23,471 guru, pensyarah dapat kenaikan gred

15 Jun 2008

PUTRAJAYA: Gred bagi 23,471 pegawai di sektor pendidikan membabitkan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, guru Tingkatan Enam dan guru sekolah menengah yang mempunyai lebih 1,750 murid, dinaikkan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Serentak itu, semua pengetua sekolah menengah Tingkatan Enam dinaikkan daripada gred DG48 kepada DG52 manakala penyelia Tingkatan Enam diberi taraf Penolong Kanan Tingkatan Enam Gred DG48 dan DG44 masing-masing jika sekolah mereka mempunyai 10 kelas atau lebih dan sembilan kelas atau kurang.

Kelulusan kerajaan itu juga membabitkan 794 pengetua sekolah Tingkatan Enam bergred DG52 dan 116 pengetua sekolah menengah mempunyai 1,750 murid atau lebih (sekolah enrolmen 1,750) yang kini dikategorikan dalam gred sama. Baca baki entri ini »

Advertisements