Islam dan Muslim

Assalamulaikum wbt…Sesungguhnya konsep Islam itu mengandungi dua unsur terpenting. Kedua unsur itu ialah :

Pertama : Kepercayaan penuh dan mutlak keesaan Allah.

Kedua : Kesanggupan penuh dan mutlak untuk menerima dan melaksanakan segala ajaran dan perintah Allah yang Maha Esa.

Dengan kedua2 unsur ini, ternyatalah bahawa konsep Islam adalah lengkap dan sempurna kerana ia berdasarkan iman mutlak atau kepercayaan yang teguh, kukuh serta pelaksanaan hukum Allah dalam kehidupan seharian bagi menjaminkan kebahagiaan dan keadilan masyarakat manusia di dunia dan kebahagiaan, keselamatan dan kesejahteraan yang mutlak dan abadi di akhirat nanti.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 3 maksudnya :

Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redha akan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Seseorang yang benar2 beragama Islam ialah orang yang bersungguh2 menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Maha berkuasa. Penyerahan bulat dan mutlak kepada Allah bererti kita mengaku hanya satu kuasa iaitu kuasa Allah sahaja. Segala aspek kehidupan dan kematian kita adalah semata2 kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-an’am ayat 162 dan 163 yang bermaksud :

Katakanlah sesungguhnya solatku, dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam, tiada sekutu baginya dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku ) adalah orang Islam yang pertama (berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahnya).

Di dalam ayat di atas kita perhatikan bahawa perkataan ” al-muslimin ” iaitu suatu istilah yang di gunakan khas oleh al-Quran sebagai sifat atau gelaran hanya bagi orang2 yang berpegan teguh kepada konsep ” ISLAM ” yakni berserah bulat dan mutlak kepada Allah SWT dan kekuasaannya.

Penyerahan yang mutlak, padu dan bulat itu adalah membawa makna patuh menurut perintah Allah dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggal dan menjauhi diri daripada segala larangan dan tegahan, serta tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah Allah perintah dan hukumkan ke atas mereka.

Firman Allah SWT lagi dalam surah an-Nisa’ ayat 65 yang bermaksud :

Maka demi Tuhanmu ( wahai Muhammad ) mereka tidak di sifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana2 perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak pula merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Di dalam al-Quran Allah telah menceritakan kisah nabi Ibrahim dan nabi Yaacub a.s mengingatkan anak2 mereka agar memilih Islam sebagai agama pegangan mereka hingga ke akhir hayat kerana penyerahan, kepatuhan dan ketaatan mengikut Islam sahajalah yang menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Konsep Islam ialah konsep tunggal yang diterima oleh Allah SWT dan penganut2nya adalah tergolong mereka yang berjaya dan beruntung yang disediakan oleh Allah SWT segala nikmat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Kesimpulannya KALAMKU mengajak…Marilah kita mempastikan bahawa dua unsur iaitu pertama kepercayaan penuh, padu dan mutlak kepada keesaan Allah dan yang kedua iaitu kesanggupan penuh, padu dan mutlak untuk menerima dan melaksanakan segala ajran, undang2, peraturan dan perintah Allah yang Maha esa dapat dilaksanakan di dalam kehidupan seharian. Dengan ini sahajalah mudah2an kita, keluarga dan umat Islam seluruhnya sentiasa berada di dalam taufiq, hidayat dan inayah (pertolongan) Allah di dunia dan di akhirat.

WALLAHU A”LAM..=== https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 24 April 2008, in ARTIKEL, Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: