Beberapa Insentif Untuk Insan Guru…

Sempana sambutan hari guru pada tahun ini, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa insentif untuk insan guru dalam usaha untuk memperkasakan lagi profesion perguruan semasa merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 di sini Jumaat. Antaranya ialah :

kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah D.G.A 29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara “time-based” setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari D.G.41 kepada D.G.44. “Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di Gred D.G.A.29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di Gred D.G.41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman D.G.41. Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan satu hadiah kenaikan gaji.

bersandarkan kepada asas-asas pertimbangan sama iaitu menggalakkan guru melanjutkan pelajaran, kerajaan bersetuju meluluskan cadangan supaya guru Gred D.G.41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar, dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Gred D.G.44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada Gred D.G.41.

Abdullah berkata bahawa setelah menambah kuota jawatan lebih 300 peratus dalam Skim Guru Cemerlang pada tahun 2006, dan untuk memastikan jawatan itu dapat dinikmati segera oleh guru, kerajaan bersetuju untuk menambah baik beberapa syarat bagi skim itu.

Pertama, bagi pengisian jawatan guru cemerlang D.G.A.32 dari gred asal D.G.A.29 dan jawatan guru cemerlang D.G.44 dari gred asal D.G.41, syarat tempoh kelayakan dipendekkan dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar.

Kedua, bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat guru cemerlang di sesuatu gred, boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang.

Perdana Menteri berkata pada Hari Guru tahun lepas, beliau telah mengumumkan Skim Cemerlang baru iaitu Guru Besar Cemerlang D.G.A. 38 dengan sebanyak 1,700 jawatan.

Bagi membolehkan skim itu dinikmati oleh guru bukan siswazah secara meluas, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan 10 peratus daripada kuota sedia ada untuk diberikan kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan daerah dengan syarat mereka menunjukkan prestasi cemerlang.

Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan gred Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dari Gred D.G.48 ke Gred D.G.52 dan D.G.54, dan menyeragamkan struktur Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara dengan memansuhkan Pejabat Pelajaran Gabungan bagi Sabah dan Sarawak. “Selain kenaikan Gred PPD, penambahbaikan itu juga akan mewujudkan ratusan jawatan kenaikan pangkat baru untuk guru yang berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah,” katanya.

kerajaan juga bersetuju untuk mengembalikan bayaran insentif Perkhidmatan Kritikal kepada pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (ketukangan) dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (ketukangan) memandangkan terdapat kewajaran untuk menetapkan kedua-dua perkhidmatan sebagai perkhidmatan kritikal, berkuatkuasa Januari 2008.

kerajaan juga telah meluluskan cadangan penstrukturan baru Kementerian Pelajaran yang kali terakhir distrukturkan pada 1995.

Katanya peringkat awal kelulusan ini akan melibatkan pertambahan jawatan dan kenaikan gred bagi jawatan pengurusan tertinggi dan ketua bahagian dari Gred 54 hingga ke Jusa A.

Sebagai contoh, kesemua jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran kini diseragamkan pada Gred Jusa A berbanding sebelum ini yang berbeza pada Gred Jusa A,B,C dan D.G.54.

Abdullah berkata penambahbaikan dan penstrukturan semula itu disasarkan akan dapat memantapkan sistem penyampaian pendidikan di setiap peringkat.

Terdahulu, Abdullah berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memperkasakan profesion perguruan kerana ia penting untuk melahirkan modal insan terbaik yang diperlukan negara pada masa depan.

Beliau mahukan guru melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan untuk mendidik anak-anak dengan baik supaya mereka menjadi insan yang cemerlang termasuklah menjadikan sekolah tempat yang aman dan bahagia yang sentiasa mampu menarik minat pelajar untuk belajar.

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 Mei 2008, in ARTIKEL, BICARA INSAN GURU, Isu Semasa, PENDIDIKAN, Perkhidmatan. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. penyokongpaklah


    Kebanggan Malaysia: MALAYSIA MENGHASILKAN ROTI BABI

    KAU MASUK LA SINI
    http://www.youtube.com/watch?v=OYDvbfvEHBE

    KUIKUIKU..
    TU LAH KO SOKONG PARTI CILIKA TU BUAT APA HAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: