Penubuhan Persatuan Bagi Membangun Pendidikan Guru Dunia Islam

Ini adalah berita gembira buat insan guru di mana Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru Dunia Islam (Ictem) yang berlangsung tiga hari berakhir 16 Julai lalu sepakat menubuhkan Persatuan Pendidik Guru Dunia Islam yang bakal berperanan membangun polisi pendidikan guru dunia Islam yang memenuhi standard dan jaminan kualiti antarabangsa.

Penubuhan persatuan itu adalah satu daripada 10 perkara yang terkandung dalam resolusi Ictem turut bersetuju melantik Pengarah Institut Pendidikan (Insted), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marzuki Zainuddin sebagai pengerusi sementara persatuan itu.

Resolusi dibentangkan Pengerusi Ictem, Prof Madya Dr Mohamad Johdi Salleh, sebelum menyerahkannya kepada wakil Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Insted dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam pada majlis penutup persidangan itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lebih 300 peserta dari 20 negara Islam menyertai persidangan bertujuan membangunkan rangkaian kerjasama global antara guru, pembuat dasar dan pentadbir dalam bidang pendidikan guru negara Islam.

Mengulas lanjut mengenai resolusi itu, Mohamad Johdi berkata, kesepakatan menubuhkan Persatuan Pendidik Guru Dunia Islam disifatkan platform terbaik membincangkan pelbagai permasalahan dan isu berkaitan pengajaran serta pendidikan guru dibincangkan dan diselesaikan secara global.

Sebagai pengerusi persatuan itu, katanya, Ahmad Marzuki kini bertanggungjawab membentuk satu jawatankuasa yang berperanan merancang segala aspek merangkumi struktur pentadbiran, kerangka perlembagaan dan keahlian persatuan.

“Turut terkandung dalam resolusi itu ialah cadangan membentuk model pendidikan guru dunia Islam yang mampu memulih dan memberi nafas baru kepada pembangunan guru secara holistik.

“Persidangan turut memutuskan keperluan segera menangani isu pendemokrasian pendidikan, pendidikan berteraskan teknologi dan sistem pemantauan konkrit serta sah,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, katanya, cadangan agar program latihan perguruan berasaskan penilaian keperluan dan kompetensi guru, selain penekanan terhadap pembangunan dan pertumbuhan menyeluruh personaliti pelajar turut disuarakan ahli persidangan.

Mohamad Johdi berkata, resolusi 10 perkara itu akan diperincikan pihak terbabit dengan mengambil kira rasional setiap perkara sebelum keputusan pelaksanaannya dicapai.

Apa pendapat anda tentang penubuhan persatuan ini, sila bagi komen…

Sumber Berita : Berita Harian

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 22 Julai 2008, in BICARA INSAN GURU, Isu Semasa, Keratan Akbar, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: