Cakap-cakap Bola – Malaysia Vs Chelsea…

Pasukan bola sepak terkemuka Liga Perdana England, Chelsea sudah pun tiba di sini malam kemarin dalam Siri Jelajah Asia-Malaysia 2008 bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Malaysia Selasa ini.

Chelsea yang muncul naib juara Liga Perdana England musim lalu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam pukul 8.45 malam Selasa.

Antara pemain utama pasukan Chelsea yang menyertai Siri Jelajah Asia-Malaysia 2008 ialah penyerang kelahiran Jerman Michael Ballack, penjaga gol Peter Cech, pemain pertahanan Ashley Cole, penyerang Joe Cole serta dua pemain yang baru menyertai kelab itu, Deco dan Branislav Ivanovic.

Tidak ketinggalan ketua pasukan, John Terry dan salah seorang pemain termahal skuad itu, Michael Issien yang bernilai RM158.6 juta. Turut dibawa ke Malaysia ialah pemain tengah Frank Lampard, penyerang Perancis, Nicolas Anelka, pemain Ukraine, Andriy Shevchenko serta bintang-bintang lain seperti Saloman Kalao, Florent Malouda dan John Obi Mikel.

Bagaimanapun, penyerang berbisa kelab itu, Didier Drogba dan penyerang baru dari Portugal, Bosingwa tiada dalam senarai lawatan pasukan itu ke sini.

Ini merupakan kunjungan kedua skuad Chelsea ke Malaysia selepas tahun 2003 dan Kuala Lumpur merupakan destinasi terakhir Chelsea dalam Siri Jelajah Asia pasukan itu selepas mengadakan kunjungan dan perlawanan persahabatan di Guangzhou Selasa lalu dan Macau kelmarin.

Chelsea yang muncul naib juara Liga Juara-Juara musim lalu telah membuktikan keunggulannya apabila menewaskan pasukan Guangzhou Pharmaceutical, 4-0, sebelum membelasah pasukan Chengdu Blades, 7-0, kelmarin.

Pada pukul 6 petang ini, pasukan Chelsea akan mengadakan sesi latihan di Stadium Shah Alam. Bagaimana pula dengan pasukan pilihan Malaysia, adakah sudah bersedia untuk menhadapi cabaran ini ? Di harap semuanya sudah bersedia untuk melawan pasukan ternama itu.

Bagaimana menurut anda, mampukah pasukan negara kita bersaing dengan Chelsea ? Kalau diukur memanglah pasukan pilihan negara kita lebih jauh kebelakang berbanding dengan pasukan Jurulatih baru pasukan yang mendapat jolokan The Blues, Felipe Scolari.

Apa pandangan anda tentang perlawanan nanti ?? Adakah pasukan pilihan Malaysia mampu menewaskan Chelsea ?

Kalam Abu Musaddad / 28 Julai 2008

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 28 Julai 2008, in BICARA SUKAN. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. salam… kalau malaysia dapat kalahkan chelsea … macam tak percaya.

    KAM : Wslm…
    Ye ke…Apa pun kita tengok saje malam besok adakah pasukan pilihan negara mampu mengalahkan pasukan gergasi itu…

  2. kalau nak menang dgn chelsea memang nampak impossible…..tapi bukan tak boleh menang…..
    tapi yg penting…. berapa banyak pun chelsea score…. kita nak tgk gol cantik dari player malaysia membolosi chelsea……. lagi bagus kalau gol mcm safi salee score tuh…. caya beb

    KAM : Em…itulah yang kita harap-harapkan…

  3. bola bola bola….. bola bola api….

    eden rasa kalau pasukan chelsea kalah dgn pasukan malaysia…… esok nya sure luis fillepe scolari terus cakap melayu…….haha

    KAM : Ha..ha…Apapun Sama2 kita tengok malam ni…Ape citernya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: