Benarkah Susu Ibu Boleh Bertukar Perisa Buah ???

Bismillahirrahmanirrahim…

Ana terbaca satu artikel di laman berita harian hari ini yang agak menarik untuk dikongsikan bersama khususnya bagi kaum ibu dan juga bakal bergelar ibu.

Melihat kepada tajuk artikel di atas mungkin ramai yang tertanya-tanya terutamanya kaum ibu, bolehkah susu ibu berubah menjadi perisa buah ? Mungkin inilah persoalannya yang bermain-main diminda kaum ibu.

Kini ibu yang menyusu mampu menghasilkan susu berbagai perisa contohnya berperisa pisang untuk bayi mereka dengan cuma mengunyah buah itu dalam masa sejam atau kurang sebelum waktu susuan.

Menurut pakar saintis susu ibu boleh dipelbagaikan perisa kerana dalam ujian, wanita mampu menjadikan susu mereka mempunyai perisa pudina dan jintan selain pisang.

Penyelidik juga percaya, pelbagai perisa susu ibu dapat mendorong bayi mencuba makanan baru apabila semakin dewasa. Kajian terdahulu menunjukkan apa yang dimakan ibu boleh memberi kesan kepada cita rasa bayi.

Kanak-kanak yang ibunya suka meminum jus lobak merah ketika hamil atau menyusu dilihat suka menikmati bijirin berperisa lobak merah.

Kajian terbaru penyelidik Denmark di Universiti Copenhagen menyiasat bagaimana perisa boleh dipindahkan daripada makanan kepada susu ibu.

Penemuan penyelidikan ini membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT serta menjadikan anda adalah seorang ibu yang HEBAT…

Justeru itu, apa pandangan anda tentang kelebihan susu ibu ini ? Em..Kaum lelaki pun boleh bagi komentar juga…he he…

Sumber : Berita Harian

Kalam Abu Musaddad / 29 Julai 2008

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: