Wilders Bebas Kritik Islam- Mahkamah Belanda

Ini adalah keputusan Mahkamah Belanda hari ini berkaitan isu filem FITNA.

AMSTERDAM 7 April – Mahkamah Belanda hari ini memutuskan bahawa Geert Wilders boleh membuat kritikan terhadap Islam termasuk membandingkan agama itu dengan fasisme serta Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang yang tidak bertamadun atas alasan “kebebasan bersuara”.

Pertubuhan Warga Islam Belanda (NIF) sebelum ini mengemukakan permohonan agar mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Ahli Parlimen itu kerana membuat perbandingan yang dianggap menghina agama dan umat Islam.

NIF turut cuba mendapatkan perintah mengharamkan penayangan filem Fitna yang dianggap menghina Islam.

Bagaimanapun, filem itu telah ditayangkan sebelum mahkamah mendengar pemohonan tersebut.

“Apa yang dilakukan oleh Wilders tidak dilihat sebagai satu kesalahan. Kebebasan bersuara adalah faktor utama penghakiman ini,” tegas mahkamah.

Menurut kertas penghakiman, apa yang dilakukan Wilders menerusi perbandingan itu, tidak akan menyemarakkan keganasan dan setiap Ahli Parlimen perlu berani menyatakan pandangannya walaupun ia kelihatan keterlaluan.

Wilders telah membangkitkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia dengan menayangkan Fitna, filem pendek yang memburukkan Islam serta menghina kitab suci al-Quran.

“Saya percaya dalam perdebatan politik adalah perlu menyatakan keadaan bahaya akibat proses Islamisasi di Barat serta di Belanda.

“Saya tidak pernah merasakan telah pergi melampaui batas tentang hal ini,” kata Wilders pemimpin Parti Kebebasan (PVV) yang menguasai sembilan dari 150 kerusi di Parlimen Belanda.

Tunjuk perasaan di beberapa negara Islam mendesak Wilders dihukum bunuh.

( Sumber Berita : Utusan )

Kalamku Berbicara lagi hari ini…

Kepada saudara/saudari, Muslimin & Muslimah yang seagama denganku..

Mungkin ketika ini anda juga merasakan apa yang aku rasa… Apabila agama kita di hina dan diperlekehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kita pasti merasakan sesuatu dalam diri kita. Marah, benci dan sedih sebab begitu mudah musuh2 laknatullah menghina dan mencaci agama kita.

Di atas alasan “KEBEBASAN BERSUARA” tidak ada apa2 tindakan yang di ambil di atas perbuatan jahat mereka. Suara2 yang bebas tanpa tindakan inilah kita perlu berhati2 & berwaspada..Mungkin slps ini apa pula mereka lakukan untuk menjatuhkan maruah Islam.

Kebebasan bersuara ada tahapnya..Kalau sudah menghina al-Quran (Kitab Suci Panduan Hidup Umat Islam), menghina Nabi Muhammad SAW dan menghina seluruh umat Islam di dunia ini, ini bukan kebebasan tapi sudah tahap melampau. Tidak menghormati & memikirkan sensitiviti umat Islam seluruhnya, apakah ini di katakan kebebasan bersuara.

Saudara/saudari..Muslimin & Muslimah yang budiman….

INGATLAH!!! Dengan kebebasan bersuara ini juga mungkin pengharaman filem itu ditarik balik dan penayangannya tidak di haramkan lagi..Hal ini sangat membimbangkan kita, bila filem ini tiada sekatan lagi bila2 masa boleh masuk ke dalam rumah kita terutamanya melalui internet. Oleh itu awasilah anak2 kita ketika mereka melayari internet. Bagi anak kita yang sudah faham dengan Islam tidak mengapa, mereka sudah boleh fikir yang mana baik & buruk, yang mana betul & yang mana salah. Tapi yang membimbangkan kita ialah anak yang tidak tahu apa2 lagi tentang Islam. Maklumlah dunia sekarang makin canggih budak umur 6 tahun pun sudah pandai buka internet. Apabila mereka tengok filem itu, takut mereka fikir macam2 dan sebagainya….itu yang kita risaukan. Sama2lah kita berdoa agar anak2 kita terhindar dari perkara2 yang boleh merosakan akidah mereka..Ameen..

Inilah tektik mereka nak menghancurkan Islam, oleh itu berhati2lah dengan tipu daya mereka (musuh2 Islam) ini..Target mereka adalah untuk merosakan minda dan akidah anak2 muda kita. Kita tengoklah sekarang ini, berapa ramai pemuda/pemudi kita yang mindanya hanyut dengan arus kebaratan. Aku teringat kata2 Imam Al-Ghazali dalam sebuah kitabnya, tapi aku lupa nama kitab itu..Dia berkata ” Kalau nak tengok masa depan negara, tengoklah kepada pemuda/pemudinya”. Aku rasa saudara/saudari, Muslimin & Muslimah pun boleh fikir sekiranya tengok kepada pemuda/pemudi kita pada hari ini.

Akhir kalam dariku..FIKIR2KANLAH & RENUNG2KAN MOGA2 KALAMKU YG RINGKAS INI BISA MENJADI AMAL JARIAHKU NANTI…AMEEEN… WALLAHU A’LAM..

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 8 April 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar and tagged , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. alhamdulallah ada yang masih sensitif dengan isu ini.ini bermaksud roh islam masih subur dalam jiwa manusia..kita guna kebebasan bersuara kita untung menyekatkan filam yang melampau ini..filem ini bukan kebebasan bersuara tapi filam yang memburukkan islam,melampau dan ini adalah tektik jahat golongan kafir yang dari dulu lagi tidak senang dengan perkembangan islam.mereka semakin berani menghina kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan hidup umat islam..mereka adalah musuh islam yang terang.sama-sama lah kita berhati-hati wahai umat islam dengan dakyah jahat mereka ini…wslm

    BERMACAM2 TIPU DAYA, MUSLIHAT DAN TEKTIK PIHAK KAFIR UNTUK MEJATUHKAN ISLAM. OLEH ITU, BERHATI2LAH JGN SAMPAI KITA TERPEDAYA DENGAN GOLONGAN INI…TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!!

  1. Pingback: Bila Adi Melalut » Blog Archive » Fitna Menghina Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: