Kenser Payudara- Pembunuh Nombor Satu Wanita

Oleh Dr Jamaludin Yusak-SALAH satu penyakit yang amat digeruni di kalangan kaum wanita di dunia, termasuk Malaysia, ialah kanser payudara.

Walau bagaimanapun, penyakit payudara tidak terhad kepada kanser sahaja. Payudara juga terdedah kepada pelbagai penyakit lain seperti:

1. Fibrocystic Myopathy

* Walaupun ia kerap berlaku dengan peningkatan umur, penyakit ini lebih ketara di kalangan golongan muda.

Pesakit selalunya berasa kesakitan pada payudara terutamanya sebelum kedatangan haid.

Selalunya pesakit akan berasa ketulan kecil di dalam payudara tanpa ketulan biji yang sebenar.

Ini berpunca daripada percambahan (hyperplasia) tisu payudara terutama sebelum kedatangan haid.

2. Jangkitan kuman

*Jangkitan kuman berlaku sama ada secara akut atau kronik. Jangkitan akut termasuklah bisul payudara dan mastitis. Jangkitan kronik yang biasa dikesan adalah Tibi payudara.

3. Ketumbuhan dalam payudara

*Ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

i. Benign – ketumbuhan ini membesar tetapi tidak merebak ke bahagian lain badan. Contohnya seperti penyakit Fibroadenoma, fat necrosis, granular cell myoblstoma.

ii. Malignant – ketumbuhan ini merebak dan membiak ke lain-lain bahagian badan dan sekiranya dibiarkan akan membawa maut.

Terdapat banyak jenis ketumbuhan dalam payudara tetapi kanser payudara adalah penyakit terunggul dalam golongan ini.

* Kanser payudara

Kanser payudara didefinasikan sebagai kedapatan ketumbuhan yang terbukti malignant di dalam payudara. Ini untuk mengasingkan kanser payudara dengan ketumbuhan lain yang kerap berlaku di dalam payudara.

*Punca

Seperti kebanyakan kanser, punca penyakit kanser payudara masih samar. Walau bagaimanapun, ia ada berhubung kait dengan hormon wanita dan warisan genetik. Mengikut rekod, wanita yang tidak mempunyai ovari, ovari yang tidak berfungsi atau wanita yang tidak menjalani rawatan Terapi Hormon Gantian (HRT) tidak mendapat kanser payudara. Walaupun 99 peratus kanser payudara berlaku di kalangan wanita, terdapat satu peratus kalangan lelaki yang menghidap kanser payudara.

Di negara Barat, purata 185,000 wanita mendapat kanser payudara setiap tahun. Dari bilangan ini 43,500 meninggal dunia setiap tahun akibat kanser berkenaan. Kemuncak kejadian berlakunya kanser payudara pula adalah kepada golongan dalam lingkungan umur 45 hingga 50 tahun dan 55 hingga 60 tahun.

Di Malaysia, keadaannya sedikit berbeza. Mengikut Daftar Kanser Negara, purata 4,000 wanita menghidap kanser payudara setiap tahun dan kadar ini turut menunjukkan peningkatan setiap tahun. Di dalam satu kajian pada tahun 2000, terdapat 3,825 wanita penghidap baru kanser payudara. Ia meningkat ke 4,337 pada 2002. Daripada bilangan ini, hampir 2,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat kanser tersebut.

Kanser payudara kerap berlaku di kalangan kaum Cina (59.7 peratus), diikuti India (55.8 peratus) dan Melayu (33.9 peratus) bagi setiap 100,000 penduduk negara ini. Daripada bilangan ini, insiden kematian akibat kanser payudara paling banyak berlaku di kalangan kaum Melayu (54 peratus) berbanding dengan Cina (37 peratus) dan India 43 peratus).

Ini mungkin disebabkan sebilangan wanita Melayu kurang menjalani ujian saringan (mammogram), kurang menjalankan pemeriksaan payudara sendiri di rumah dan hadir pada peringkat lewat kanser berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Di Malaysia kanser payudara berlaku di kalangan mereka di bawah umur 50 tahun dan mencapai kemuncaknya di kalangan wanita pramenopaus. Walau bagaimanapun kanser payudara juga biasa berlaku di kalangan wanita berumur 20 tahun ke atas.

Tanda-tanda penyakit

*Ketulan atau biji – kebiasaannya pesakit kanser payudara datang apabila terasa ketulan atau biji di dalam payudara atau sekitar kawasan ketiak

*Perubahan bentuk dan rupa kulit payudara

*Cecair yang tidak biasa keluar, termasuk darah, keluar dari puting susu

*Kesakitan payudara (sekiranya kanser, ia adalah lewat)

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti yang tersebut di atas, segeralah berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan kepastian. Kebiasaannya doktor akan memeriksa payudara tersebut secara manual untuk memastikan adanya tanda-tanda penyakit. Seterusnya, beberapa pemeriksaan makmal atau imbasan juga akan dijalankan bagi memastikan jika ianya kanser atau bukan.

Pemeriksaan saringan

Imbasan

*X-ray mammografi – ini selalunya dilakukan untuk kanser tidak ketara

*Optical and doppler ultrasound, untuk membezakan ketulan biji air (cyst) atau pejal (daging)

*Diaphanography (transillumination payudara), bagi melihat ciri perbezaan dalam tisu payudara

*Thermography – mengukur suhu payudara (suhu selalu meningkat di kawasan kanser)

*Magnetic Resonance Imaging (MRI)

*Imbasan Radionuclide

Pemeriksaan makmal

1. Pemeriksaan darah – doktor akan menjalankan beberapa pemeriksaan darah secara rutin untuk mengkaji status organ dalaman.

Walaupun terdapat beberapa bahan kimia penanda untuk kanser di dalam darah (tumor markers), kepastian kegunaannya masih disangsikan.

2. Pemeriksaan sitologi. (Fine Aspiration Needle Biopsy). Ia dilakukan dengan mengambil sedikit contoh sel dari ketumbuhan untuk pemeriksaan mikroskop. Ini adalah cara terbaik untuk mendapatkan diagnosis tepat untuk kanser dan patut dilakukan ke atas setiap ketumbuhan dalam payudara.

Semua pemeriksaan yang dilakukan adalah untuk dua tujuan iaitu:

1. Mengenal pasti penyakit

2. Mengenal pasti peringkat penyebaran penyakit (staging)

Rawatan kanser payudara

Kejayaan sesuatu kaedah rawatan itu berdasarkan peringkat kanser pesakit ketika mula datang untuk mendapatkan rawatan. Peringkat 0,1 dan 2 adalah peringkat awal. Pesakit dalam peringkat-peringkat ini mempunyai peluang yang lebih besar untuk hidup lebih lama selepas kanser dikesan, berbanding peringkat 3 dan 4 yang dikira peringkat lanjutan yang agak lambat dikesan.

Cara rawatan kanser payudara telah berkembang dan hasilnya kini semakin memberangsangkan. Berdasar statistik, di negara maju 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.

Jangka hayat pesakit kanser payudara di kalangan bangsa Melayu adalah pendek (66 peratus) berbanding dengan kaum Cina (63 peratus) dan India (57 peratus). Ini disebabkan kebanyakan pesakit bangsa Melayu datang mendapatkan rawatan apabila kanser sudah di peringkat 3 atau 4.

Pada masa ini, terdapat tiga kaedah rawatan kanser payudara yang diterima umum. Rawatan ini selalu digandingkan antara satu sama lain untuk memberi kesan yang maksimum dalam membunuh sel kanser.

1. Pembedahan – dilakukan untuk membuang seberapa banyak tisu kanser dan juga memberi peluang untuk rawatan gandingan lebih berkesan. Pembedahan yang kini digunakan dalam dunia perubatan adalah:

a. Segmentectomy – sebahagian payudara bersama kanser dibuang. Ia selalu digandingkan dengan rawatan radiasi. Sesuai untuk kanser kecil kurang dari 5sm.

b. Mastectomy Penuh – sama ada berbentuk mastectomy mudah, mastectomy ubah suai atau mastectomy radikal. Ia berdasarkan berapa banyak tisu sekeliling kanser, termasuk nodus limfa di ketiak, dibuang bersama kesemua payudara tersebut.

2. Radiasi – ini selalunya dilakukan kepada payudara selepas pembedahan untuk memastikan pemusnahan semua sel kanser.

3. Ubatan – rawatan ubatan untuk kanser lebih berbentuk rawatan seperti kemoterapi dan terapi hormon.

Di negara maju keberkesanan rawatan merangkumi sehingga 80 hingga 85 peratus kerana kebanyakan pesakit menerima rawatan di peringkat awal. Setakat ini, belum ada bukti saintifik yang kukuh mengaitkan pemakanan bahan atau ubat tertentu dapat menghindar kanser payudara. Apa yang pasti, peningkatan tahap kesedaran dan menerima rawatan awal untuk kanser payudara dapat memberi harapan untuk kehidupan seperti biasa. Diharapkan kesedaran mengenai pentingnya pengesanan dan rawatan awal dapat diterapkan di kalangan wanita di Malaysia.

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 19 April 2008, in ARTIKEL, BICARA KESIHATAN, Keluarga dan Masyarakat, Wanita Hari Ini. Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. terimakasih atas info yang sangat lengkap ini,, semoga berguna untuk banyak wanita di dunia..

  2. mohd zairi b ab aziz

    isteri saya menghidap kenser payuara stage 2 grade 3.Pada ketika ini sedang menjalani rawatan kemoterapi proses yang ke-6, sebelum ini telah menjalani pembedahan membuang sebelah payudara dan kelenjar di bahagian bawah ketiak,isteri saya berumur 26 thn, pada mulanya kami telah memebuat pemeriksaan awal di pertubuhan kanser malaysia ,pada masa itu baru berukuran 2cm dan pakar yang membuat pemeriksaan memogram megatakan itu cuma ketulan cecair sahaja dan tidak perlu berbuat ape2 nanti die akan hilang sendiri dan die kate datang periksa 6 bln sekali,pada masa itu isteri saya mngandung 2 bualan,selepas sebulan kemudian ketulan menjadi semakin besar dan sakit kami pergi semula ke pertubuhan kenser dan buat memogram ketulan dah jadi 5cm terkejut mamat tu die suruh isteri saya buat bioksi (rase nak bunuh je mamat tu sakit hati saya).selepas itu saye nekad tak nak pegi goverment punye sevis saye terus bawak isteri saye pegi hospital pantai buat bioksi dan buat memeogram komfirm kenser stage 2 gred 3.sakit hati tak terkata kat mamat pertubuhan kenser malaysia.saye ade soalan selepas menjalani pembedahan,rawatan kemoterapi dan radioterapi adakan pesakit akan sembuh sepenuhnya dan kembali kepada kehidupan normal???

  3. kakak saya menghidap kanser payudara. dia telah mengesan awal tetapi tidak melakukan pembedahan malah mencuba rawatan tradisional. setelah lama mencuba nasih tidak berkesan. tangan beliau telah bengkak. adakah ada harapan untuk sembuh dan kanser itu pada tahap apa..

    • InsyaAllah dgn teknologi nano. 100% herba. Ada sijil KKM, JAKIM & GMP. InsyaAllah, kesan yg agak cepat. InsyaAllah dlm 4 hari yg pertama boleh stop merebak.
      Kos:
      Bulan pertama : RM 800
      Bulan kedua dan seterusnya: RM 600

      Sembuhnya barah tersebut bergantung kepada thpnya dan penerimaan badan. InsyaAllah…yg menyembukan Allah..bukan ubat.
      Tlg call saya jika berminat. 0194762661.

      JazakAllah.

  4. terima ksh atas info yg sgt baik ini

  5. perubatan kanser payudara secara traditional??
    Pada mulanya saya sukar untuk menerima hakikat adanya perubatan kanser payudara secara tradisional… tapi, itulah hakikatnya…kalau tidak kerana anak saya yang dijangkiti kudis malam ( ibu mertua saya kata kudis baik).. saya pun tak pasti sakitnya…Cuma yang saya tahu, anak saya yang baru berusia 1 tahun 3 bulan hanya tahu menangis dan dia hanya mampu menjelingkan matanya sahaja apabila dipanggil… dia tidak boleh menoleh ke kiri atau ke kanan… sangat kesian. Saya hanya mampu mengalirkan airmata apabila dia menangis… saya tahu dia menangis kerana dia terlalu sakit.
    Dari klinik ke hospital, dari HA ke pakar kulit.. semuanya sia2 sahaja.. kudisnya usahkan sembuh tapi semakin merebak dan berair…
    Setelah saya membawa anak saya ke rumah anaknya seorang ustaz di kampung ibu mertua saya (pasir mas Kelantan),anak ustaz tu, perempuan… dan baru berusia 26 tahun. Nani namanya. Sungguh tak terduga, dalam masa 3 hari sahaja semua kudis tu hilang dan saya dapat mendengar kembali suara gelak tawa si kecil saya yang tercinta. Alhamdulillah. Kata ibu mertua saya… Nani tu, barah pun dia boleh
    Selang beberapa bulan…
    Saya ke hospital melawat saudara di hospital…saya bertembung dengan seorang kawan lama ..dia sedang menerima rawatan di hospital…selepas bertegur sapa…pertemuan kami hanya sampai di situ.
    Tidak lama kemudian, saya dapat tahu bahawa dia sedang menderita barah payudara… atas izin Allah saya telah berjumpa dengannya lagi… saya juga sempat menyarankannya untuk ke rumah Nani. Dia bersetuju dan kami segera ke sana tanpa banyak alasan.
    Di rumah Nani..kawan saya menerima rawatan yg sama seperti anak saya… Cuma, Nani memberitahu kawan saya supaya datang lagi. Katanya barah kene buat 3 kali. Alhamdulillah… setelah beberapa minggu… saya menerima telefon dari kawan saya mengatakan dia sudah sihat dan berterima kasih sebab membawanya ke rumah Nani. Saya seperti tidak percaya dan ingin berjumpa dengannya. Ternyata benar.. setelah berjumpa dengannya, Alhamdulillah.. dia betul2 dah pulih.
    Semuanya dengan izin Allah juga.. berikhtiarlah

    • boleh bg alamatnya sbb saya nak gi berubat .tk

      • Puan Rosnani tinggal kat mana? Kalau nak alamat Nani tu, saya tak tahulah pulak alamat penuhnya… rumah kampung…. Kalau nak saya tunjukkan jalan ke rumahnya, insyaallah saya boleh tunjukkan… Ni no phone sy 0199573733.
        Nnt bleh kita jumpa dan saya boleh tolong tunjukkan rumah nya. Insyaallah.

  6. sya mimi,nk tanye sbb sy rasa ada ketumbuhan kecil kt bwh ketiak pd mulanya ingatkan gatal biasa je tp skrg dh mbsr sikit dn terasa ada berdenyut kt payuara kiri,tangan sblh kiri gak terasa sakit….sekali sekala.tp sy msh x membuat pemeriksaan…apa ka ni tanda2…apa yg harus sy lakukan…

  7. Assalamualaikm.. sy Nurul brasal dr kedah. nenek sy mngalami kanser payudara tahap 4.. stelah baca coretan puan. sy bhajat nk ke sana, blh sy tahu, dimana lokasinya? dan ada sesapa yg tahu tntang perubatan payudara tahap 4, tolonglh hubungi sy..017- 5767577. trm kasih……

    • salam… kalau cik nurul nak cuba berubat dengan Nani yang ciktie ceritakan kat atas tu… kene dtg Kelantanlah.
      Ciktie tinggal kat Kota Bharu… kalau nak cuba berubat dengan Nani tu, ciktie boleh tlg tunjukkan rumahnya (Pasir Mas)
      Hanya membantu dengan ikhlas
      wassalam

  8. adakah simptom ketulan/biji di sekitar ketiak tu berasa sakit? sebab saya kadang-kadang timbul jerawat di sekitar ketiak. tp kali ni timbul biji lebih besar kalo nk bandingkan dengan ketulan jerawat… adakah ini perupakan simptom kanser payudara..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: