Durian Runtuh Untuk Guru

KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar baru-baru ini mengumumkan tentang pengisian dan kriteria kenaikan pangkat di Institut Aminuddin Baki (IAB), institut perguruan (IPG), kolej matrikulasi dan jawatan-jawatan pentadbiran dan guru di sekolah menengah tingkatan 6 dan enrolmen pelajar 1,750 ke atas.

Kata beliau, semua cadangan kenaikan gred tersebut telah diluluskan melalui permohonan Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) 2008.

Kelulusan itu berkuat kuasa pada 1 Januari, tambah Alimuddin.

“Secara prinsipnya, kenaikan itu telah mewujudkan beberapa jawatan baru yang membuka peluang kenaikan pangkat lebih luas kepada Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS) di seluruh negara,” ujarnya.

__________________

PERJAWATAN SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN 6 DAN ENROLMEN PELAJAR 1,750 KE ATAS

.

Jawatan pengetua semua sekolah menengah tingkatan 6 telah dinaikkan gred daripada Gred DG48 kepada Gred DG52, mulai 1 Januari.

Begitu juga dengan jawatan Penyelia tingkatan 6 telah diberi penambahbaikan sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6 Gred DG48 (untuk 10 kelas Tingkatan 6 ke atas) atau Gred DG44 (untuk 9 kelas Tingkatan 6 ke bawah).

Bilangan perjawatan sekolah menengah tingkatan 6 dan enrolmen pelajar 1,750 ke atas adalah seperti berikut:

a. Pengetua sekolah tingkatan 6, Gred DG52, sebanyak 794 jawatan;

b. Pengetua sekolah menengah enrolmen murid 1750 ke atas, Gred DG52, sebanyak 116 jawatan;

c. Penolong kanan tingkatan 6 (untuk 10 kelas tingkatan 6 ke atas), Gred DG48, sebanyak 158 jawatan;

d. Penolong kanan tingkatan 6 (untuk 9 kelas tingkatan 6 ke bawah), Gred DG44, sebanyak 636 jawatan;

e. Guru akademik dan kokurikulum, DG52, sebanyak 1,039 jawatan;

f. Guru akademik dan kokurikulum, DG48, sebanyak 3,311 jawatan; dan

g. Guru akademik dan kokurikulum, DG44, sebanyak 8,728 jawatan.

Jumlah perjawatan sekolah menengah tingkatan 6 dan enrolmen pelajar 1,750 ke atas ialah sebanyak 14,782 jawatan.

.

Kaedah pengisian jawatan yang telah dipersetujui oleh Lembaga Naik Pangkat Perkhidmatan Pelajaran Bil. 3 Tahun 2008 adalah seperti berikut:

a. Urusan pengisian jawatan adalah berterusan dan bukan one-off, maka kaedah pengisian dibahagikan kepada Kaedah Jangka Pendek dan Kaedah Jangka Panjang (urusan seterusnya).

b. Di bawah Kaedah Jangka Pendek, keutamaan diberikan kepada penyandang sedia ada khasnya bagi jawatan-jawatan pengetua DG52, penolong kanan, penolong kanan petang DG44, guru kanan mata pelajaran (Ketua Bidang) DG44, guru penolong kanan tingkatan 6 DG44 dan DG48 serta guru-guru tingkatan 6 (akademik/kokurikulum, Gred DG44, DG48 dan DG52).

c. Mereka diberi kelonggaran daripada memenuhi syarat lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi urusan pemangkuan tetapi perlu memenuhi syarat lulus bagi urusan kenaikan pangkat.

d. Pengisian jawatan adalah berasaskan sekolah (school based) iaitu memberi keutamaan kepada calon-calon di sekolah yang sama untuk diperakukan memangku jawatan berkenaan.

e. Walau bagaimanapun untuk pertimbangan ke Gred DG44, kriteria tambahan adalah guru-guru yang telah berkhidmat di Gred DG41 selama lima tahun atau lebih.

f. Guru-guru Gred DG41 yang berjaya dinaikkan pangkat ke Gred DG44 hendaklah dikekalkan mengajar di tingkatan 6 untuk selama lima tahun sebelum ditukarkan.

Setelah jawatan-jawatan tersebut diisi mengikut Kaedah Jangka Pendek, baki kekosongan jawatan akan diisi secara Kaedah Jangka Panjang dan ini akan dibuat secara terbuka melalui iklan atau permohonan.

PERJAWATAN DI IAB, BAHAGIAN DAN IPG DAN DI KOLEJ MATRIKULASI

Bilangan jawatan di IAB, Bahagian dan IPG dan di Kolej Matrikulasi yang telah diluluskan melalui Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) 2008 adalah seperti berikut:

a. Institut Aminuddin Baki sebanyak 757 jawatan dan pecahan mengikut Gred Perjawatan ialah, DG54, sebanyak 1 jawatan, DG52, sebanyak 77 jawatan, DG48, sebanyak 250 jawatan dan DG44, sebanyak 429 jawatan;

b. Bahagian dan Institut Perguruan sebanyak 4,772 jawatan dan pecahan mengikut Gred Perjawatan ialah, DG54, sebanyak 28 jawatan, DG52, sebanyak 584 jawatan, DG48, sebanyak 1,933 jawatan dan DG44, sebanyak 2,227 jawatan; dan

c. di Kolej Matrikulasi pula sebanyak 3,160 jawatan dan pecahan mengikut Gred Perjawatan ialah, DG52, sebanyak 356 jawatan, DG48, sebanyak 1,085 jawatan dan DG44, sebanyak 1,719 jawatan.

Jumlah Perjawatan di IAB, Bahagian dan IPG dan di Kolej Matrikulasi adalah sebanyak 8,689 jawatan.

Urusan pemangkuan PPPS bagi mengisi baki kekosongan jawatan Gred DG44, DG48 dan DG52 di IAB, IPG dan di Kolej Matrikulasi telah mula dibuat melalui surat siaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran bertarikh 26 Mei 2008.

Pada keseluruhannya, urusan pengisian jawatan di IAB, Bahagian dan IPG, Kolej Matrikulasi dan Sekolah Menengah Tingkatan 6 akan memberi peluang kenaikkan pangkat untuk seramai 23,471 PPPS.

Sumber Berita : Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Advertisements

3 Responses to Durian Runtuh Untuk Guru

  1. lizam berkata:

    salam, ada tak yg fasa 2 tingkatan 6 dapat surat

    Like

  2. jag berkata:

    fasa 2 mungkin akan scrap/mansuh kerana tak ada duit nak bayar guru naik pangkat. sekian

    Like

  3. dg anis berkata:

    saya guru akademik ting 6 dg 44….kna isi borang lagi sekali ke kalau nak apply dg 48 memandangkan saya adalah pemegang dg 44 secara time basde 2006 (tercicir)…atau nama saya dah ada masa isi dg 44 ting 6..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: