Kementerian Pelajaran Kaji Bantuan Atasi Masalah Sekolah Kurang Murid

KUALA TERENGGANU, 18 Mei (Bernama) — Kementerian Pelajaran sedang mengenalpasti jumlah sekolah kurang murid (SKM) sebelum menentukan bentuk bantuan atau kaedah tertentu untuk menyelesaikan masalah itu.

Timbalan Menterinya Datuk Razali Ismail berkata penyelesaian mungkin membabitkan mencantumkan kelas, sistem pengajaran secara berkelompok dan mencari jalan meningkatkan jumlah murid.

“Antara strategi yang kita kenal pasti adalah mengadakan program mesra bersama ibu bapa bagi meningkatkan keinginan mereka menghantar anak ke sekolah kurang murid,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Perpustakaan Awam Terengganu, di sini hari Ahad.

Beliau berkata kebanyakan ibu bapa memilih untuk menghantar anak ke sekolah yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang menyebabkan banyak sekolah-sekolah baru tidak mendapat perhatian.

Katanya sekolah berkenaan dikategorikan sebagai SKM apabila bilangan muridnya kurang daripada 100 orang.

Razali berkata sekolah terbabit kebanyakannya terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak manakala di Semenanjung ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina.

Selain itu ada juga sekolah yang terletak di kawasan bandar yang dikategorikan sebagai SKM termasuk Sekolah Kebangsaan Paya Bunga yang terletak di tengah bandaraya Kuala Terengganu, katanya.

“Setiap sekolah menerima geran per kapita iaitu bantuan yang diberikan oleh kerajaan berdasarkan bilangan murid, jadi sekolah-sekolah seperti ini mendapat geran per kapita yang rendah,” katanya.

Razali berkata apabila geran per kapita yang diterima pihak sekolah rendah, kemudahan seperti alat bantuan mengajar dan perabut juga terhad dan ini sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak selesa.

Razali berkata walaupun jumlah SKM sangat sedikit tetapi pihak kementerian memandang serius perkara itu sejajar dengan usaha kementerian untuk merapatkan jurang antara pelajar cemerlang dan tidak cemerlang.

— BERNAMA

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 19 Mei 2008, in BICARA INSAN GURU, Isu Semasa, Keratan Akbar, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: