Bonus Untuk Kakitangan Awam…

Bismillahirrahmanirrahim…

Buat semua kakitangan awam, kerajaan sekarang ini sedang menimbang tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk pemberian bonus atau bayaran honorarium kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan tahun ini serta penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola) kepada RM500 sebulan.

Menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman, perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, dalam surat maklum balas kepada kesatuan itu dua minggu lalu.

Menurut beliau lagi, “Ini memberi gambaran positif kerajaan berhubung tuntutan kami. Kami menaruh harapan kerajaan boleh mengumumkan bayaran bonus dalam Bajet 2009 yang dibentangkan 29 Ogos depan,”

Diharap semasa pembentangan bajet 2009 itu nanti ada berita baik akan diumumkan oleh kerajaan untuk semua kakitangan awam berhubung tuntutan Cuepacs itu.

Apa pandangan anda ?

Sumber Info : Harian Metro

Kalam Abu Musaddad / 31 Julai 2009

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 31 Julai 2008, in Isu Semasa, Perkhidmatan. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Amin…moga ada sinar

    ****KAM : Ameen…****

  2. Adoi…sempitnya poket bulan ni…

    ****KAM : Emmm…Sama la kita..he he he…****

  3. Assalamualaikum… hari ni kak aida dpt email dari kawan kat Putrajaya. dia kata kerajaan akan memberi COLA RM500 Ogos ni bagi menampung kenaikan harga minyak. bkn setakat org gomen aja dpt, org swasta pun dapat gak. (seronok nye. .) org Putrajaya cakap mesti ada caya nye. COLA tu boleh dituntut di pejabat pos berdekatan dengan membawa bersama ………………………………………………………………………….80 penutup botol coca cola….. (celaka!)

    ****KAM : Wslm kak…Ye ker…Ha2..Kalau macamtu kita kumpul banyak2 penutup botol tu, pahtu pi tukar kat pjbt pos…dapatla elaun COLA…kih2…Apapun tunggula bajet 2009 nanti, kot2 ada…Dengar2 citer ada bonus tapi tak tahula betul or taknya…Bukan berharap..****

  4. ada atau tidak, byk atau sikit, sama2 kita nantikan. Yg penting cara kita menguruskan kewangan semasa dengan bijak bagi mengelakkan diri tersepit dalam masalah hutang. mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurah jangan dan ‘belanja biar berhemah’. bye

    ****KAM : Ya…Ana setuju pendapat akak…Jangan sekali-kali kita berhutang…Amalkan amalan berjimat cermat..Tapi jangan sampai jadi haji bakhil sudahla…he he he…****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: