhamdulillah… Bonus akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara. Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

Baca baki entri ini »


Bajet 2009 : Pembelaan Nasib Rakyat…

29 Ogos 2008

Bismilahirrahmanirahim…

Pembelaan rakyat – itu yang paling banyak diperkatakan oleh kebanyakan pakar ekonomi ketika diminta mengulas mengenai harapan mereka terhadap Bajet 2009.

Ia mencerminkan isi hati rakyat keseluruhannya supaya Bajet 2009 bukan saja tidak membebankan rakyat, malah menekankan kepada pemulihan ekonomi, sosial dan masyarakat serta kestabilan politik negara dan perhubungan antarabangsa.

Setiap golongan masyarakat mengharapkan mereka akan diberikan perhatian sepenuhnya dalam Bajet 2009 dan paling penting membantu meringankan beban kos tinggi ditanggung sekarang akibat kenaikan harga barang.

Paling penting, Bajet 2009 diharap memberi tumpuan ke atas harga barang hingga menyebabkan kuasa beli pengguna terjejas.

Hakikatnya, kenaikan harga barang bukan saja dihadapi rakyat, malah syarikat korporat tidak terkecuali hingga menyebabkan kos pengeluaran atau operasi mereka bertambah.

Baca baki entri ini »


Program Kutu Pintar Pekej 121, Adakah Benar @ Penipuan ?

26 Ogos 2008

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad, hari ini ana menerima sepucuk surat daripada hamba Allah yang tidak dikenali. Dari mana dia ambil alamat ana wallahu a’lam…

Antara isi kandungan surat itu adlah seperti berikut :

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada saudara/i sekalian,

Di sini kami ingin mengajak anda bersama-sama untuk menyertai PROGRAM KUTU PINTAR 121 yang mana sekiranya dilaksanakan dengan penuh yakin danikhlas, dapat membanrtu diri kita serta enalan/keluarga mengatasi kemelut kewangan yang sedang kita hadapi. Buangkanlah segala pemikiran negatif (perkataan ‘TIDAK’, ‘NANTI FIKIR DULU’, ‘TAK BERMINAT’, ‘BLEH PERCAYA KE NI ?‘ dsb). Ayuh, bangunlah, marilah kita sama-sama bekerja yang pastinya hasil usaha kita akan berbaloi…Mudah-mudahan.

Baca baki entri ini »


Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Malayu

25 Ogos 2008

Bismillahirrahmanirahim…

Buat pengunjung Kalam Abu Musaddad, di sini ana paparkan video untuk perkongsian bersama mengenai pengisytiharan KEMERDEKAAN Tanah Melayu oleh bapa kemerdekaan kita iaitu YTM Tunku Abdul Rahman.

Peristiwa Di Malam Bersejarah

Menjelang malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-Iampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam.

Baca baki entri ini »


Kita Bertanya…Allah SWT Mejawab…

23 Ogos 2008

Bismillahirrahmanirahim…

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung Kalam Abu Musaddad…Mudah-mudahan hari ini adalah hari terbaik dan paling bahagia untuk anda. Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersyukur kepada-NYA di atas apa yang diberikan dan dinikmati pada hari ini.

Namun sebagai hamba Allah SWT…Manusia tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT sama ada suka atau sebaliknya, sebagai insan yang beriman hendaklah menerimanya dengan hati yang terbuka.

Kadang-kadang banyak persoalan yang timbul dalam diri kita tentang apa yang kita alami dalam kehidupan seharian. Misalnya kita bertanya “kenapa aku diuji ?”… Maka pertanyaan itu dijawab oleh Allah SWT :

Baca baki entri ini »