Martabat lelaki berkahwin lebih tinggi di sisi Tuhan – Zahari Hasib

23 Mei 2008

MELANGSUNGKAN perkahwinan pada musim cuti sekolah sudah menjadi budaya di kalangan masyarakat kerana ingin memastikan semua ahli keluarga terutama yang jauh dapat sama meraikan majlis menerima ahli keluarga baru.

Dalam konteks kebudayaan, perkahwinan adalah satu cara hidup tetapi daripada kacamata Islam ia adalah fitrah dan ibadat. Perkahwinan tidak hanya berupaya memenuhi tuntutan naluri semula jadi manusia, malah menggalakkan kita memenuhi syariat Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya antara kamu rasa kasih dan sayang.” � (Surah al-Rum, ayat 21) Baca baki entri ini »

Advertisements

Semakan Ke Program Matrikulasi Bagi Pelajar Lepasan SPM Sessi 2008/2009

21 Mei 2008

Kepada Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih bagi pengambilan kedua program matrikulasi selama setahun boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila Klik di sini untuk menyemak bagi mengetahui kolej mana yang mereka ditempatkan.

Menurut laporan BERNAMA, Unit Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini berkata pelajar berkenaan dikehendaki menghubungi kolej yang ditetapkan bagi mendapatkan maklumat lanjut. Klik di sini untuk baca.

Para pelajar juga boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi dengan menelefon 03-88844100 pada waktu pejabat mulai esok bagi mendapatkan maklumat mengenainya, menurut kenyataan itu.


Islam haramkan rasuah kerana cetus kezaliman

21 Mei 2008

AMALAN rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa atau mengambil manfaat yang bercanggah dengan undang-undang dan moral manusia. Amalan rasuah adalah penyakit tertua manusia seperti juga pelacuran.

Menurut statistik Badan Pencegah Rasuah (BPR), pada 2007 sebanyak 590 tangkapan dibuat manakala pada Januari lalu saja 80 kes dilakukan. Apa yang membimbangkan ialah jika rasuah terus berleluasa, dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara.

Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar dalam perbelanjaan tetapi sumber kewangan sedikit, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan cepat, sifat tamak haloba dan amat meyakini mengamalkan rasuah dapat dielakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang. Baca baki entri ini »


Kenaikan gred perkhidmatan insentif memantapkan mutu pendidikan

19 Mei 2008

BEBERAPA insentif untuk warga pendidik sempena sambutan Hari Guru Jumaat lalu, diharap mampu memantapkan lagi profesion perguruan yang dilihat amat penting bagi membina modal insan negara. Kakitangan awam, termasuk guru menerima pelbagai galakan terutama lanjutan tempoh tahun persaraan yang diumumkan baru-baru ini.

Ia memperlihatkan kerajaan begitu serius dalam memastikan kebajikan kumpulan tenaga kerja terbesar di negara ini terus terjamin. Kini tiada alasan lagi bagi kakitangan awam untuk memberi perhatian khusus bagi meningkatkan tahap perkhidmatan kepada rakyat. Guru pula, khususnya, perlu meningkatkan usaha dalam memberi sumbangan yang bermakna kepada kemajuan pendidikan negara. Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkan sambutan Hari Guru di Melaka itu, kerajaan mengambil kira pengalaman mengajar guru ketika dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara ‘time based’ selepas berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 ke DG44. Sejumlah 20,000 guru layak untuk kenaikan pangkat. Baca baki entri ini »


Kementerian Pelajaran Kaji Bantuan Atasi Masalah Sekolah Kurang Murid

19 Mei 2008

KUALA TERENGGANU, 18 Mei (Bernama) — Kementerian Pelajaran sedang mengenalpasti jumlah sekolah kurang murid (SKM) sebelum menentukan bentuk bantuan atau kaedah tertentu untuk menyelesaikan masalah itu.

Timbalan Menterinya Datuk Razali Ismail berkata penyelesaian mungkin membabitkan mencantumkan kelas, sistem pengajaran secara berkelompok dan mencari jalan meningkatkan jumlah murid.

“Antara strategi yang kita kenal pasti adalah mengadakan program mesra bersama ibu bapa bagi meningkatkan keinginan mereka menghantar anak ke sekolah kurang murid,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Perpustakaan Awam Terengganu, di sini hari Ahad. Baca baki entri ini »


Rupa ketika marah lebih buruk daripada perlakuan haiwan

18 Mei 2008

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala ten teranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu: Baca baki entri ini »


Saranan Guru Ambil Pelajar Bermasalah Jadi Anak Angkat

18 Mei 2008

Memandangkan masalah disiplin pelajar kini amat membimbangkan semua pihak, hari ini guru disaran mengambil pelajar yang mempunyai masalah disiplin sebagai anak angkat dalam usaha membantu dan mendidik pelajar berkenaan.

Langkah ini disarankan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, dan beliau yakin pendekatan itu akan dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Baca baki entri ini »