Adakah Kerana Faktor Padang, Chelsea Hanya Mampu Belasah Malaysia 2-0 ??

Teka-teki sudah terjawab, debaran sudah pun reda apabila berakhirnya perlawanan persahabatan antara Malaysia Vs Chelsea di mana Chelsea hanya mampu membelasah pasukan negara 2-0 sahaja.

Di luar dugaan dan jangkauan apabila melihat persembahan pasukan negara beraksi semalam. Syabas dan tahniah kepada semua pemain negara kerana menunjukkan persembahan yang terbaik setakat ini walaupun bolos 2 gol.

Manakala pengurus pasukan Chelsea, Luiz Felipe Scolari pula menyalahkan keadaan padang yang kurang baik sebagai punca utama pasukannya gagal memberikan aksi terbaik ketika berdepan Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, semalam.

Foto Dipetik : Berita Harian

Malah bekas pengendali Brazil dan Portugal itu mengakui, dia lebih risau sekiranya pemainnya mengalami kecederaan.

Scolari juga merasakan skuad kebangsaan Malaysia bermain dengan baik berdepan pasukannya, namun merasakan kemungkinan keputusan lebih baik mampu dicatat pasukannya jika pemainnya tidak berasa terlalu risau mengalami kecederaan.

Foto Dipetik : Berita Harian

Sementara itu, penjaga gol Chelsea Petr Cech berasakan barisan serangan skuad kebangsaan harus bijak menyudahkan peluang dicipta apabila berdepan pasukan berkelas dunia seperti Chelsea.

“Untuk berjaya di peringkat antarabangsa, penyerang harus bijak menyempurnakan peluang kerana ia mampu mengubah keputusan perlawanan di saat genting. Kegagalan menyempurnakan peluang gol akan memberi peluang kepada lawan untuk bangkit.

“Secara keseluruhan, saya rasakan pasukan anda bermain sebaik yang mereka mampu, dan bagi saya mereka berjaya memperoleh permainan yang lebih baik berbanding kami,” kata Cech.

Sebagai peminat bola sepak, apakah pandangan anda terhadap dakwaan pengurus Chelsea itu bahawa faktor keadaan padang yang kurang baik adalah punca utama pasukannya gagal memberi aksi yang terbaik pada perlawanan tersebut…

Kalam Abu Musaddad / 31 Julai 2008

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 31 Julai 2008, in BICARA SUKAN, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. JIKA MALAYSIA MENERUSKAN CORAK PERMAINAN SEMASA MENENTANG CHELSEA,MALAYSIA DPT MNJANA KE ARAH KMAJUAN BOLA SEPAK MALAYSIA……..BERSAMA KITA MNJANA KE ARAH KEMAJUAN BOLA SEPAK MALAYSIA… MALAYSIA BOLEH!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: