Kisah Kecekalan Seorang Ibu Tunggal

Berat minda membaca, berat lagi tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang ibu tunggal yang berasal Kampung Penawnin Tambang Batu 4, Batu Anam Segamat. Ibu tungal ini juga layak jika diberi gelaran ” Wanita Besi ” kerana kecekalannya memelihara empat anak berusia 30 dan 40 tahun yang mengalami terencat akal kronik sejak kecil.

Semenjak suaminya meninggal dunia tiga tahun lalu, Saodah@Saonah Hussin terpaksa hidup bersendirian kerana seorang anak lelakinya sudah berumah tangga dan mereka tinggal berasingan.

Walaupun begitu wanita besi ini cekal dan tabah menjaga kesemua anak-anaknya yang mengalami kecacatan itu. Ekoran daripada kecacatan yang di alami, mereka tidak boleh bergerak kecuali mengesot dan duduk mengharapkan bantuan wanita berusia 69 tahun yang semakin uzur itu. Kisah ini ana terbaca didalam harian metro kemarin. Klik di sini untuk baca.

Tujuan ana paparkan kisah ini adalah untuk sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajarannya daripadanya. Bagaimana ketabahan, kesabaran dan kecekalan ibu ini melayani kerenah anak-anaknya. Walaupun anak-anaknya mengalami terencat akal yang kronik sejak kecil, beliau sanggup menjaga dan mendidik sehingga ke hari ini. Betapa besar pengorbanan seorang ibu walaupun sudah menjakau usia senja tetapi beliau tetap gagah dalam mengurus dan melayani anak-anaknya itu. Itulah kehebatannya wanita yang bergelar ibu. Kasih sayang mereka tidak berbelah bagi dan Kasih sayang seorang ibu juga tiada penghujungnya.

Tetapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini, ada segelintir anak yang sanggup menghantar ibu-ibu mereka di rumah-rumah orang tua kerana tidak sanggup menjaga dan melayani kerenah mereka disebabkan mereka sudah terlalu tua dan nyayok serta kesibukan bekerja juga menjadi alasan sehingga mereka tiada masa untuk mengurus ibu-ibu tua ini. Lalu mereka mengambil jalan mudah menghantar ibu-ibu ini ke rumah-rumah orang tua. Bagi mereka di sana ibu-ibu mereka selamat dan terurus kerana ada pihak yang menjaga dan mengurus makan minum mereka.

Walau apapun keadaan ibu kita, apa salahnya kita berkorban untuk mereka. Kalau seorang ibu boleh menjaga 10 orang anaknya tanpa ada rungutan, keluhan dan sebagainya, tidak bolehkah 10 orang anak menjaga seorang ibu ? Ada benar juga kata pepatah ” Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu lagi boleh menjaga seorang ibu.”

Kesimpulan dari kisah yang dipaparkan adalah seorang ibu walaupun terpaksa mengorbankan diri dan kehidupannya, nyawa jadi taruhan sekali pun demi seorang anak, dia tetap menjaga dan mendidik walau apa jua sekalipun. Kehebatan seorang ibu tiada tandingannya. Betapa tingginya darajat seorang ibu di sisi Allah SWT sehingga “SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, DAN KEREDHAAN IBU BAPA ADALAH KEREDHAAN ALLAH.” Jadi..Hormatilah, jagalah dan sayangilah mereka sementara hayat mereka masih ada kerana di situlah terletaknya kebahagiaan dan keredhaan Allah SWT.

Advertisements

4 Responses to Kisah Kecekalan Seorang Ibu Tunggal

  1. insan simpati berkata:

    sayangilah ibu anda selagi masih ada

    Like

  2. anie berkata:

    Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya.

    Like

  3. hidayahamin berkata:

    subhanallah… moga aku menjadi wanita sepertinya… amin

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: