Ikan bagus untuk wanita hamil

Oleh Shukri Matt Ali

WANITA hamil atau wanita yang menyusukan bayi, sering dinasihati agar mengelakkan daripada mengambil makanan laut secara berlebihan.

Mereka perlu mengehadkan jumlah ikan yang dimakan kerana banyak spesies marin atau laut mungkin mengandungi paras plumbum yang tinggi yang boleh membahayakan kesihatan ibu, bayi atau janin.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, tanggapan konvensional itu digugat oleh satu organisasi yang mem perjuangkan hak ibu dan kanak-kanak yang menasihati wanita hamil dan ibu yang melahirkan anak agar makan lebih banyak ikan bagi memastikan perkembangan otak yang optimum di kalangan bayi mereka.
Saranan itu datangnya daripada Gabungan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Sihat Kebangsaan, kumpulan bukan ke rajaan di Amerika Syarikat, yang memberi tumpuan terhadap isu kesihatan kanak-kanak.

Penasihat saintifik kumpulan itu, Judy Meehan, yang juga Pengarah Eksekutif gabungan itu berkata, wanita hamil dan yang melahirkan bayi perlu memakan sekurang-kurangnya 12 auns ikan setiap minggu.

Sebelum ini, Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-uba tan Amerika Syarikat menasihati wanita hamil agar me ngehadkan pengambilan makanan laut mingguan mereka tidak melebihi 12 auns, atau kira-kira dua kali pengambilan saja dalam seminggu.

Walaupun kedua-dua pihak itu menyarankan wanita hamil selamat jika mengambil makanan laut sebanyak dua kali dalam setiap minggu, kebimbangan terhadap pencemaran plumbum dalam makanan laut menghalang kebanyakan wanita hamil memilih ikan untuk dimakan.

Penemuan terbaru menerusi kajian mutakhir menunjukkan asid lemak omega-3, yang kebanyakannya ditemui dalam isi ikan, amat penting bagi perkembangan otak janin dan bayi yang baru dilahirkan.

Awal tahun ini, satu laporan dalam jurnal perubatan The Lancet , merumuskan wanita yang memakan lebih daripada 12 auns ikan setiap minggu semasa hamil akan melahirkan anak yang lebih cerdik dan cepat dari segi perkembangan fikiran.

“Nasihat agar wanita hamil mengehadkan pengambilan makanan laut mungkin akan mengurangkan pengambilan nutrien yang perlu bagi perkembangan neurologi secara optimum,” kata sekumpulan saintis daripada Institut Ke sihatan Kebangsaan dan Universiti Illinois, Chicago pula.

Menurut Meehan, masalah sebenar dalam hal ini berkaitan dengan wanita yang mengurangkan pengambilan ikan dalam diet mereka.

“Oleh itu, jika mereka (wanita hamil) makan 12 auns hasil laut, ia lebih selamat, langkah yang wajar dan tiada siapa akan mempertikaikannya,” katanya yang mengetuai penyelidikan menggunakan geran Institut Perikanan Negara, sebagai lang kah membantu kempen pendidikannya.

Katanya, bagi wanita yang mahu mendapat faedah kesihatan tetapi bimbang mengenai kandungan plumbum dan racun lain dalam hidupan laut, langkah yang bijak memilih ikan yang mempunyai paras plumbum yang paling rendah.

Laporan terbaru dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika merumuskan faedah kesihatan yang amat kaya boleh di peroleh daripada ikan berminyak seperti ikan salmon, hering dan sardin, yang secara umumnya mengandungi plumbum yang rendah.

Antara ikan yang perlu dielakkan kerana mempunyai kadar plumbum tinggi ialah ikan yu, ikan layaran dan tenggiri.

Sumber : Harian Metro

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 15 Mei 2008, in ARTIKEL, BICARA KESIHATAN, Keluarga dan Masyarakat, Wanita Hari Ini. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: