Sufiah Akhirnya Buat Pengakuan


GADIS yang pernah menggemparkan dunia kerana memasuki Universiti Oxford ketika berumur 13 tahun pada 1997, Sufiah Yusof membuat pengakuan mengejutkan berhubung kerjayanya sebagai teman sosial dan jual tubuh.

Dalam temu ramah dengan akhbar News of the World yang disiarkan semalam, Sufiah membuat pengakuan itu selepas akhbar yang sama mendedahkan dia bekerja menjual tubuh dengan bayaran £130 (RM828) sejam pada 29 Mac lalu.

Dia yang memiliki wajah menarik itu mendakwa kehidupan menjual tubuh adalah lebih glamor berbanding ketika dia pergi ke Universiti Oxford.

“Pelanggan saya melayan saya seperti seorang puteri. Seorang lelaki yang saya temui di London membawa saya membeli-belah di Bond Street.

“Dia membeli saya sehelai pakaian hitam Gucci yang berharga £700(RM4,461) dan kemudian membawa saya ke Selfridges dan memberitahu saya supaya memilih mana-mana beg tangan yang saya suka,” kata Sufiah.

“Saya memilih sebuah beg tangan Gucci berharga £600 (RM3,824). Saya berasa seperti Julia Roberts (aktres) dalam filem Pretty Woman,” tambahnya.

Menurutnya, selepas itu, mereka pergi makan malam di mana dia memakai pakaian Gucci.

Sufiah sebelum itu bekerja sebagai seorang pembantu pentadbiran dengan memperoleh gaji £16,000 (RM101,976) setahun di Manchester apabila seorang bos agensi teman sosial mendekatinya di sebuah bar empat bulan lalu.

Ketika itu, Sufiah mempunyai hutang tertunggak kad kredit dan sewa sebanyak £3,500 (RM22,307).

SUFIAH (tengah) bergambar bersama bapanya, Farooq dan kakaknya, Aisha pada tahun 1997 di Universiti Oxford.

Ganjaran besar yang dijanjikan oleh bos agensi itu cukup menggoda dirinya.

“Saya sudah belajar bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun saya mahukan kegembiraan,” katanya.

Sufiah mengaitkan dirinya dengan watak pelacur dalam sebuah drama televisyen, Belle De Jour yang dilakonkan oleh aktres Billie Piper.

“Saya pernah membaca diari De Jour iaitu seorang gadis teman sosial di London dan kisahnya mempesonakan.

“Ketika seorang wanita yang memakai sut bertanya jika saya menimbangkan untuk menjadi teman sosial, saya mendapati ia menarik.

“Saya kemudiannya pulang, melakukan penyelidikan agensi (teman sosial) di internet dan mendapati sebuah agensi yang saya anggap kelihatan seperti profesional.

“Saya menghantar gambar-gambar dan mereka (pekerja agensi teman sosial itu) meletakkan gambar saya di laman mereka,” akui Sufiah.

WAJAH terbaru Sufiah.


Beberapa hari selepas gambar itu disiarkan di laman web, dia memperoleh pelanggan pertama.

“Saya berasa gementar tetapi teruja,” katanya yang kini berumur 23 tahun.

Menurut Sufiah, pelanggan pertamanya berumur lewat 20-an, tinggi dan tampan.

“Saya berpendapat, saya tidak mempercayai saya memperoleh bayaran kerana tidur dengan lelaki tersebut,” katanya.

Sejak itu, dia mula membina tapak untuk pelanggan-pelanggan kaya dan bertemu antara lima atau sepuluh lelaki pada setiap minggu.

Sugar dady Sufiah memberi layanan kepada dirinya dengan memberikan pakaian, beg, undangan menaiki kapal layar dan helikopter.

Menurutnya, dia boleh memperoleh lebih £1,000 (RM6,373) satu malam termasuk makan dengan seorang pelanggan dan bersamanya.

“Ia kelihatan seperti mereka mahu menyelamatkan saya. Seorang lelaki bertanya kepada saya berapa banyak saya peroleh setahun.

“Saya menyatakan £60,000 (RM382,412).” katanya.

Menurut Sufiah, lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia akan membayar wang dalam jumlah itu dan masukkan ke dalam bank serta membeli sebuah flat di mana dirinya bakal menjadi perempuan simpanan.

“Namun, saya tidak mahukan semua itu kerana saya gembira apa yang lakukan sekarang,” katanya.

“Kerja sebagai teman sosial memberikan saya satu kehidupan menakjubkan.

“Saya masih seronok belajar dan ia meletakkan saya dalam rangka pemikiran betul untuk perbualan bijaksana dengan pelanggan saya,” jelasnya.

AKTRES Billie Piper yang melakonkan watak pelacur dalam sebuah drama televisyen turut disebut oleh Sufiah dalam pengakuannya.


Bagaimanapun, dia mengakui tidak semua tugasnya itu berjaya.

“Pada akhir pertemuan, anda tidak perlu tidur dengan seorang pelanggan jika anda tidak mahu melakukannya.

“Saya sudah melakukannya dua kali. Dua lelaki yang saya tidak tidur bersama mereka adalah lelaki yang terlalu muda dan gementar. Saya meninggalkan mereka kemudiannya,” kata Sufiah.

“Pelanggan paling membosankan yang saya pernah temui adalah seorang lelaki kaya yang bercakap mengenai kereta sepanjang malam,” katanya.

Bercakap mengenai perpisahannya dengan ibu bapanya, Sufiah berkata: “Saya boleh menggambarkan hubungan kami sebagai renggang.

“Kadang-kadang, saya menghubungi mereka tetapi saya tidak dapat membuat spekulasi mengenai apa reaksi mereka mengenai hidup baru saya.

“Saya tidak berasa sebarang perasaan kesal. Saya berasa lebih berkeyakinan berhubung tubuh saya,” jelasnya.

Ibunya, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Farooq Yusof ketika ini dipenjarakan 18 bulan kerana mencabul dua gadis ketika mereka mengikuti tuisyen matematik.

“Dan saya tidak percaya pendidikan saya membazir secara faktanya, pada kebiasaannya saya menyelesaikan masalah pembelajaran saya sebelum melakukan temu janji,” katanya.

“Pelanggan saya menyukai fakta bahawa saya boleh merangsang pemikiran dan tubuh mereka,” jelas Sufiah.

Ketika akhbar News of the World mendedahkan Sufiah bekerja menjual tubuh, gadis itu mendakwa dia sedang belajar sarjana ekonomi. Sufiah juga mendedahkan bahawa semakin membesar, dia bergaduh dengan bapanya kerana dia mendesaknya supaya berjaya dalam akademik.

“Dari umur 11 tahun, saya belajar matematik pada setiap masa. saya tidak mempunyai kawan-kawan,” katanya. – Agensi

Kalamku berbicara : Hebat sungguh pengakuan Sufiah ini membuat aku termenung panjang dan banyak perkara yang aku fikirkan..Itulah pengakuannya. Kalian sudah bacakan…Pengakuan ikhlas dari seorang pelajar genius. Apa boleh aku harapkan sebagai insan yang seagama dengannya..Mudah2an Allah SWT tunjuk jalan yang sebenarnya..Bukan jalan hina itu walaupun di datangi dan di limpahi kemewahan hidup.. WALLAHU A’LAM..

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 7 April 2008, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. Persekitaran budaya dan cara hidup yang berbeza telah membunuh minda Sufiah.Kita doakan agar gadis ini bertaubat.

  2. Setuju…budaya,cara,masa, keadaan dan tempat membuat manusia berubah…
    Penuh tipu daya..

  3. kemewahan dunia hanyalah sementara.. carilah kebahagiaan hidup di akhirat.. Allahhu Akbar..

  4. Nauzubillah… Kita doakan agar beliau kembali ke pangkal jalan…

  5. tiada yg kekal melainkan allah kembalilah ke pangkal jln sebelum terlambat..

  6. SAMA2 KITA BERDOA AGAR SUFIAH SEGERA KEMBALI KEPANGKAL JALAN…TIADA KATA LAIN YG LAYAK UTK DIA KECUALI DOA DARI KITA SEMUA…TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!!

  7. insan perihatin

    salam….

    semoga ALLAH membuka pintu hati sufiah yusof untuk kembali pangkal jaln…segera lah bertaubat selagi pinyu taubat masih terbuka…
    AMIN YA RABBAL ALAMAIN……
    SUBAHANALLAH….
    MASYAALLAH……

    ****KAM : wslm…Emm harap2nya begitulah..Harapan kita semoga dia segera menemui jalan kebenaran…****

  8. moga2 sufiah kembali ke panggal jalan dan dibukakan pintu hatinye….kemewahan hidup hanyalah sementara ttp azab siksa kubur smpai ke hari kiamat….

    ****KAM : Emm itulah harapan kita semua…..****

  9. Assalaamualaikum.

    Kesah Sufiah memberikan kita beberapa pengajaran penting.

    Sufiah dari kecil sepanjang masa belajar mathematik dan tiada kawan, katanya…Mungkin juga dia tertekan dengan keadaan itu. Bapanya pula terlalu memaksa.

    Jadi cuba lihat anak kita. Apakah mereka merasa terpaksa dengan kehendak kita sebagai orang tua?

    Ya, anak harus didik. Kadang-kadang perlu juga sedikit kekerasan. Namun kesihan anak jika merasa serba salah. Mereka punya kemahuan tetapi tidak mengetahui sepenuhnya baik buruknya…

    Kita, orang tua…kesihanilah anak kita, jangan biarkan tekanan menguasai diri mereka.

    Ini hanya pandangan peribadi…

    shahil
    http://shahil.wordpress.com

  10. disinilah kita dpt lihat betape pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk anak2 mereka bkn shj dri sgi akademik yg dititik beratkan, sosial, cara berkomunikasi dan ilmu agama yg asas seperti akidah dan tauhid sgt penting demi memastikan anak2 dpt membesar dgn sihat dan normal secara fizikal mahupun fisikologikal…anak yang pandai akademik bukan kayu pengukur kehidupan sepanjang hidupnya dan hala tujuan masa depan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: