Kenapa Umat Islam Berpecah?

Assalamualaikum wbt..Kalau di kaji sejarah dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan maksud untuk menegakkan agama Islam, ianya adalah merupakan satu perjuangan paling gigih, paling hebat, paling besar, paling berani dan paling sabar dan tidak dapat di gambarkan tentang kegigihan, kehebatan, kebesaran, keberanian, dan kesabaran Baginda SAW.

Telah menjadi satu kenyataan bahawa Islam itu merupakan suatu agama yang terbesar di dunia, kebesaran Islam itu membuktikan kejayaan Baginda SAW dengan sokongan para sahabat, para ulama yang terkemudian darinya.

Islam yang berjaya ditegakkan oleh Baginda bukan sahaja membawa berita baik kepada orang2 yang beriman dan bertaqwa, bahkan menjadi suatu rahmat kepada sekalian alam, dengan itu Baginda juga telah berjaya menyatupadukan seluruh umat Islam. Baginda SAW telah menyedari hakikat penyatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia ada hubungkaitnya dengan kedudukan dan maruah Islam itu sendiri. Oleh itu, penyatuan umat Islam yang ditunjukkan oleh Baginda SAW di antara kaum ansar dan muhajirin di Madinah adalah menuju ke arah itu. Dan ianya merupakan satu contoh teladan yang wajar dan perlu sekali di terapkan sebagai falsafah hidup umat Islam.

Pendapat ahli sejarah, penyatuan kaum ansar dan muhajirin itu adalah satu dakwah utama Baginda, sekiranya penyatuan ini tidak wujud kemungkinan perkembangan Islam tidak sehebat seperti sekarang ini. Oleh itu, melalui kalam ini ditegaskan lagi, umat Islam yang ada sekarang adalah sebagai penyambung tugas2 penyatuan yang telah diterokai oleh Baginda SAW itu, penyatuan yang serupa ini bukanlah setakat pada zaman ini sahaja, tetapi ianya amat penting dan perlu di hidupkan semangat penyatuan itu sepanjang zaman.

Seperti mana yang telah kita semua ketahui dan telah ada bukti yang nyata, iaitu sesudah wafatnya Baginda SAW, perpecahan dikalangan umat Islam semakin menjadi2 ianya terus berlaku sehinggalah sekarang ini, seolah2 usaha Baginda SAW yang cintakan penyatuan itu dilupakan begitu sahaja.

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran, Surah Ali Imran Ayat : 103 yang bermaksud :

Dan berpegang teguhlahkamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatlah kurniaan tuhan kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh2an lalu dipersatukannya hati kamu (dalam Islam) sehingga dengan kurniaan tuhan itu, kamu menjadi bersaudara.

Sepatutnya ingatan ini kita terus kekalkan, tetapi malangnya perpecahan dan perselisihan dikalangan umat Islam terus berlaku, di antara punca perpecaha yang berlaku , sesudah wafat Baginda SAW adalah berpunca dari i’tiqad (kepercayaan). Kerana seolah2 masing2 mahu menunjukkan kebenaran i’tiqadnya. Untuk menuju kepada penyatuan, akidah kepercayaan juga kepada perpaduan di dalam masyarakat yang di bentuk di bawah falsafah Ikhwanul Islamiah (persaudaraan Islam yang tulin). Maka umat Islam hendaklah kembali kepada al-Quran dan Hadits Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Telah aku tinggalkan bagi kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat buat selama2nya jika kamu berpegang teguh atau berpandukan kepada keduanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasulnya.

Baginda telah mewariskan kepada umatnya al-Quran dan as-sunnah untuk menjadi perlembagaan hidup manusia, tetapi kerana ada golongan manusia yang mengutamakan pengaruh pangkat dan kedudukan, masalah soal2 i’tiqad itu tidak di cari penyelesaiannya dengan cara yang dianjurkan oleh Allah SWT. Seperti perselisihan yang berlaku sekarang dalam kalangan umat Islam adalah semata2 kerana muslihat dan kepentingan diri semata2.

Di negara kita ini, terdapat golongan yang semata2 bagi muslihat dan kepentingan sendiri telah menimbulkan keraguan yang mana ekoran daripada itu telah membawa perpecahan dan persengketaan serta krisis kepercayaan di kalangan umat Islam, seperti membahagikan golongan ulama itu kepada 3 golongan :

1. Ulama Tulin

2. Ulama Politik

3. Ulama Kerajaan

Padahal perbuatan itu amat dikutuk oleh Allah SWT kerana Islam menyeru kepada perpaduan, penyatuan dan ikhwan Islamiah dan bukan kepada perpecahan, persengketaan, perkelahian, pergaduhan, permusuhan dan hasad dengki.

Sebagai kesimpulannya, memandangkan perlu dan penting perpaduan, penyatuan dan persaudaraan untuk menjamin maruah umat Islam, amat wajarlah semua umat Islam kembali kepada al-Quran dan Hadits yang sentiasa menyuruh dan menyeru kepada perkara2 di atas, dengan meninggalkan segala persengketaan, perpecahan, perkelahian, pergaduhan, permusuhan dan hasad dengki , serta bersatu di bawah lambang dua kalimah syahadah.

WALLAHU A’LAM…

Advertisements

3 Responses to Kenapa Umat Islam Berpecah?

  1. Hikmatun berkata:

    Salam alaikum w.b.t… amat bagus artikel saudara ini. Sebab itu lah ada hadith menyebut

    Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

    Maka jika undang2 yang kita pakai dah tidak ikut HUkum Allah, maka sudah tentu akan berlaku banyak perselisihan pendapat dan tidak sehaluan. Kerana undang2 yang dipakai adalah buatan manusia, maka tidak sesuai dengan FITRAH manusia. Yang sesuai dengan FITRAH manusia hanya HUKUM ALLAH yang disebut dalam Quran dan Hadith, tetapi kita tidak mahu pakai, isy7

    Tetapi jika kita pakai HUKUM ALLAH, siapakah yang berani menentang HUKUM ALLAH itu di kalangan umat Islam kita ini? Maka kalau berani juga, itu lah mereka yang melampaui batas. Kerana itu jika kita pakai HUKUM ALLAH , insyaALLAh kita akan bersatu, kerana semua kita orang Islam tidak boleh menyangkal lagi dengan HUKUM ALLAH. Peace and justice for all. Wallahu a’lam 🙂

    Like

  2. Musaddad berkata:

    Wslm…Syukran di atas pendapat saudara/i hikmatun. Itulah harapan, perjuangan & cita2 kita sebagai hamba ALLAH. Semoga “TERTEGAKNYA HUKUM ALLAH” di muka bumi ini..

    Like

  3. hotman sinaga berkata:

    Umat islam terpecah bahkan saling bunuh karena dari awal umat islam tidak menghayati kasih, yaitu dimulai dari keluarga,kelompok, dan negara,bahkan ada agama islam tidak boleh beribadah dinegeri ini, seolaholah orang yang merusak itu adalah Tuhan,itu hanya salah satu, masih banyak lagi contoh misalnya doyan kawin dan cerai, baru kawin 4 hari udah bubar, terus kawin lagi, dengan demikian Tuhan akan marah, sehingga saran agar sama sama maju marilah kita saling mengasihi, jangan saling membunuh.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: