Kasih Sayang Membawa Keberkatan Hidup…

Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menceritakan dan menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:

Maksudnya: “Orang Mukmin itu hendaklah mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.”

Sifat Kasih sayang boleh membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka kepada kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras pembina akhlak kita. Biarlah cerita dan andaian ke arah kebencian antara kita dihentikan.

Foto : Dipetik dari Berita Harian

Menyebut perkataan Kasih Sayang, ianya bukan sekadar sayang dan bukan sekadar melafazkan cinta. Ianya mengikat hati manusia dengan hati manusia yang lainnya, mewujudkan suasana saling melindungi diantara satu sama yang lain. Kasih sayang terdiri diantara pelbagai cabang. Samada dalam bentuk sayang kepada kekasih, sayang kepada ibu-bapa, sayang kepada anak-anak, sayang kepada masyarakat dan sebagainya.

Apabila ada segelintir manusia tidak memahami tanggungjawab kasih sayang terhadap diri mereka maka mereka akan melakukan perkara yang boleh melukakan perasaan manusia yang lain.

Jika kita lihat fenomena yang berlaku pada hari ini, apa yang berlaku di dalam keluarga dan masyarakat kita. Ada ibu sanggup membuang anaknya, seorang ayah sanggup merogol anaknya sendiri, pembunuhan kejam, penderaan, peperangan, fitnah dan sebagainya. Kenapa semua ini berlaku ???

Justeru itu, pupuklah sifat kasih sayang ini di dalam diri, keluarga dan masyarakat kita. Kerana sifat kasih sayang tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Islam telah mengajar kita supaya menyemai dan memupuk benih-benih kasih sayang terhadap semua makhluk di muka bumi ini kerana di situ terletaknya keberkatan hidup.

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 Julai 2008, in BICARA AKHLAK, Keluarga dan Masyarakat. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. yup..setuju sangat.nilai kasih sayang lebih besar maknanya daripada semua benda. syukur..saya hidup dalam lingkungan kasih sayang.

    KAM : Syukur alhamdulillah…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: