Istighfar Penghapus Dosa…

Bismillahirrahmanirahim…

Sudah menjadi lumrah manusia di dunia ini tidak boleh terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya : “Demi Allah, jika kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.” – (Hadis riwayat Muslim)

Dosa sebenarnya bukanlah suatu perkara pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah.

Oleh yang demikian, beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi, kita amat sukar sekali mengamalkan istighfar ini padahal ia sungguh ringkas dan mudah sehingga akhirnya bertambahlah dosa dilakukan lantaran kelalaian dan tabiat suka bertangguh.

Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon keampunan daripada Allah, tetapi ia sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang.

Melakukan dosa biarpun yang dikatakan dosa kecil, kita perlu dihindarkan kerana dosa kecil boleh menjadi dosa besar.

Bagaimana pula yang dikatakan dosa kecil boleh menjadi dosa besar ? Ia terjadi apabila kita :

Dilakukan secara berterusan dan tidak ada azam untuk meninggalkannya. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan: “Tidak ada dosa kecil bersama adanya azam untuk terus melakukan, dan tidak ada dosa besar bersama adanya permohonan meminta keampunan.

Perbuatan dosa besar yang dilakukan sekali dan tidak diulangi, harapan untuk memperoleh keampunan terhadapnya lebih besar daripada dosa kecil dilakukan secara berterusan.

Jika dianggap kecil, tetapi sebaliknya, jika dianggap besar, maka ia menjadi kecil di sisi Allah kerana anggapan besar itu timbul daripada kebencian dan berpaling hati daripadanya.

Sebahagian ulama berkata: “Jika seseorang melihat kebesaran Tuhan yang ia menderhaka dengan melakukannya, maka ia akan memandang dosa kecil menjadi besar, dan bukan sebaliknya.”

Jika disertai perasaan gembira dan bermegah dengannya.

Jika menganggap ringan keampunan Allah terhadap perbuatannya, tertipu diri kerana menyangka kebolehannya untuk terus melakukan perbuatannya itu disebabkan pemeliharaan Allah terhadapnya dan merasa aman daripada azab-Nya.

Jika dizahirkan, seperti mengatakannya kepada orang lain setelah melakukannya atau sengaja melakukannya di hadapan orang lain.

Jika dilakukan oleh orang yang berilmu dan diikuti masyarakat. Oleh sebab itu, seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa, dan menyembunyikannya jika terlajak melakukannya.

Justeru itu, kita sebagai hamba Allah yang selalu melakukan dosa amatlah dituntut untuk beristighfar memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan setiap perbuatan yang dilakukan itu terkawal daripada melakukan dosa dan mendapat keredhaan Allah SWT.

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 19 Julai 2008, in Bicara Agama. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. … kita sebagai hamba Allah yang selalu melakukan dosa amatlah dituntut untuk beristighfar memohon keampunan Allah SWT … kalimat bijak. Salam dari Indon.

    KAM : Seharusnya begitulah…Jangan kita terus hanyut dalam melakukan dosa kerana kematian tiada siapa yang tahu..Entah esok atau lusa..Jadi kita dituntut untuk beristighfar memohon keampunan Allah SWT…Salam jugak dari M’sia..

  2. selalulah memohon keampunan allah kerana kita tidak bila kematian akan menjemput kita….

  3. ya allah ya tuhanku,hamba mu ingin memohon keampunan darimu..sesungguhnya hambamu ini telah membuat byk dosa kepadamu..sesungguhnya kaulah maha pengampun dosa2 besar dan penyayang…Amin!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: