Kini AKU SeOranG PENDIDIK…

Tiada kata-kata indah yang dapat ku lafazkan selain PUJI dan SYUKUR kehadrat ALLAH SWT kerana bermulanya hari ini diriku bergelar seorang PENDIDIK. Sedar tak sedar 18 bulan telah aku harungi cabaran dan dugaan untuk mendapatkan segulung Diploma Pendidikan sebagai pengiktirafan untuk aku digelar seorang PENDIDIK. Pelbagai ilmu dan segunung pengalaman ditimba bersama rakan-rakan di IP Rajang sebagai persediaan dan persiapan sebelum menjadi seorang PENDIDIK.

Kini aku seorang PENDIDIK…Bersemangat waja untuk mendidik anak bangsa agar menjadi manusia berguna suatu hari kelak. Berguna kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Kini aku seorang PENDIDIK…Aku tahu tugas dan tanggungjawab seorang PENDIDIK amatlah berat dan mencabar untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Tetapi itu bukan halangan bagiku untuk meneruskan perjuangan ini demi melihat anak bangsa yang cemerlang dalam kehidupan mereka.

Kini aku seorang PENDIDIK…Apa yang aku harapkan agar dipermudahkan oleh ALLAH SWT segala usaha dan cita-cita murni ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah…

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 8 Julai 2008, in BICARA INSAN GURU, Tentang Aku. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: