Kalamku Berbicara Ketika Hujan Lebat

Petang ini aku tidak dapat pergi ke mana-mana. Hanya melepak kat umah ajer. Nak keluar main bola pun tak boleh sebab sekarang ni hujan lebat. Memang lebah sangat di luar sana tu…

So daripada duduk saje-saje, aku taiplah entri ni tuk korang baca kisah tentang aku. He…He… Aku harap korang sukala melepak kat blog aku ni…Ada artikel-artikel yang bermanfaat tu korang ambilla sebagai perkongsian ilmu dari aku.

Kalaulah hujan dipagi hari best jugak hari-hari minggu begini, maklumlah hari cuti boleh tarik selimut panjang-panjang…he he he…Tapi kalau petang-petang begini orang tua kata tak elok tidur waktu selepas asar. Kalau kita tidur waktu selepas asar berturut-turut sampai 40 kali, kita akan mewarisi sifat gila atau dungun. Betul ke begitu ?? Mak aku juga selalu pesan macam tu.. Daripada tidur petang-petang ni, lebih baik aku menulis entri ni, kata si ustazah masa aku belajar dulu, menulis boleh menajamkan minda kita. Tulislah apa-apa pun yang mudah bagi kita kerana secara tidak langsung ia boleh mengerakkan otak kita yang beku berkulat ni untuk berfikir. Apabila otak kita selalu berfikir, minda dan hati kita pun sentiasa hidup dan segar. Begitulah ceritanya. Kalau ustazah aku baca apa yang aku tulis ni, pasti dia tersenyum kot..he he…

Emmm…sekarang dah pukul 6.10pm kira cancel terus dah la niat untuk pergi main bola. Tunggu nak pi berjamaah di masjid dah la ni…KIsah berjemaah ni pula, ada jugak ceritanya…Yang ni ustaz aku yang cerita, aku masih ingat ketika itu aku baru masuk tingkatan 4. Dulu aku sekolah agama, so ada belajarla tentang solat berjemaah ni…Emmm aku rasa korang semua dah tahu kelebihan-kelebihan solat berjemaah ni berbanding kita solat sorang-sorang kat umah. Dan solat berjamaah ni tidak semestinya di masjid, di rumah pun boleh buat. Suami jadi imam, isteri jadi makmum, ayah jadi imam, ibu dan adik beradik jadi makmum. Asal ada imam dan makmum itu dah dikira berjemaah dah tu.. Tetapi bagi yang rumahnya berdekatan dengan masjid, apasalahnya kita sama-sama turun memakmurkan masjid. Kadang-kadang tu kalau kita tengok masjid ajer besar-besar tetapi makmumnya boleh bilang dengan jari. Tidak ramai yang pergi berjemaah. Kenapa terjadinya keadaan sedemikian ??

Ok berbalik kepada kelebihan solat berjemaah tadi, sebelum ni aku pernah menulis kelebihan-kelebihannya menurut sains hasil kajian saintis barat. Beliau mengkaji, mengkaji, mengkaji sehinggalah beliau sendiri memeluk Islam. Korang carilah sendiri tajuk “SOLAT : Apa logiknya Menurut Pandangan Sains.”, pasti korang jumpa dalam blog aku ni. Emmm…Kata ustaz aku kalau kira solat berjemaah pahalanya berlipat kali ganda berbanding kita solat seorang diri. Selain itu juga, kita boleh merapat dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara jamaah dan sebagainya lagi.

Aku rasa cukup dulu untuk aku merapu petang ni, hujan pun dah renyai-rentyai, harap-harap berhenti la…Sebelum aku akhiri kalam aku ini korang ambillah pesanan yang baik daripada ustazah dan ustaz aku tadi sebagai peringatan kepada kita. Aku pun begitu juga, selain mengingati orang lain, aku memperingati diri aku juga. Semoga kita menjadi hamba Allah yang taat dan patuh kepada perintah-NYA…

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 13 Julai 2008, in Tentang Aku. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. saya baru join ni….saya suka dengan laman ni…..saya suka menghilangkan tension dengan ingat kata-kata yang boleh wat ati saya tenang..like that!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: