Dunia Fitnah…

Termenung…Dan terus termenung memikirkan apa yang berlaku dengan dunia sekarang ini. Adakah kita sedar, bahawa hari demi hari masyarakat kita khususnya umat Islam hari ini semakin hari semakin lemah, berpecah belah dan berpuak-puak serta berbalah sesama sendiri. Kenapa keadaan ini berlaku…??

Timbul persoalan dalam diriku…Adakah semua ini berlaku kerana di sebabkan perbezaan pandangan dan pendapat ? Atau perbezaan aliran dan fahaman politik ? Adakah dengan perbezaan ini kita sanggup berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri ? Persoalan inilah yang bermain-main dikotak mindaku…

Melihat kepada senario politik tanah air sekarang…Maka wujud rasa Kebimbangan, kerisauan dan keresahan yang sentiasa bermain-main di benak fikiranku kerana amalan fitnah mengfitnah sudah menjadi suatu kebiasaan. Tiada lagi batas-batasnya. Sedangkan dalam ajaran Islam mengfitnah itu lebih dasyat daripada membunuh. Islam melarang keras perbuatan ini kerana ia boleh merosakkan perpaduan ummah dan menyebabkan perpecahan di dalam masyarakat. Apatah lagi menuduh dan mendedahkan keaiban orang lain tanpa ada bukti-bukti yang kukuh.

Kalau seketika dulu kita dikejutkan dengan filem fitna yang dikatakan menghina al-Quran, hina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam. Tetapi sekarang ini kita berhadapan dengan satu senario politik fitnah..Yang jelasnya bagi kita, semua ini akan merugikan umat Islam itu sendiri dan percayalah bahawa pihak musuh (Islam) sekarang ini sedang bergelak ketawa dan berpesta kerana melihat umat Islam hari ini semakin hari semakin lemah dan berpecah belah serta berkelahi sesama sendiri.

Justeru itu, fikir-fikirkanlah wahai bangsaku yang seagama denganku… Marilah kita merapatkan hubungan dan memperkuatkan ikatan ukhwah di antara kita. Jangan kita menjadi ummah yang lemah kerana musuh sentiasa melihat dan mengambil kesempatan di atas kelemahan kita untuk menjatuhkan Islam. Kalam ini hanya meluahkan rasa semata-mata, tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Kalam Abu Musaddad / 21 Julai 2008

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 21 Julai 2008, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: