Tambang Teksi Naik Lagi ???

Semenjak kenaikan harga minyak baru-baru ini harga tambang teksi tidak dinaikkan lagi dan masih berada pada harga tambang biasa. Tetapi sekarang ada ura-ura harga tambang teksi akan dinaikan ekoran kenaikan harga bahan api.

Apa kata pihak berwajib mengenai harga tambang teksi ini…

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan harga tambang teksi seperti yang diminta oleh persatuan-persatuan pengusaha teksi dan kereta sewa sebelum ini.

Namun, Pengerusinya, Datuk Markiman Kobiran berkata, ketika ini keputusan mengenai perkara itu belum dapat dibuat kerana ia melibatkan rundingan pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Katanya, beliau tidak menolak sekiranya berlaku kenaikan tambang setelah melalui perbincangan dengan beberapa pihak nanti ekoran kenaikan harga bahan api.

“Ada justifikasi kenaikan tambang tetapi kita masih dalam peringkat mengkaji semua perkara termasuklah mendapatkan pandangan beberapa pihak.

“Saya akui kadar tambang memang dah lama tak naik walaupun harga minyak naik. Sebab itu saya kata mungkin ada justifikasi kenaikan tambang teksi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah yang mahu kerajaan mengkaji semula kadar tambang.

Jelas Aslah, walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bersetuju untuk memberi subsidi kepada 40,231 pemilik teksi dan kereta sewa berenjin petrol, kadar kenaikan tambang tetap perlu dikaji juga. Klik di sini untuk baca.

Sekiranya tambang teksi dinaikan, sebagai pengguna perkhidmatan awam, apa komen anda…Wajar atau tidak tambang itu dinaikan ??

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 22 Julai 2008, in Isu Semasa, Perkhidmatan. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. salam,
    bukan ke kerajaan kate nak bagi susidi minyak kat teksi?

    KAM : Wslm…
    Entahla..Dengar kabarnya begitulah…Kita tengoklah nanti apa jadi or tak kadar tambang teksi ini dinaikan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: