Antara Mata dan Hati…

Bismillahirrahmanirrahim…

Tidak semua hamba Allah SWT berkesempatan melihat keindahan  dan kecantikan dunia ini kerana telah ditakdirkan oleh Allah SWT mereka buta penglihatan atau buta mata, mereka hanya tahu sifat sesuatu melalui orang yang celik penglihatan.

Oleh itu, bagi orang yang dapat melihat hendaklah bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat penglihatan yang diberikan semoga dengan kesyukuran itu kita akan menggunakan nikmat mata yang dikurniakan Allah untuk melihat perkara-perkara yang baik dan memberi faedah kepada kita, seterusnya kita tidak dikatakan bersyukur kepada Allah sekiranya kita menggunakan mata kita untuk melihat perkara-perkara yang dilarang melihatnya.

Manakala bagi mereka yang buta mata pula, hendaklah menerimanya sebagai takdir daripada Allah kerana dari hikmah-hikmahnya disebalik takdir tersebut sekurang-kurangnya orang yang buta mata terlepas daripada menanggung dosa mata kerana melihat perkara-perkara yang diharamkan.

Mereka yang celik tidak pula dituntut berdoa dan meminta kepada Allah supaya menjadi buta kerana perbuatan sedemikian seperti tidak menghargai nikmat pemberian Allah kepadanya.

Secara umumnya penglihatan manusia bolehlah dikategorikan kepada dua iaitu melihat dengan mata dan melihat dengan hati. Dan sering juga disebut orang melihat dengan mata hati. Berdasarkan pembahagian itu maka manusia yang terlibat dengan penglihatan dibahagikan kepada empat golongan. Golongan itu ialah :

Manusia yang celik mata dan celik hati

Golongan yang pertama ini ialah orang yang dapat melihat dunia ini dan segala keindahan tetapi membataskan penglihatan mereka kepada perkara-perkara yang halal dan harus sahaja. Mereka tidak melihat perkara-perkara yang haram kerana hati mereka tidak membenarkan mereka berbuat demikian.

Golongan yang celik mata dan celik hati ini adalah orang-orang yang sentiasa ingatkan Allah SWT walaupun dalam apa keadaannya sekalipun disamping akur dan tunduk kepada ketentuan perancangan Allah SWT.

Manusia yang buta mata, tetapi celik hati

Golongan yang kedua ini tidak dapat melihat dunia ini dan segala keindahan tetapi mereka dapat melihat kebenaran kerana hati mereka celik.

Golongan seperti ini juga adalah orang-oang yang bertuah dan selamat kerana langsung tidak melihat kemungkaran yang boleh menyebabkan bertambahnya dosa dan juga tidak terdorong untuk membuat maksiat, hati mereka celik  dan sentiasa mengajak untuk membuat kerja-kerja baik yang direhdai Allah SWT sebab itulah kalau kita lihat ramai dari kalangan orang-orang buta yang menjadi hafiz al-Quran kerana kecelikan hati mereka membantu dan memudahkan mereka menghafaz al-Quran.

Manusia yang celik mata dan buta hati

Golongan yang ketiga ini pula adalah mereka yang dapat melihat dunia ini dan segala keindahan tetapi melihat dunia ini dan perkara yang berkaitan dengannya dengan pandangan dan penglihatan yang negatif ertinya mereka hanya menggunakan nikmat mata untuk melihat perkara-perkara yang menghiburkan, dan dapat memuaskan nafsu semata-mata.

Mereka tidak menggunakan mata yang celik itu untuk melihat perkara-perkara yang boleh mendorong mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana hati mereka telah buta dan mati.

Golongan seperti ini cukup banyak di dunia ini dan mereka terdiri daripada orang-orang kafir dan orang Islam sendiri yang lemah iman dan tidak tidak mempedulikan aturan dan ajaran Islam.

Oleh itu, menjadi tanggngjawab kita semua dari semua peringkat untuk berdakwah dan mengambil apa juga tindakan bagi menyedarkan masyarakat agar jangan menjadi orang yang celik mata dan buta hati. Jika sekiranya jumlah mereka ramai dan mengatasi pula jumlah orang yang celik hati maka lagi banyaklah berlaku kezaliman di muka bumi ini dan kezaliman adalah perkara yang menjadi kebinasaan bagi orang yang buta hati.

Manusia yang buta mata dan hati

Golongan yang keempat ini adalah orang-orang yang paling malang sekali kerana sudahlah mereka tidak dapat melihat dunia dan keindahan alam ini tetapi mereka juga tidak dapat melihat kebenaran melalui pancaran hidayah Allah SWT ke dalam hati. Amat rugi sekali bagi golongan ini.

Daripada empat golongan manusia yang disebut tadi hanya dua golongan sahaja yang bertuah dan istimewa di sisi Allah SWT iaitu golongan yang pertama ialah yang celik mata dan celik hati dan golongan kedua pula ialah yang buta mata tetapi celik hati.

Oleh yang demikian, marilah kita muhasabah diri, kita berada digolongan yang mana..Mudah-mudahan kita terdiri daripada golongan yang terbaik di sisi Allah SWT.

Apa komen anda sebagai pembaca kalam ini ??

Kalam Abu Musaddad / 22 Julai 2008

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 22 Julai 2008, in Bicara Agama. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Kemelut manusia zaman akhir ini adalah terhasil dari kesibukan mata dan hati dari mengingati Allah.
    Punca kemungkaran yang semakin berleluasa kerana rasa takut kepada Allah sudah hilang.

    Setiap hari Allah mematikan manusia, menggegarkan bumi, meletuskan lahar api, membuakkan air pasang, melontarkan gelombang, malah menghembus angin deras dan kencang. KENAPA tidak diambil iktibar oleh mata dan hati. Ternyata ramai yang sudah mati hatinya dan buta matanya.

    Semoga perkara ini diambil iktibar oleh kita agar tidak menjadi sebahagian dari mereka yang tidak meletakkan TUHAN Yang Maha Kuat lagi Bijaksana sebagai sumber pengabdian cinta.

    Posting yang menarik dan mengesan jiwa. Teruskan berkarya.

    KAM : Saya setuju sangat dengan pendapat ustazah…Mmg benar, apabila mata dan hati manusia sudah lalai, maka berlakulah bermacam2 kemungkaran dan maksiat akibat kelalaian manusia di dalam menjaga mata dan hatinya…Syukran jazilan di atas perkongsian ilmu ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: